Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Thursday, 12 June 2014

Nisfu Syaaban?

NISFU SYAABAN apa sebenarnya????  Apa yang benar? 

CATATAN AMALAN

Dakwaan yang mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir Zulhijjah, dan dibuka pada awal Muharram tidak didasari dengan dalil al-Quran, tidak juga daripada hadith Nabi saw.
Hadith2 yang sahih/ thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada:
1. Setiap hari (setiap pagi dan petang.)
2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)
3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan nisfu Syaaban. -Hadith palsu juga banyak berkisar tentang nisfu syaaban-)

Hadith2 sahih/thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut :

1. Amalan diangkat/dibentang 2 kali setiap hari :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ ".
Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
"Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yg menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat2 itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba2-Nya :
'Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba2Ku itu?'
Jawab para malaikat : 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.'"
(Sahih Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang, Bab Fadilat Sembahyang Asar. ) -Hadith Sahih-
Berbahagialah bagi mereka yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, lebih-lebih lagi di awal waktu.

2. Amalan juga diangkat setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لاَ يُ
شْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ رَجُلاً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا " .
Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
"Amalan2 manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Allah pun mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai."
(Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan.) -Hadith Sahih.-

3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban)
عن زيد بن أسامة رضي الله عنهما قال: قلت: يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم في شعبان؟ قال: ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم.
Usamah bin Zaid ra melaporkan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'
Jawab Rasulullah saw, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yg diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa.'"
(Al-Sunan al-Sughra, Kitab Puasa.) -Hadith Hasan-
Oleh Dr Abu Anas Madani(Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman)

Drp: Ust Tajul Ariffin


Isi di atas dikongsikan oleh sahabat saya.

Sedikit sebanyak memberi gambaran awal kepada semua.

Terlalu banyak hadith palsu atau maudhu' disebarkan.

Yang paling ditekankan tentang Syaaban di dalam hadith hanya lah hadith ketiga di atas.

Beribadahlah seperti biasa dan bukannya mengkhususkan untuk Nisfu Syaaban.

Saya sertakan link video untuk rujukan lebih mendalam.

https://www.facebook.com/photo.php?v=743474869006199

Yang penting, Ramadhan hampir tiba! Semoga kita bersiap sedia untuk menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan keberkatan dariNya. :)

Letaklah matlamat untuk mendapat malam al-Qadr. InsyaAllah.




Semoga update kali ini memberi sejuta manfaat dan keberkatan dariNya kepada yang membaca. :)

Wallahu'alam.

-budakbaeksangat-

p/s: Saya sendiri kurang berpengetahuan tentang ini namun saya cuba berkongsi ilmu yang ada.
Tambahan: boleh layari laman web sunnah.com untuk membaca hadith dengan mudah

Tuesday, 3 June 2014

World Cup. Final. Malaysia. Ramadhan?

Countdown.

Berapa hari lagi nak Piala Dunia. Peh semua tahu.




Berapa hari lagi nak final? Peh cuaknya iolsss.


Berapa hari lagi nak balik Malaysia? Waoooo tak sabarrrr!


*tetiba*

Ramadhan bila eh? Errr. Em. Bila eh. 1 Ramadhan lah mestinya.


Berapa hari bulan? Em. *cek kalendar*

Haa. This is one of the bad symptom really I tell you guys.

Sometimes we tend to prioritize things that is not our life goals.

What is our life goals?


  And I did not create the jinn and mankind except to worship Me. [51:56]

And [mention, O Muhammad], when your Lord said to the angels, “Indeed, I will make upon the earth a successive authority.” They said, “Will You place upon it one who causes corruption therein and sheds blood, while we declare Your praise and sanctify You?” Allah said, “Indeed, I know that which you do not know.” [2:30]


Yes, people always forget, it is normal.



But is it what we want to die in the way that He is not bless?



In the way that we forget Him at that time?



In the way that we too focus on this temporary world only?



Wake up ummah!



We should not be like this.



We should be the one that brings up back Islam to be Ustaziyatul 'Alam.



Our main purpose is Him. Not others.



Turn back to Him before we return to Him.



There is still time, so let's change and be awesome muslim and muslimah!


-budakbaeksangat-



Saturday, 6 July 2013

Ayuh berpuasa (fadhilat berpuasa)


Entry ini sebagai hadiah buat pembaca sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Mungkin ada yang perasan golongan-golongan yang beriman serta bertaqwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadhan.
Mereka juga menyambut kedatangannya dengan rasa yang sangat sangat gembiara
Dan mereka juga merasa sangat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini.

Kenapa golongan beriman sangat menanti bulan Ramadhan ini?
Mari selidik...

Kehadiran bulan Ramadan merupakan satu rahmat dari Allah subhanahu wa ta'ala. Ianya merupakan bulan di mana Allah melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hambaNya. Pada bulan inilah juga disyari’atkan ibadah puasa yang mana ianya tergolong di dalam rukun Islam yang lima.

 Firman Allah subhanahu wa ta'ala.:


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dansupaya kamu bersyukur[al-Baqarah (2) : 185 ]

Ibadah puasa boleh dijadikan sandaran bagi membentuk keperibadian diri yang cemerlang dari segi kerohanian dan juga aspek-aspek kesihatan fizikal.

Ibadah puasa ini sememangnya sangat agung kerana ternyata mempunyai fadilat-fadilat sebagaimana yang telah tercantum di dalam al-Qur’an serta hadis-hadis Nabi sallallahu 'alaihi wasallam.

Puasa merupakan satu bentuk amal ibadah yang berupaya untuk membentuk jiwa seorang insan yang bertaqwa. Ini sebagaimana firman Allah subhanahu wa ta'ala:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” [al-Baqarah (2) : 183]

Apa itu takwa?

Makna taqwa secara mudah adalah mengerjakan perintah Allah subhanahu wa ta'ala dan meninggalkan laranganNya. Hal ini dapat direalisasikan melalui ibadah yang mulia ini kerana dengan berpuasa kita sebenarnya bukan hanya meninggalkan makanan serta minuman, tetapi berpuasa dalam erti kata yang sebenar adalah juga dengan mengerjakan segala kewajipan dan meninggalkan segala larangan seperti mengumpat, berbohong, tidak melaga-lagakan sesama umat, tidak berniaga secara haram, tidak menjual barang yang haram dan lain-lain lagi. Selama sebulan umat Islam seolah-olah berada di dalam sebuah institusi latihan untuk membentuk insan yang bertaqwa dan setelah tamat latihan tersebut ia sepatutnya dapat membantu seseorang untuk mengekalkan ketaqwaan tersebut pada baki sebelas bulan lagi.

Orang yang berpuasa juga dianugerahkan kedudukan yang tinggi di sisi Allah subhanahu wa ta'ala yang mana mereka tergolong di kalangan para Shiddiqin (orang yang benar) dan Syuhada’ (golongan yang mati syahid). 

Telah diriwayatkan dari Amr bin Murrah al-Juhani radhiallahu 'anhu:
“Datang seorang lelaki kepada Nabi  sallallahu 'alaihi wasallam lalu dia berkata: “Ya Rasulullah! Apa pendapatmu jika aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, engkau adalah Rasulullah, aku solat lima waktu, aku tunaikan zakat, aku berpuasa Ramadan dan solat tarawih di malam harinya, termasuk golongan manakah aku?” Baginda menjawab: “Golongan shiddiqin dan syuhada.” [Riwayat Imam Ibnu Hibban, hadis no: 3507]

 Puasa merupakan perisai yang dapat menghalang kita dari azab api neraka.

 Menurut Ibnu al-‘Arabi rahimahullah: “Puasa dikatakan sebagai perisai dari api neraka disebabkan puasa itu dapat menahan diri dari syahwat (dorongan untuk melakukan perbuatan yang mungkar yang disebabkan oleh hawa nafsu - pen), sedangkan neraka dikelilingi oleh syahwat. Apabila seseorang mampu menahan diri dari syahwat ketika kehidupan di dunia, maka hal itu menjadi penghalang (perisai) baginya di neraka kelak.” [Al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 11, ms. 9.]

Rasulullah  sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلاَ يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ

“Puasa adalah perisai, maka (seseorang janganlah mengerjakan rafats (perkataan yang keji) dan jangan berbuat jahil dan jika seseorang itu diperangi atau dicaci-maki, maka hendaklah dia mengatakan: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa” (Nabi menyebutnya dua kali)…” [ Riwayat Imam al-Bukhari, no: 1894.]

Ibadah puasa itu dapat menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu. Sabda Nabi  sallallahu 'alaihi wasallam:

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampuni (oleh Allah).”[Riwayat Imam al-Bukhari, no: 38]

Tambahan pula bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan di mana pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu rahmat Ilahi menaungi seluruh hamba-Nya yangberiman, maka tidak hairanlah sekiranya Allah meluaskan pengampunan-Nya terhadap semua hamba-hambaNya. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Solat yang lima, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika menjauhi dosa-dosa besar.”[Riwayat Imam Muslim, no: 233]

Maka sewajarnya kita benar-benar memperhatikan kesempurnaan ibadah puasa kita agar ianya dapat menghapuskan dosa-dosa kita di masa lalu

Allah juga telah menjanjikan ganjaran pahala yang amat besar bagi hamba-Nya yang berpuasa ikhlas untuk mencapai keredhaan-Nya. Berbeza dengan ibadah yang lain yang telah ditetapkan ganjaran pahalanya dalam gandaan sepuluh sehingga tujuh ratus kali, ganjaran pahala untuk ibadah puasa ini ditetapkan oleh Allah subhanahu wa ta'ala sendiri tanpa batasan. Rasulullah  sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Demi Dzat yang jiwaku berada di tanganNya. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih baik di sisi Allah daripada aroma minyak kasturi, dia meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana Aku (Allah subhanahu wa ta'ala.). Puasa adalah untuk-Ku dan Aku memberi balasan setiap kebaikkan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga tujuh ratus kali ganda kecuali puasa, kerana ia (puasa tersebut) adalah untuk-Ku dan Aku yang akan memberi balasannya.” [Riwayat Imam Malik no: 603]

Sudah terbukti bawah ganjaran pahala dari Allah untuk hamba-Nya yang mengerjakan ibadah puasa tiada tolok bandingnya. Oleh itu kerjakanlah ia dengan penuh keikhlasan dan kesempurnaan
InshaAllah kita mencapai ganjaran yang semaksimum yang mungkin melalui ibadah ini.

Allah secara spesifik menyatakan bahawa “Puasa adalah untukKu” di dalam ayat di atas.
 Kenyataan tersebut menggambarkan seolah-olah ibadah puasa ini melebihi ibadah-ibadah yang lain sedangkan semua ibadah-ibadah yang lain itu juga sebenarnya adalah untuk Allah subhanahu wa ta'ala jua, namun Allah tetap menyatakan “Puasa adalah untukKu”

Terdapat pelbagai tafsiran ulamak terhadap maksud sebenar kenyataan tersebut. Antaranya adalah seperti berikut:

1) Ibadah puasa ini dianggap sebagai khas untuk Allah kerana ianya bebas dari unsur riak. Ini adalah kerana perlaksanaanya tidak nampak secara terang-terangan oleh manusia yang lain. Orang yang sedang berpuasa dan orang yang tidak berpuasa kelihatan sama sahaja dari segi luarannya. Berbeza dengan ibadah seperti solat, membaca al-Qur’an,berzikir atau bersedekah yang perlaksanaanya dapat dilihat secara terbuka dan membuka ruang untuk timbul perasaan riak. Oleh itu al-Qurthubi rahimahullah berkata: Oleh kerana semua amal perbuatan yang ada ini dapat dimasuki unsur riak, sedangkan puasa itu hanya dilakukan untuk Allah maka Allah menisbatkan puasa itu kepada diri-Nya. - Dinukil dari kitab Fathul Baari, jilid 11, ms. 20.Namun begitu menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani rahimhullah ibadah puasa ini juga dapat diselaputi unsur riak apabila seseorang itu mengumumkan kepada orang lain bahawa dia sedang berpuasa.

2) Ada juga ulamak yang berpendapat bahawa Allah subhanahu wa ta'ala menetapkan ibadah puasa adalah untuk-Nya kerana hanya Dia sahaja yang mengetahui jumlah sebenar gandaan pahala yang Dia kurniakan kepada hamba-Nya.

3) Ianya menunjukkan bahawa ibadah puasa adalah satu ibadah yang amat dicintai oleh Allah.

4) Penetapan sedemikian rupa oleh Allah subhanahu wa ta'ala terhadap ibadah puasa ini adalah berbentuk tasyrif dan ta’zhim (memperagungkan). Contohnya Kaabah juga dikenali sebagai Baitullah (rumah Allah) untuk memuliakan dan mengagungkan Kaabah, namun begitu ini tidak menafikan bahawa semua rumah di atas muka bumi juga adalah milik-Nya.

5) Antara sifat Allah subhanahu wa ta'ala adalah Dia tidak memerlukan makanan mahupun minuman dan juga Dia tidak memiliki keinginan syahwat. Oleh itu bagi seseorang yang berpuasa, dia sebenarnya sedang melakukan sesuatu ibadah yang menghampiri sifat-sifatAllah. Kerana itu Allah menetapkan puasa itu kepada diriNya. Al-Qurthubi rahimahullah berkata: Maksudnya, bahawa amal perbuatan seorang hamba itu sesuai dengan keadaan mereka, kecuali puasa, di mana ia sesuai dengan salah satu sifat Allah. Seakan-akan Allah berfirman: “Sesungguhnya orang yang berpuasa itu mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan perbuatan yang berkaitan dengan salah satu sifatKu. [ Fathul Baari, jilid 11, ms. 24]

Bagi mereka yang mengerjakan ibadah puasa, mereka dikurniakan dua bentuk kegembiraan.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan yang dia bergembira dengannya; iaitu apabila berbuka dia bergembira, apabila bertemu Tuhannya dia bergembira dengan puasanya.”[Riwayat Imam al-Bukhari. no: 1904.]

Persoalannya disini
Apakah dua bentuk kegembiraan yang dimaksudkan tersebut?

Kegembiraan pertama dapat dikecapi oleh mereka yang berpuasa ketika waktu berbuka. Ini disebabkan lapar dan dahaganya kerana berpuasa sepanjang hari telah hilang dan timbul juga kegirangan kerana dapat menyempurnakan ibadah tersebut. 

Kegembiraan kedua pula muncul ketika seseorang yang menyempurnakan ibadah puasanya berjumpa dengan Allah subhanahu wa ta'ala di akhirat kelak dan menyedari keluasan pahala yang telah dianugerahkan kepadanya.

Orang yang berpuasa telah dijanjikan buat mereka Ar-rayyan

Apa itu Ar-Rayyan?
Nama orang lah kan.Maaf hehe.
 Sebenarnya, di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama Al-Rayyan yang dikhususkan kepada kepada orang-orang yang berpuasa. Al-Rayyan berasal dari kata dasar al-Rayy yang bermakna melepaskan dahaga dan ianya sesuai dengan keadaan orang yang berpuasa yang dahagakan air.Tentang kewujudan al-Rayyan ini Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:



إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لاَ يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لاَ يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ

“Sesungguhnya di surga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa masuk melalui pintu itu pada hari kiamat, tidak ada seseorang pun masuk melalui pintu ini kecuali mereka (iaitu orang yang berpuasa). Dikatakan: “Mana orang-orang yang berpuasa?” Maka mereka berdiri. Tidak ada seorangpun yang masuk melewati pintu ini selain mereka. Apabila mereka telah masuk maka pintu ini ditutup dan tidak ada seseorang pun yang masuk lagi melaluinya.” [Riwayat Imam al-Bukhari, no: 1896]

Dari sini dapat kita fahami bahawa ibadah puasa itu berupaya memudahkan seseorang itu masuk ke syurga. Dari Abu Umamah radhiallahu 'anhu dia berkata:

“Aku bertanya kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam : “Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengannya.” Maka Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam  bersabda: “Hendaklah kamu berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya.” [Riwayat Imam Ibnu Hibban, no: 3494]

Apabila seseorang itu berpuasa, mulutnya akan mengeluarkan bau yang kurang enak. Namun begitu di sisi Allah subhanahu wa ta'ala  bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih baik dari aroma minyak kasturi. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. bersabda:

“Demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya, bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada aroma minyak kasturi.” [Riwayat Imam al-Bukhari no: 1894]

Kalau kita perhati, ibadah puasa juga dapat membantu kita mengawal nafsu syahwat. Sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam:

“Sesiapa di antara kamu yang sanggup memikul tanggungjawab, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menjadi penawar atau penekan nafsu syahwat baginya.” [Riwayat Imam al-Bukhari no: 1905]


Kesimpulan fadhilat puasa:

  1. membentuk jiwa yang bertaqwa
  2. kedudukan tinggi di sisi Allah
  3. menghalang dari azab neraka
  4. Allah meluaskan pengampunan
  5. dijanjikan ganjaran pahala
  6. dikurniakan dua bentuk kegembiraan
  7. dijanjikan Ar-Rayyan
  8. bau mulut lebih baik dari aroma kasturi
  9. mengawal nafsu syahwat

Ibadah puasa merupakan satu bentuk latihan terhadap rohani yang dapat meningkatkan keupayaan seseorang untuk memelihara diri masing-masing dari godaan setan dan dorongan jahat yang timbul dari hawa nafsu. Demikianlah beberapa keutamaan ibadah puasa di sisi syarak. Semoga dengan memahami keutamaan-keutamaan tersebut ianya berjaya menimbulkan satu keghairahan di dalam jiwa kita semua untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak serta mengerjakan ibadah puasa sesempurna mungkin.



sumber rujukan :

~anakmakayah~

Friday, 5 July 2013

Nak Puasa Dah?? :O

Tik tok. Tik tok. Tik tok.

Tarikh hari ini 6 Julai 2013 Masihi bersamaan 27 Shaaban 1434 Hijrah.

Ini menandakan beberapa hari lagi sebelum menjelang Ramadhan ! Oyeah ! 

Tapi............

...

...

...

Dah bersedia ke tidak ni? *angkat kening*

*tepuk dada kuat-2 sampai keluar suara jawab soalan tu*

Mudahan semua sudah bersedia dari mental, fizikal dan semestinya rohani !

Jangan lah Syawal je kita bersedia awal, Ramadhan itu kita kejar dan penting. Okay? :)

Harapnya umur dipanjangkan untuk merasai Ramadhan kali ini.

Mana tahu ini Ramadhan terakhir buat kita. :'(


Ya, event terbesar tahun ini !


Be prepare okay guys? :)


-budakbaeksangat-

Wednesday, 5 June 2013

RAMADHAN, masihkah ada ruang untuk kita bertemu?

Ramadhan lepas, kita telah laluinya. Syukur alhamdulillah.

Namun, Ramadhan kali ini tiada siapa tahu kita bakal menemuinya atau tidak.

Untuk Syawal, sebulan awal persediaan dilaksanakan.
Baju raya, kasut raya, beraya di mana.

Untuk Ramadhan? Seharusnya lebih dari itu iaitu bermula sekarang.
Latih diri agar nanti tatkala tiba Ramadhan, sudah terbiasa.

Ditambah dengan amalan sunat. Allah, mudahan Syurga balasannya.

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa,
Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.”
Ertinya: Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rajab dan Sya’ban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan.
(HR. Ahmad dan Tabrani)


-budakbaeksangat-
KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami