Showing posts with label muslim. Show all posts
Showing posts with label muslim. Show all posts

Sunday, 12 October 2014

Ibrah dari Demam

Di saat menggigil kerana demam ni, teringat pula pada ceramah ustaz Dr. Syafiq Reza mengenai Ummu Said yang mafhumnya:

Ketika Nabi saw melawat Ummu Said, baginda melihat Ummu Said sedang menggigil lalu bertanya akan keadaannya.

Ummu Said berkata, "Demam, Semoga Allah tidak memberkahi demam itu."

Lalu baginda Rasulullah saw melarang Ummu Said dari mencela penyakit demam itu dan kemudian berkata, "Penyakit demam itu yang akan menghilangkan dosa-dosa manusia.

Kesimpulannya, pandanglah setiap sesuatu musibah itu dengan sudut positive. Kotoran pada emas dapat dihilangkan dengan api kepanasan. Karat pada besi juga hilang dengan melalui kepanasan api. Pandanglah di sudut ISINYA, bukan KOSONGNYA kerana setiap sesuatu itu "Setengah Isi Setengah Kosong."

Begitu juga dosa-dosa kita, hadirnya penyakit yang membuatkan badan rasa menderita walhal dialah yang membawa penawar kepada dosa yang telah kita lakukan.

Ummu Yasir,
12 Oktober 2014,
8.06pm,
Iskandariah, Mesir

Wednesday, 3 September 2014

Muhasabah dari UJUB

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang berjawatan tinggi, kagum dgn jawatannya.
Orang yg bijak berpidato, kagum dgn pidatonya,
Orang yg petah berbicara, kagum dgn kepetahannya
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Walhal semua kelebihan atau keistimewaan itu adalah milik Allah dan diberikan kepada manusia.

Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."
(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”
(HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arba’in)

WALLAHUALAM..

P/s : entry kali ini bukan tulisan saya dan saya tidak tahu siapakah penulisnya dan saya postkan ke sini begitu menyukai post ini untuk dimuhasabah bersama

Wednesday, 25 June 2014

Tentang Niqab

Saya ditanya di ask.fm mengenai pandangan terhadap wanita yang memakai niqab




Persoalan ini agak menarik tetapi rumit. Terimakasih kepada yang bertanya (walaupun saya tidak mengenalinya)

Pertama sekali, hukum memakai niqab menjadi khilaf dalam kalangan para ulama’ pelbagai samada mewajibkannya atau tidak.

Saya bukanlah dari kalangan agamawan untuk membahaskan hukum tersebut, lebih-lebih lagi saya sendiri masih dalam proses belajar dan mengkaji tentang persoalan ini.

Tapi jika ditanya mengenai pandangan tentang muslimah yang berniqab atau niqabis, secara sedikit saya yang saya boleh katakan adalah saya tiada masalah bahkan begitu mengagumi muslimah yang berniqab dalam keadaan mereka faham dengan keilmuan mereka tentang niqab dari sudut pandang Islam termasuk segi hukum dan hadaf niqab itu sendiri. Alhamdulillah. Semoga kita juga termasuk dalam kalangan mereka suatu hari nanti inshaAllah.

Akan tetapi jika dilihat realiti hari ini, kebanyakan muslimah berniqab tanpa mereka faham sebenar-benar tujuan niqab itu sendiri. Tidak hairanlah apabila saya bertanya kepada segolongan niqabis tentang tujuan mereka, kebanyakannya menjawab, “menutup wajah agar bakal suami menjadi lelaki pertama memandangnya.” Atau juga, “saya tidak pasti tujuan saya, sekadar doakanlah saya mampu teruskan.”  Hasilnya lahirlah ramai niqabis gedik yang setiap harinya menantikan imam-imam dan pemilik tulang rusuk mereka.

Niqab yang asalnya bertujuan untuk mengelakkan fitnah membuatkan mereka menghampiri kepada fitnah dan lebih teruk lagi apabila membawa fitnah kepada Islam pula.

Kalau mereka faham sebenar-benar kedudukan niqab dalam Islam nescaya mereka malu untuk mempamerkan diri seperti dengan posting-posting gambar mereka berniqab dengan bermacam-macam posing. Bukankah lebih menimbulkan fitnah? Dan adakah itu yang Islam inginkan? Sekiranya berpegang pada pendapat wajib atau sunat sekalipun, adakah masih relevan dengan tindakan mereka yang sedemikian?
Bacalah perbahasan mengenai niqab dalam kalangan ulama’, nescaya kalian akan gentar dan malu akan diri sendiri.

Bukanlah tujuan saya untuk menghukum para niqabis, bahkan ramai antara teman saya yang berniqab dan faham, Cuma sekadar harapan agar teman lain di luar sana turut sama menghayati tujuan sebenar kalian berniqab kerana apa saja tindakan kalian akan menjadi imej kepada Islam.
Semoga kita terhindar dari sebarang fitnah terutamanya fitnah kepada agama.



Wallahu’alam


               ~anakmakayah~ (Nor Afifah Fitriah Binti Mohd Shukri)




Wednesday, 4 June 2014

Krik Krik.

*krik krik*

*bunyi cengkerik*

Kenapakah?

Oh. Saya tahu kenapa. :B

Ingat tak tentang MH370?

Oh ingat-2. 

Ingat tak tentang huru-hara di Mesir?

Oh ingat jugak, mesti lah.

Tentang Palestin? Syria?

Ini mana boleh lupa. Ingat jer.

Hmm. Tapi kalau nak diperhatikan sekarang, dah tak sekencang memula dulu waktu mana-2 insiden diuar-uarkan.

Contoh, MH370.

Masa hari pertama hilang, semua duk update sana sini, betapa concern dan caring.

Masuk hari kedua, ketiga, seminggu, ada jer lagi.

Bila dah sebulan dan makin lama, makin sayup jer.

Bukan nak kata yang tak update tu tak mendoakan atau apa.

Tapi boleh nampak tahap concern tu bagaimana.

Saya percaya semua bagus-2 sentiasa mendoakan mereka.

Mungkin hanya segelintir yang begitu.

Cuma mahu ditekankan, tentang doa buat sesama saudara.

Mana tahu, dengan doa saudara kita di Palestin, urusan kita sekarang dipermudah. Haa.

Tapi kita yang senang lenang aman bahagia ni, ada ingat mereka?

Mungkin susah nak sentiasa update sana sini, tapi sekurangnya, jangan lupa mendoakan. Okay?

Paling terbaru tentang Mesir, secara rasminya Abdel Fattah el-Sisi memenangi pilihanraya presiden pada Selasa (3 Jun 2014) dengan peratusan lebih dari 96%.

Persoalannya, siapa yang ambil tahu isu semasa tentang Mesir?

Saya yakin anda orangnya. Segelintir sahaja yang 'ignorance'.

Kita mahu jadi ignorance terhadap isu ummah? Mana letaknya iman kita?

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. [49:10]

Secara jujurnya saya sendiri baru sahaja mendapat berita ini daripada sahabat di Mesir.

Kalau tidak, saya pun menjadi salah seorang yang ignorance tu.

Tapi masih boleh berubah kan?

Ayuh menjadi cakna akan ummah, akan agama Islam sendiri!

-budakbaeksangat-


Thursday, 20 March 2014

Hakikat tsiqoh itu subjektif



Si A nampak tsiqoh la. Aku perlu mendekatinya. Dia ibarat murabbi.
Si B kurang tsiqoh la. Tiada keperluan untuk aku dekatinya.


Respondan :

1) Kenapa si B ilmunya penuh di dada tapi ke mana-mana sekadar bertshirt, seluar jeans, kopiah pula tak pernah nampak di kepala, gaya jalan pun macam orang biasa-biasa, rambut pulak terpacak. Alim apa mcm ni. Tak tsiqoh langsung!

2) Waaah si A ni,sudah lah berjubah, berserban pula, jalan menunduk-nunduk, suara pula halus dan lembut, sungguh berbudi bahasa. Ciri-ciri ahli syurga, aku perlu menuntut ilmu dengannya. Aku yakin dia alim, tsiqoh 100%


~~~~~


Hakikat tsiqoh pada pandangan manusia itu subjektif. Setiap orang ada penakrifan yang berbeza mengenai tsiqoh. Tapi perbezaan yang sangat jelas antara tsiqoh kerana berilmu dengan tsiqoh tanpa ilmu tapi hanya pada perwatakan.


Hakikat sebenar alim, bukanlah diukur dari perwatakannya tapi diukur dari ilmunya. Perlu tsiqoh atau tidak?? Hmm subjektif

Wallahualam

-anakmakayah-

Sunday, 5 January 2014

Umat Islam dan Padang Bola





Kurang pasti kenapa tajuk ini dipilih tapi memang realiti aspek pemikiran dalam agama berkait rapat seperti sistem di atas padang bola.

Sebuah padang bola mengandungi dua buah tiang gol yang dikawal ketat oleh seorang penjaga gol serta dibantu oleh pemain pertahanan. Gerakan seterusnya pula dilakukan oleh pemain tengah dan pemain penyerang.

Begitulah gerakan dakwah dalam agama. Ada masa perlu bertindak membenteng, ada perlu keluar dari kepompong, mengambil alih 'penguasaan bola' lalu menyerang ke 'gol' pihak lawan.

Tetapi begitukah realitinya umat Islam yang kita lihat pada hari ini?
Apa yang dilakukan oleh umat Islam banyak berputar dalam kerja-kerja membenteng sahaja. Lihat saja, apa yang hanya mampu dilakukan adalah dengan menyekat buku itu, sekat buku ini, mengharamkan aliran itu dan ini, label melabel menjadi pemanis bibir seolah-olah tindakan inilah yang mampu menyelamatkan umat Islam dan penyebab kehebatan dan gahnya agama yang diyakini benar ini.

Sungguh defensive. Asyik membenteng dan membenteng sahaja dengan menyekat unsur lain yang menyerang pemikiran dan meresapi umat Islam, tetapi tidak pula mencuba keluar dan mara untuk menyebarkan kefahaman tentang Islam itu sendiri

Sedangkan dalam perlawanan bola sendiri kalau kita lihat, sejauh mana boleh bertahan dengan bermain defensive semata-mata, menerima serangan bertalu-talu tapi akhirnya pihak lawan berjaya bolos. Pihak yang tidak langsung memarakan bola ke tengah dan ke depan untuk menyerang pihak lawan akhirnya merudum kalah.

Jadi sejauh mana kefahaman tentang Islam ini disebarkan kalau kita asyik bermain secara membenteng, membina tembok semata-mata? Dan adakah umat Islam itu sendiri memahami prinsip agama yang selari dengan syariat sedangkan selama ini mereka hanya menerima agama secara makan suap, sejak dari sekolah diajar Islam agama yang benar, jangan percaya agama lain, fillem ini menyesatkan, buku ini liberal, siapa yang menonton, membacanya nescaya akan sesat. Tapi apakah org yang menerima suapan itu faham tentang Islam dan orang yang memberi suapan itu telah menerangkan dan membuktikan kebenaran agama Allah yg dibawa oleh baginda Rasulullah ini? Sungguh betapa ramai diluar sana (muslim /nonmuslim) yang gagal melihat Islam di kaca mata yang benar kerana umat Islam sendiri yang memberi gambaran salah mengenai Islam. Jadi salah siapa, mereka atau kita?

Sekarang ini sungguh jelas, umat Islam gagal memahami agama sendiri tapi sibuk menyesatkan orang lain, kerana apa? kerana memang diajar dan diasuh sedemikan yakni langkah dakwah adalah dengan membenteng dan bentengan menjadi semakin parah pula apabila dari menghalang agama lawan kepada menyesatkan sesama sendiri pula. Lalu bila pula pemahaman tentang Islam itu disampaikan?

Wahai Muslimin, bangkitlah, keluarlah dari kepompong bermain di kawasan pertahan, mari kita mara ke hadapan menyebarkan dakwah kita ke seberang pula. Tuntutlah ilmu sebanyak yang boleh untuk memahami agama ini dan sebarkan kefahaman yang benar tentang agama kita

Cukup-cukuplah bincang isu dalaman, sekarang tiba masanya untuk berfikir isu ummah yang lebih global
 




Thursday, 4 July 2013

Solat dengan khusyuk



dah solat ke?
*bersegeralah solat bagi yang belum lagi tu*

why why?


Solat adalah tiang agama,
 dan ia difardhukan ke atas setiap yang bergelar muslim.
Solat merupakan ibadah yang semestinya tidak asing bagi kita semua,

Solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. 
(Al-Ankabut : 45)


Tapi kenapa ada saja orang yang solat  tapi masih buat maksiat?
 buat perkara keji
buat mungkar
Mesti kita pun pernah terfikir kan? 
iYa,,
 solat sebenarnya memang mampu cegah kita dari perbuatan keji dan mungkar.
 Cuma solat yang dimaksudkan disini salah satunya ialah
Solat Yang Khusyuk



Macam mana nak solat dengan khusyuk???


sebenarnya banyak saja cara untuk khusyuk dalam solat

 cuma nak ditekankan dalam entri ini ialah

*jeng jeng jeng*

Fahami makna bacaan dalam solat!!!!!

nampak mudah? tapi mampu ke kita buat sebelum ni?
ade ke kita buat?

Bagi yang pernah buat, tahniah dahn teruskan amalan itu.
*clap clap*
 Bagi yang belum pernah buat, jom lah kita sama-sama buat,
 inshaAllah
 solat kita akan lebih khusyuk selepas ini. 

kat bawah niii haa ada dikepilkan sikit 
tafsiran setiap kalimah
kalimah yang kita baca dalam solat tu
dah kalau selama ni kita tak faham sepatah pun yang kita baca
sekarang ni dah boleh tgk lah apa sebenarnya yang kita baca
5 kali sehari

tau kita baca
sebab tu kena tau
tu kalau yang solat fardhu je
kalau solat sunat???
dah berapa kali sehari kita baca kan kan kan
so tak rasa rugi ke?
 yang kita duk sebut 


kalau faham,

penghayatan
dalam solat
tu pun mesti lebih
masyuuk
(khusyuk)


 kan kan kan





nah:

semoga dapat membantu


Takbiratulihram
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,
Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, Hidupku, dan Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
 bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku Dan
Maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta
Keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya

Ok, itu saja untuk kali ini
semoga dapat membantu kita semua
khusyuk dalam solat
percayalah solat anda akan lebih khusyuk 
jika anda faham maksud apa yang anda baca 

Pesanan untuk semua

tak perlu terus hafal semua sekaligus
kalau rasa susah
cuba hafal yang mana mampu dulu
cam bacaan ketika sujud @ rukuk dll..
kemudian amalkan selama seminggu @ sampai dah hafal
lepas itu baru hafal yang lain
tapi kalau mampu semua baguslah
yang penting istiqamah (berterusan ), insyaAllah

-------------------------------------------------------------

* sebenarnya ana tiadalah sewenang-wenangnya nak bagi tips solat khusyuk ni
siapalah diriku nak beri tips 
dan siapalah jua daku untuk menterjemah segala bacaan dalam solat
tapi ana dapat tips dan terjemahan dari blog saudara Ad-dien
kira ambil dia punya tips lah cuma ana ubah suai n olah sikit je
sikit je olah nya pun

boleh rujuk blog saudara ad-dien utk lebih lanjut:


~anakmakayah~

Thursday, 13 June 2013

Bulatan Gumbira

Bulatan gumbira atau bulatan gembira atau lebih dikenali dengan usrah.

Apa itu usrah?

أسرة = keluarga

Apa kaitan pulak dah usrah, keluarga dan bulatan gumbira? *garu kepala*


Secara asasnya dan secara mudahnya, usrah ini merupakan satu bulatan gembira, atau tempat perkongsian ilmu semata-mata kerana Allah.

Dalam kata mudahnya, sharing. Berkongsi segala rasa, segala masalah, segala ilmu. 

Masing-masing mempunyai satu matlamat. iaitu syurga Allah.

Dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan Islam, antara langkahnya adalah bermula dengan usrah itu sendiri.

Usrah ni datang dari mana sebenarnya?

Haaa. Teringat perkongsian dengan naqibah.

Usrah ni sudah bermula pada zaman Nabi s.a.w sendiri.

Cumanya, bukan spesifik nama usrah lah.

Waktu itu perkongsian atau perkumpulan yang pertama dilakukan di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam.

Jadinya, dalam usaha untuk sentiasa memastikan diri ini dalam tarbiyah, usrah itu menjadi salah satu medium untuk sentiasa istiqamah dalam beribadah.

Kerana apa? Mudah sahaja.

Manusia kan mudah lupa. Manusia sendiri berasal daripada perkataan insan (الانسان) yang membawa maksud lupa (ننسى).

Jadinya, kena selalu diingatkan lah.

Tak luak sangat pun dalam seminggu, luangkan masa dua, tiga jam demi usrah.

Buat perkara lain boleh pulak kan. *tikam diri sendiri*

undefined

Usrah ini boleh dianggap seperti keluarga sendiri. Terutama bagi manusia seperti kami yang tersangattttttttttttt jauhhhhhhhhhhhhhhhh daripada keluarga. *bercucuran airmata*

Wujudnya kakak-2 naqibah yang mengambil berat ini tersangatlah membantu di saat kami hampir terjatuh tersungkur menyembah bumi *debushh*

Dapat merasakan manisnya ukhuwwah itu bersama ahli usrah.

Indah, sangat indah. Patut cuba. Serius. *muka serius.jpg*

Usrah ini sesungguhnya tidak terhad kepada pertemuan 4, 6, 8 atau beberapa banyak mata.

Zaman sudah maju. Boleh guna untuk kebaikan kan kan kan?

Sharing menerusi group FB ada, WhatsApp ada, Twitter ada, pendek kata, macam-2 ada. :D

At least takde ah tweet merapu sepanjang masa.

Alhamdulillah, kami berada dalam usrah. Anda bagaimana? *hulurkan tangan, ringankan beban*

undefined

-budakbaeksangat-


KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami