Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Monday, 16 June 2014

Ish Kotornya!

"Ish kotornya!" bicara Nur geram sekuat hati.

"Kenapa ni, Nur?" tanya Farah sambil menjenguk keadaan Nur di dalam tandas.

"Saya geram lah. Dah banyak kali gosok gigi ni, dah korek sana korek sini, masih belum tertanggal cebisan makanan tadi," mengadu Nur.

"Lah awak ni. Awak kan pakai braces. Bergigi besi memang lah kena bersihkan betul-2 dengan penuh kesabaran. Baru hilang kotoran tu," bicara Farah sambil mengusap bahu Nur.


"Saya sabar lah ni duk usaha dari tadi menggosok gigi supaya bersih," ucap Nur sambil memandang cermin dan mengintai gigi besinya itu.

"Awak sedar sesuatu tak, Nur?" soal Farah dengan penuh misteri.

"Apakah?" tanya Nur semula yang aneh dengan persoalan diajukan sahabatnya.

"Awak sebenarnya beruntung kerana mempunyai hati dan sikap yang sensitif terhadap kebersihan. Awak bertungkus-lumus memastikan tiada satu pun kotoran pada gigi awak. Awak mahu gigi itu bersih seperti sedia kala. Saya berasa kagum. Mesti awak turut menjaga hati dan iman awak macam tu kan?" terang Farah panjang lebar.

Nur tersentap.

Kerana hakikatnya dia tidak begitu. Hanya sensitif terhadap kebersihan gigi yang berisiko untuk menjadi buruk atau sebagainya jika tidak dijaga. Namun hakikatnya, hati dia dibiarkan kotor. Tanpa hiraukan untuk membersihkan hati yang kotor dengan dosa.

Sedangkan hati yang kotor itu lah yang menghalang hidayah Allah, yang membuatkan diri menjadi liat untuk beribadah, yang membuatkan makin jauh dengan Dia.

"Haaaaaaaaa saya pun tak pasti lah Farah tapi ada betulnya perkara yang awak sampaikan itu. Terima kasih kerana berjaya sentapkan saya tatkala sedang berjuang menentang kotoran degil pada gigi ini," gurau Nur sambil memeluk Farah dengan kasih sayang.

*****

Allahu. Orang mukmin itu sensitif. Terhadap dunia, dosa, kekotoran.

Seorang mukmin itu melihat sesuatu perkara sebagai refleksi diri dan refleks kepada Allah.

Sama seperti keadaan di dalam bilik. Bila kotor kita bersihkan. 


Kita bersihkan tu mesti ada tahap kotornya.

Sesetengah orang, kotor sikit terus bersihkan.

Sesetengah tu, tunggu dah kena bebel dengan orang lain, baru sedar dan bersihkan.

Sama dengan hati.

Kita rasa hati kita bersih je. Sebab tu takde usaha nak bersihkan.



*sentap sampai jatuh tangga bergolek-2*

Semoga hati kita sentiasa sihat dan sentiasa ingat kepadaNya.

Semoga jua post kali ini berjaya menyentapkan jiwa-2 yang masih lalai termasuk diri sendiri.

Sentiasa berubah menjadi muslim yang hebat!

Wallahu'alam.

-budakbaeksangat-

p/s: Mohon sedekahkan al-Fatihah buat sahabat saya di Alexandria University, Ummi Nadiah Filzah binti Zakaria yang menghembuskan nafas terakhir semalam akibat kemalangan baru-2 ini sewaktu dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia. Al-Fatihah.

Saturday, 1 February 2014

Fenomena Rabiul Awwal

Bulan Rabiul Awwal merupakan bulan ketiga dalam kalendar Hijrah. Sinonimnya apabila disebut saja ‘Rabiul Awwal’, apa yang terbayang di benak minda masyarakat umum adalah sambutan Maulidur Rasul.

                  Antara amalan yang menjadi kebiasaan ketika sambutan ini adalah seperti perarakan, selawat, berqasidah, bernasyid, marhaban, ceramah-ceramah berkaitan sirah nabawiyah dan sebagainya samada yang bertepatan dengan sunnah atau sebaliknya.
                  Namun sayang sekali, amalan tersebut cumalah sekadar dirayakan ketika Rabiul Awwal,cukup tempoh sebulan, perayaan tersebut seolah-olah tamat seperti tidak adakesannya dari anjuran berselawat, dari ceramah agama yang kononnya menghayati pe
rjuangan Rasulullah. Adakah  Rasulullah cuma berjuang dalam tempoh sebulan sahaja? Barangkali kita sudah terbiasa dengan tradisi ‘sambutan’, justeru peranan menghidupkan kembali seruan dan perjuangan Rasulullah kita tolak ketepi. Perginya Maulid sekadar Maulid.Tradisi dijunjungi, sunnah dibelakangi.

DI SEBALIK MAULID

Perkataan ‘maulid’ diambil dari kalimah arab yang merupakan masdar(baca: kata terbitan) bagi perkaataan walada yang bermaksud kelahiran. Jadi sambutan Maulidur Rasul membawa makna sambutan untuk mengingati kelahiranbaginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

                  Diceritakan dalam hadis riwayat Imam Muslim bahawa baginda lahir pada hari Isnin tanpa menyebut haribulannya.Ada yang berpendapat baginda lahir pada bulan RabiulAwwal, dan berbeza pula pendapat mengenai haribulannya, ada yang mengatakan 8haribulan, ada yang 9, ada yang 12 haribulan seperti yang dianggap oleh orangramai, ada juga yang 17 haribulan dan ada juga yang mengatakan baginda lahirpada bulan Ramadhan. Masing-masing membawa hujah tersendiri.

                  Mengapa keadaan ini terjadi? Sedangkan kita yang berpangkat orang-orang biasa pun sendiri mengetahui tarikh kelahiran masing-masing, mengapa tokoh yang sebegitu penting kepada umat Islam pula tidak diketahui tarikh kelahiran secara pasti.Kegagalan umat Islam untuk mengetahui tarikh sebenar kelahiran bagindaRasulullah adalah berpunca daripada tindakan para sahabat dan para ulama’ silamyang tidak merayakan tarikh tersebut. Pernah suatu ketika dahulu, dicadangkan untuk memulakan kalendar Islam berdasarkan maulid (baca: kelahiran) bagindasallallahu alaihi wasallam tetapi Saidina Umar radhiallahu anhu menolaknya dengan alasan perisitwa hijrah adalah lebih penting kerana melambangkan kejayaan dan perjuangan Rasulullah. Lihatlah bagaimana peri pentingnya penghayatan pada perjuangan berbanding perayaan yang gilang-gemilang tetapi nafasnya hanya berdegup seketika.
                 
 Ahli sejarawan Islam tidak mengetahui sesiapapun yang memulakan perayaan Maulid namun mereka turut meraikan kelahiran tokoh-tokoh Ahli Bait. Kemudian, perayaan ini dihentikan ketika pemerintahan khalifah al-Musta’la Billah tetapi dihidupkan kembali oleh sesetengah negeri yang lain.
Ayuh kita renung kembali apa tujuanutama Rasulullah sallallahu alaihi wasallam diutuskan. Dunia mempunyai Albeirt Einstein dengan otak geliganya, Bill Gates dengan kekayaannya, Karl Marx dengangagasan sosialismenya, Aristotle dengan falsafahnya, Mao Tse-tung dengan komunisnya dan kini Mark Zuckerberg dengan facebooknya. Baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pula diutuskan sebagai pembawa petunjuk dan risalah kepada segenap umatnya. Kelahiran hingga kewafatan Rasulullah telah membawa agenda yang lengkap untuk memandu umat Islam di dunia dan akhirat. Seperti yang diketahui kita mempunyai dua sumber wahyu yakni Al-Quran dan As-Sunnah yang kedua-duanya tidak akan sama sekali wujud tanpa wujudnya baginda yang dicintai.Justeru jika sebenar-benar kita menghayati perjuangan kekasih Allah, sudah tentu agenda utama yang harus ditunjangkan adalah mengikut dan menegakkan Al-Quran dan As-Sunnah yang diwasiatkan oleh penghulu umat kita, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

RASULULLAH QUDWATUNA

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baikbagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) harikiamat dan dia banyak menyebut Allah.(QS. 33:21)

Walaupun baginda diutuskan kepada masyarakat Arab jahiliyah namun baginda berjaya mengubah kegelapan masyarakat Arab jahiliah kepada sebuahketamadunan Islam yang hebat dan gemilang.
Sebelum zamankedatangan Islam, kehidupan masyarakat arab jahiliyah pada ketika itu beradadalam kehidupan yang porak peranda dan hilang aspek nilai kemanusiaannya.Masyarakat arab ketika itu, berada dalam keadaan yang jahil disebabkan  sistem kemasyarakatan yang rosak dan penindasan sesama manusia itu berlaku secara berleluasa. Kerosakan ini berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah dari segi ekonomi, perundangan dan juga sosial kehidupan.
Kejahilan ini terus menyelubungi masyarakat jahiliyah sehingga kedatangan Nabi Muhammad yang akhirnya telah mengubah kehidupan mereka. Kehidupan mereka telah disinari oleh cahaya keislaman yang dibawa oleh Rasulullah dan mereka dapat hidup bahagia dibawah pimpinan baginda.
Di dalam usaha baginda mengajak kepada Islam, baginda telah melakukan proses pembinaan individu muslim secara terancang dan proses ini mengambil masa yang begitu lama. Proses pembentukan ini menekankan kepada proses penanaman aqidah dankeyakinan kepada Allah SWT secara mendalam. Proses pembinaan generasi unggul ini adalah berteraskan kepada proses pendidikan Islamiyah dan dakwah islamiyah secara tersusun dan terancang.Islam yang tulen adalah sebagaimana acuan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Baginda mengajar umatnya bahawa dalam urusan pentadbiran dan politik dibenarkan ruang ijtihad dan melalui proses perkembangan mengikut suasana tempat dan zaman.
Selepas hijrah Rasul dan para sahabat baginda ke kota Madinah (622M), ia menjad ipetanda dan isyarat terbentuknya sebuah negara Islam. Sebelum sebulan penghijrahan Rasulullah tersebut, baginda telah mengasaskan sebuah kerajaan kecil dengan mempersaudarakan antara kaum Aus dan Khazraj ketika mereka semua berkumpul pada waktu haji yang lebih dikenali dengan “Bai’atul Aqabah”

Selepas itu mereka berhijrah ke Madinah untuk mengasaskan sebuah politik dan kerajaan Islam disana. Maka terbentuklah satu “Ummah Mukminah” dikalangan Muhajirin danAnsar dengan ikatan persaudaraan yang kuat.al-Quran pula dijadikan dustur(baca:perlembagaan) secara rasmi bagi sebuah jemaah yang beriman keapda Allah.Kemudian dibuat perjanjian dengan golongan Yahudi di Madinah supaya tidakmencetuskan peperangan dan permusuhan bahkan untuk saling tolong-menolong bagi menjaga keamanan kota Madinah.

Apa yang hendak difokuskan dalam siri pembentukan awal sebuah kerajaan Islam ialah pemimpinnya merupakan seorang Rasul yang membawa risalah agama daripada Allah dalam masa yang sama mengasaskan sebuah pembentukan politik dan kerajaan Islamagung, itulah Muhammad bin Abdullah s.a.w.  Maka baginda mentadbir sebuah kerajaan Islam berperlembagaan Al-Quran, berhukumkan syariat agama, memutuskansesuatu pelaksanaan melalui syura. Dan akhirnya terbentuk sebuah Negara Islam berperlembagaan dan selari dengan perkembangan ilmu, ekonomi, sosial dansebagainya. Di dalam kesibukan memimpin sebuah negara Islam yang baru, baginda juga tidak pernah mengabaikan golongan mustadh’afin.

Seterusnya sebagai umat Islam yang tentunya sangat menghormati baginda Rasulullah,seharusnya kita meneladani akhlak dan peribadi Rasulullah seperti lembut,bersabar, penyayang, pemurah dan sebagainya.Disebabkan sifat jujur dan amanah,baginda mampu menawan hati ramai bangsawan dan menyebabkan perniagaan baginda laris; juga betapa mudahnya golongan yang benar-benar mengenali akhlak Rasulullah untuk percaya dan yakin pada ajaran baru yang diperjuangkan olehbaginda ketika itu. Justeru, bagaimana kita boleh mengaku mengikuti sunnah baginda kalau akhlak baginda tidak diteladani dan diamalkan? Juga, nilai-nilai positif dan perjuangan Rasulullah, masih terlalu banyak jika ingin diceritakandalam sebuah artikel kecil ini.

SEBENAR-BENAR PENGHAYATAN

                  Perkara paling utama untukseorang rasul yang diutuskan adalah baginda diikuti, bukanlah sekadardiarayakan. Kita punya misi untuk menghidupkan kembali seruan menegakkanAl-Quran dan Sunnah. Setiap tahun kita merayakan ketibaan Maulid baginda,adakah kita semakin dekat dengan baginda? Adakah fenomena Rabiul Awwal saban tahun adalah tempoh untuk menghayati perjuangan baginda, atau hanya sekadar budaya yang bermusim?



---------------------------------------------

artikel ini telah lama saya tulis utk pihak LensaKita, tetapi  baru saja dpt diterbitkan di blog ni kerana sibuk.

Credit to:
https://www.facebook.com/pages/Lensakita/307722125997799

                                                                           ~anakmakayah~

Sunday, 6 October 2013

Cinta kepada Kemasyhuran

Seringkali kita lihat beberapa golongan yang apabila bercakap sepertinya hebat tetapi malangnya apabila dinilai hujahnya, cumalah ibarat telur yang pecah yang hanya tinggal kulit lapisan luarnya sahaja. Tidak lupa juga golongan yang hanya menonjol apabila adanya situasi atau keadaan yang mendapat perhatian orang ramai. Sebaliknya mereka kebiasaannya tiada fungsi pada waktu-waktu lain. Timbul persoalan, apakah tujuannya hendak menegakkan kebenaran atau cuma mengimpikan nama yang terpancar di mata manusia?! Semoga mereka ikhlas dalam apa sahaja gerak kerja yang mereka lakukan.

Para salafussoleh telah memberi peringatan dan amaran tentang sifat CINTA KPD KEMASYHURAN DAN INGIN DIKENALI dlm kalangan manusia. Bersepakat kalam mrk dlm memberi amaran kpd sifat tercela ini.

Berkata Sufyan At Thawri Rh: "Berhati2lah kamu dgn kemasyhuran! Tidak aku datangi sesiapa kecuali beliau akan melarang daripada kemasyhuran." (Siar Zahabi 7/260)

Berkata Bisyr bin Harith: "Tidak bertaqwa kpd Allah mana2 hamba yg mencintai kemasyhuran" (Siar Zahabi 10/476)
Beliau berkata lagi: " Jika kamu terkenal di suatu tempat maka larilah daripadanya. Jika kamu melihat seorang lelaki, org ramai berhimpun padanya di suatu tempat yg menjadi kelazimannya, dan lelaki itu suka akan hal itu maka ketahuilah dia mencintai kemasyhuran." (Tarikh Dimasq 10/206)

Berkata Ahmad bin 'Asim Al Antoki: "Kebaikan itu adalah semua yg apabila dipalingkan darimu dunia, dianugerahkan kpdmu qana'ah (berpada2), dan dijauhkan daripadamu pandangan manusia." (Siar Zahabi 11/216)

Berkata Abu Bakr bin 'Ayyasy: "Manfaat diam yg paling kecil adalah keselamatan, dan cukuplah ia sebagai pelindung diri. Mudarat percakapan yg paling kecil adalah kemasyhuran, dan cukuplah ia sebagai bala!" (Siar Zahabi 8/304)

Sebagaimana bersepakat perbuatan mereka dlm menjauhkan diri dpd kemasyhuran demi mengharap ganjaran dpd Allah dan keikhlasan.

Daripada Sofwan bin Umar: "Adalah Khalid bin Mi'dan apabila bertambah bsr halaqahnya (ramai pelajar) beliau lalu bangun dan beredar." Dikatakan kpd Sofwan: "Mengapa beliau bangun dan beredar?" Kata Sofwan: "Krn beliau membenci kemasyhuran." (Almuntazhim 2/395)
Imam Zahabi memberi komentar: "Sepatutnya bagi seorang 'Alim berkata2 dgn niat dan maksud yg baik. Sekiranya dia berasa takjub dgn kata2 sendiri maka diamlah. Sekiranya dia berasa takjub dgn diamnya maka berkata2lah. Hendaklah sentiasa muhasabah diri, krn diri itu mencintai kemasyhuran dan pujian." (Siar Zahabi 4/494)

Berkata Thabit Al Bunani: "Muhammad bin Sirin berkata kpd aku: Tidak ada yg menghalang aku daripada menghadiri majlis mu kecuali aku takut kpd kemasyhuran." (Tarikh Dimasq 53/228)

Berkata Imam ahlussunnah Ahmad bin Hanbal: "Aku mahu berada di mana2 cabang di Mekah agar aku tidak dikenali, aku telah ditimpa bala kemasyhuran, sesungguhnya krn itu aku mengharap kpd kematian pagi dan petang." (Siar Zahabi 11/216)

Akhir kata, semoga sentiasa mentajdidkan niat, setiap sesuatu yang kita amalkan biarlah dengan niat yang benar-benar ikhlas untuk mencari redhaNya

Wallahualam

Kredit : Muhammad Ammar Almuansyah (facebook)

                          ~AnakMakAyah~

Saturday, 7 September 2013

AKU TIDAK TAHU

:::::::: ANA LA ADRI ::::::::

1. Kata As-Sya'bi :
Ucapan LA ADRI itu separuh dari ilmu

2. Ibnu Jamaah ketika ditanyakan perkara yang beliau tidak tahu. Beliau jawab:
AKU TIDAK TAHU

3. Kata Ibn Al-Jamaah:
Daripada ilmu itu ialah seseorang mengatakan :
AKU TIDAK TAHU

4. Kata Hasan bin Ali :
Dari ilmunya seorang lelaki, apabila dia tidak tahu dikatakan: WALLAHULAM (sanadnya hasan)

5. Kata Malik :
Rasulullah itu Imam Kaum Muslimin. Apabila ditanyakan tentang sesuatu, Baginda tidak menjawab sehinggalah turunnya wahyu.

6. Kata Sufyan :
Fitnah bagi seorang lelaki apabila dia seorang yang faqeh : Bercakap itu lebih dia sukai berbanding diam

7. Kata Ibn Mas'ud :
Seseorang yang berfatwa kepada manusia pada setiap soalan yang ditujukan padanya, seorang yang gila

8. Kata Ibn Sirin :
Matinya seorang lelaki dalam keadaan jahil lebih baik dari dia bercakap apa yang dia tidak tahu.

9. Kata Said bin Jubair :
Celakalah bagi seorang yang berkata pada sesuatu yang dia tidak tahu : Aku Tahu

10. Kata Malik bin Anas :
Dari feqhnya seorang lelaki, dia berkata:
AKU TIDAK TAHU
(Al-Adab As-Syarieyyah)

11. Kata As-Suyuthi :
Menjawab soalan bagi sesiapa yang tahu itu wajib.
Bertanya soalan bagi sesiapa yang tidak tahu juga wajib

12. Imam Malik pernah ditanyakan 40 soalan dan menjawab 4 soalan. Selebihnya beliau katakan LA ADRI

Sumber:

Ustaz Muhammad Fahmi Rusli ( @fahmirusliMFR -twitter)
Ustaz Ad- Dien (@AdDien90 -twitter)

           ~anakmakayah~

Monday, 10 June 2013

Short Form?

Apa kaitan dengan tajuk? *kerut dahi*

Short form = bentuk pendek (Google Translate)

Maksudnya, kita memendekkan ejaan bagi sesetengah perkataan.

Ceritanya begini, sepatutnya perkara seperti ini tak menjadi masalah pung sebenarnya.

Kalau nak hantar SMS, boleh je faham kena guna short form, jimat kredit lah kan?

Tapi kalau perkara yang boleh kita tulis penuh dan tiada had, kenapa masih perlu memendekkannya lagi?

Okay, agaknya tidak dapat menangkap maksud saya di sini.

Mari lihat contoh.

"Tade nsik kt kdi tue. Tape ke nie? Ble agknye bley kte jmpe lgie?"

(Tiada nasik kat kedai tu. Tidak mengapa ke ni? Bila agaknya boleh kita jumpa lagi?)

*contoh entah apa-2 =="*

Kalau taknak bagi nampak skema, tukar lah sikit. Contohnya:

"Takde nasik kat kedai tu. Takpe ke ni? Bile agaknya buleh kita jumpe lg?"

Kalau perkara remeh sebegitu, okay lah kan nak guna short form. 

Tak effect sangat pung.

Contoh lain berkaitan dakwah:


Seperti contoh di atas, mari kita surveyyyy!

1. Ssungguhnye-->sesungguhnya/ssungguhnya

2. brsaudare-->bersaudara/brsaudara

3. mke-->maka (muka pun boleh jadi)

4. antre-->antara/antra

5. kpde-->kepada/kpd/kpda

Nampak biasa je kan? Tapi kekadang, boleh buta mataku! *overrrrrr*

Pada pendapat saya, tatkala seseorang ingin menyampaikan sesuatu maklumat dan terutamanya apabila berkait dengan soal kebaikan, alangkah indahnya andai manusia itu menulis dengan penuh.

Acano ye nak kata? Perkara kecil seperti ini akan menimbulkan sedikit ketidakselesaan bagi sesetengah pembaca seperti saya.

Tu je ceritanya.

Kalau melalui SMS, atau tweet, boleh lah jugak nak kata kena jimat kredit dan character tu.

Tapi kalau kat FB, status boleh tulis panjang berjela namun masih ditulis singkat, erghhh. Hilang sedikit keseronokan di situ.

Terutamanya bagi golongan yang sudah dewasa  besar. Nampak seperti kebudakan di situ.

Betul atau tidak?

Mungkin merapu je entry kali ini, tapi gerammmmmmmm tengokkkkkk. Boleh faham tak?

*geleng kepala*

Diharapkan penulisan terutama berkaitan dakwah dan kebaikan serta penuh informasi itu dimodifikasi sedikit. Mesti makin mantap. Nak baca pun semangat. Dakwah pun akan lebih sampai. Ye dok?

Namun ini semata-mata pendapat hamba hina dina yang turut sama berubah ke arah yang lebih baik. 

Dalam perkara sebegini kecil pun sebenarnya mampu memberi impak sedikit sebanyak tanpa kita sedari.

Mohon maaf andai ada tersinggung mana-mana pihak.

Sama-sama kita berubah! Jyeahhhh! *muka semangat.jpg*

-budakbaeksangat-

p/s: tiada kaitan antara hidup dan mati. Namun andai terasa, ambil pengajaran ;)

Tuesday, 4 June 2013

ERTI HIDUP

'Hidup itu adalah peluang untuk memperoleh syurga' - Hilal

sigh........

sentapnya ayat

very deep meaning.

hidup cuma sekali
so peluang utk ke syurga dtg cuma sekali..
dan kita hidup ni sampai bila???

lama lagi ke hayat kita????
sempat lagi ke nak bertaubat???
sempat lagi ke nak beramal???
dah banyak ke amal yang kita buat???


Alhamdulillah sekarang kita masih hidup untuk meneruskan amal kita dan menggunakan satu2 nya peluang untuk ke syurga ni dengan sebaiknya

-anakmakayah-
KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami