Showing posts with label tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyah. Show all posts

Wednesday, 25 June 2014

Tentang Niqab

Saya ditanya di ask.fm mengenai pandangan terhadap wanita yang memakai niqab




Persoalan ini agak menarik tetapi rumit. Terimakasih kepada yang bertanya (walaupun saya tidak mengenalinya)

Pertama sekali, hukum memakai niqab menjadi khilaf dalam kalangan para ulama’ pelbagai samada mewajibkannya atau tidak.

Saya bukanlah dari kalangan agamawan untuk membahaskan hukum tersebut, lebih-lebih lagi saya sendiri masih dalam proses belajar dan mengkaji tentang persoalan ini.

Tapi jika ditanya mengenai pandangan tentang muslimah yang berniqab atau niqabis, secara sedikit saya yang saya boleh katakan adalah saya tiada masalah bahkan begitu mengagumi muslimah yang berniqab dalam keadaan mereka faham dengan keilmuan mereka tentang niqab dari sudut pandang Islam termasuk segi hukum dan hadaf niqab itu sendiri. Alhamdulillah. Semoga kita juga termasuk dalam kalangan mereka suatu hari nanti inshaAllah.

Akan tetapi jika dilihat realiti hari ini, kebanyakan muslimah berniqab tanpa mereka faham sebenar-benar tujuan niqab itu sendiri. Tidak hairanlah apabila saya bertanya kepada segolongan niqabis tentang tujuan mereka, kebanyakannya menjawab, “menutup wajah agar bakal suami menjadi lelaki pertama memandangnya.” Atau juga, “saya tidak pasti tujuan saya, sekadar doakanlah saya mampu teruskan.”  Hasilnya lahirlah ramai niqabis gedik yang setiap harinya menantikan imam-imam dan pemilik tulang rusuk mereka.

Niqab yang asalnya bertujuan untuk mengelakkan fitnah membuatkan mereka menghampiri kepada fitnah dan lebih teruk lagi apabila membawa fitnah kepada Islam pula.

Kalau mereka faham sebenar-benar kedudukan niqab dalam Islam nescaya mereka malu untuk mempamerkan diri seperti dengan posting-posting gambar mereka berniqab dengan bermacam-macam posing. Bukankah lebih menimbulkan fitnah? Dan adakah itu yang Islam inginkan? Sekiranya berpegang pada pendapat wajib atau sunat sekalipun, adakah masih relevan dengan tindakan mereka yang sedemikian?
Bacalah perbahasan mengenai niqab dalam kalangan ulama’, nescaya kalian akan gentar dan malu akan diri sendiri.

Bukanlah tujuan saya untuk menghukum para niqabis, bahkan ramai antara teman saya yang berniqab dan faham, Cuma sekadar harapan agar teman lain di luar sana turut sama menghayati tujuan sebenar kalian berniqab kerana apa saja tindakan kalian akan menjadi imej kepada Islam.
Semoga kita terhindar dari sebarang fitnah terutamanya fitnah kepada agama.



Wallahu’alam


               ~anakmakayah~ (Nor Afifah Fitriah Binti Mohd Shukri)




Sunday, 5 January 2014

Umat Islam dan Padang Bola





Kurang pasti kenapa tajuk ini dipilih tapi memang realiti aspek pemikiran dalam agama berkait rapat seperti sistem di atas padang bola.

Sebuah padang bola mengandungi dua buah tiang gol yang dikawal ketat oleh seorang penjaga gol serta dibantu oleh pemain pertahanan. Gerakan seterusnya pula dilakukan oleh pemain tengah dan pemain penyerang.

Begitulah gerakan dakwah dalam agama. Ada masa perlu bertindak membenteng, ada perlu keluar dari kepompong, mengambil alih 'penguasaan bola' lalu menyerang ke 'gol' pihak lawan.

Tetapi begitukah realitinya umat Islam yang kita lihat pada hari ini?
Apa yang dilakukan oleh umat Islam banyak berputar dalam kerja-kerja membenteng sahaja. Lihat saja, apa yang hanya mampu dilakukan adalah dengan menyekat buku itu, sekat buku ini, mengharamkan aliran itu dan ini, label melabel menjadi pemanis bibir seolah-olah tindakan inilah yang mampu menyelamatkan umat Islam dan penyebab kehebatan dan gahnya agama yang diyakini benar ini.

Sungguh defensive. Asyik membenteng dan membenteng sahaja dengan menyekat unsur lain yang menyerang pemikiran dan meresapi umat Islam, tetapi tidak pula mencuba keluar dan mara untuk menyebarkan kefahaman tentang Islam itu sendiri

Sedangkan dalam perlawanan bola sendiri kalau kita lihat, sejauh mana boleh bertahan dengan bermain defensive semata-mata, menerima serangan bertalu-talu tapi akhirnya pihak lawan berjaya bolos. Pihak yang tidak langsung memarakan bola ke tengah dan ke depan untuk menyerang pihak lawan akhirnya merudum kalah.

Jadi sejauh mana kefahaman tentang Islam ini disebarkan kalau kita asyik bermain secara membenteng, membina tembok semata-mata? Dan adakah umat Islam itu sendiri memahami prinsip agama yang selari dengan syariat sedangkan selama ini mereka hanya menerima agama secara makan suap, sejak dari sekolah diajar Islam agama yang benar, jangan percaya agama lain, fillem ini menyesatkan, buku ini liberal, siapa yang menonton, membacanya nescaya akan sesat. Tapi apakah org yang menerima suapan itu faham tentang Islam dan orang yang memberi suapan itu telah menerangkan dan membuktikan kebenaran agama Allah yg dibawa oleh baginda Rasulullah ini? Sungguh betapa ramai diluar sana (muslim /nonmuslim) yang gagal melihat Islam di kaca mata yang benar kerana umat Islam sendiri yang memberi gambaran salah mengenai Islam. Jadi salah siapa, mereka atau kita?

Sekarang ini sungguh jelas, umat Islam gagal memahami agama sendiri tapi sibuk menyesatkan orang lain, kerana apa? kerana memang diajar dan diasuh sedemikan yakni langkah dakwah adalah dengan membenteng dan bentengan menjadi semakin parah pula apabila dari menghalang agama lawan kepada menyesatkan sesama sendiri pula. Lalu bila pula pemahaman tentang Islam itu disampaikan?

Wahai Muslimin, bangkitlah, keluarlah dari kepompong bermain di kawasan pertahan, mari kita mara ke hadapan menyebarkan dakwah kita ke seberang pula. Tuntutlah ilmu sebanyak yang boleh untuk memahami agama ini dan sebarkan kefahaman yang benar tentang agama kita

Cukup-cukuplah bincang isu dalaman, sekarang tiba masanya untuk berfikir isu ummah yang lebih global
 




Thursday, 13 June 2013

Bulatan Gumbira

Bulatan gumbira atau bulatan gembira atau lebih dikenali dengan usrah.

Apa itu usrah?

أسرة = keluarga

Apa kaitan pulak dah usrah, keluarga dan bulatan gumbira? *garu kepala*


Secara asasnya dan secara mudahnya, usrah ini merupakan satu bulatan gembira, atau tempat perkongsian ilmu semata-mata kerana Allah.

Dalam kata mudahnya, sharing. Berkongsi segala rasa, segala masalah, segala ilmu. 

Masing-masing mempunyai satu matlamat. iaitu syurga Allah.

Dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan Islam, antara langkahnya adalah bermula dengan usrah itu sendiri.

Usrah ni datang dari mana sebenarnya?

Haaa. Teringat perkongsian dengan naqibah.

Usrah ni sudah bermula pada zaman Nabi s.a.w sendiri.

Cumanya, bukan spesifik nama usrah lah.

Waktu itu perkongsian atau perkumpulan yang pertama dilakukan di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam.

Jadinya, dalam usaha untuk sentiasa memastikan diri ini dalam tarbiyah, usrah itu menjadi salah satu medium untuk sentiasa istiqamah dalam beribadah.

Kerana apa? Mudah sahaja.

Manusia kan mudah lupa. Manusia sendiri berasal daripada perkataan insan (الانسان) yang membawa maksud lupa (ننسى).

Jadinya, kena selalu diingatkan lah.

Tak luak sangat pun dalam seminggu, luangkan masa dua, tiga jam demi usrah.

Buat perkara lain boleh pulak kan. *tikam diri sendiri*

undefined

Usrah ini boleh dianggap seperti keluarga sendiri. Terutama bagi manusia seperti kami yang tersangattttttttttttt jauhhhhhhhhhhhhhhhh daripada keluarga. *bercucuran airmata*

Wujudnya kakak-2 naqibah yang mengambil berat ini tersangatlah membantu di saat kami hampir terjatuh tersungkur menyembah bumi *debushh*

Dapat merasakan manisnya ukhuwwah itu bersama ahli usrah.

Indah, sangat indah. Patut cuba. Serius. *muka serius.jpg*

Usrah ini sesungguhnya tidak terhad kepada pertemuan 4, 6, 8 atau beberapa banyak mata.

Zaman sudah maju. Boleh guna untuk kebaikan kan kan kan?

Sharing menerusi group FB ada, WhatsApp ada, Twitter ada, pendek kata, macam-2 ada. :D

At least takde ah tweet merapu sepanjang masa.

Alhamdulillah, kami berada dalam usrah. Anda bagaimana? *hulurkan tangan, ringankan beban*

undefined

-budakbaeksangat-


KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami