Showing posts with label mesir. Show all posts
Showing posts with label mesir. Show all posts

Thursday, 23 April 2015

Syed Qutb? Siapa tu?

Salam sayang kepada yang membaca. :)

Semalam dapat ilmu baru tentang Syed Qutb, jadi saya nak share!

Pernah dengar nama beliau kan?

Kenapa beliau secara khusus saya akan cerita?

Kerana, beliau berada pada zaman dengan kita, tak jauh beza. :D

Saya akan menulis tentang beliau secara ringkas je.

Beliau lahir pada 1906 di Mesir.

Tempoh usia beliau ialah 60 tahun.

Saya bahagikan kepada dua: 40 tahun dan 20 tahun.

40 tahun yang pertama penuh kecamuk dan jahiliyyah.

20 tahun yang seterusnya adalah yang bermakna buatnya.

Beliau dilahirkan dalam keluarga yang beragama.

Ibubapa beliau sering menghidupkan suasana dengan al-Quran.

Syed Qutb menghafal al-Quran sejak dari kecil.

Beliau seorang yang sangat bijak dan genius sehingga memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran Kaherah, Mesir.

Kemudian beliau dihantar ke Amerika, untuk mencedok segala ilmu yang ada.

Selama 2 tahun di sana, bersama Quran dalam hatinya.

Namun sebagai manusia biasa, beliau terlarut juga dengan pemikiran Barat.

Sehingga beliau menulis artikel membenarkan manusia bertelanjang! :O

Artikel itu menceritakan tentang kita kembali kepada fitrah manusia. Seperti bayi yang baru lahir (bertelanjang).

Barangkali hampir setiap hari beliau disajikan dengan manusia yang tidak berpakaian secara betul ketika di Amerika sehingga membuatkan beliau berfikir sedemikian.

Beliau turut menyatakan, 'Amerika mempunyai segala sesuatu kecuali roh'.

Bayangkan beliau yang menghafal al-Quran namun boleh melakukan silap macam tu.

Nyatalah selama ini beliau hanya menghafal tanpa memahami intipati Kitab Allah.

Pada 1949, Syed Qutb dimasukkan ke hospital kerana sakit.

Pada suatu ketika, beliau mendengar orang Yahudi di kawasan hospital bersorak.

Syed Qutb bertanya sebab mereka bersorak.

Mereka menyatakan Imam Hassan al-Banna (pejuang Islam di Mesir pada ketika itu) telah dibunuh.

Insiden ini telah membangkitkan Syed Qutb.

Beliau geram kerana orang Yahudi sanggup bersorak akan pemergian orang Islam (seagama dengan Syed Qutb).

Syed Qutb pulang ke Mesir, meletakkan jawatan sebagai Menteri dan menyertai Ikhwanul Muslimin.

Beliau akhirnya bangkit dan menghasilkan Tafsir fi Zilalil Quran.

Uniknya, Tafsir tersebut dihasilkan ketika beliau dipenjara. :O

Beliau ditangkap oleh kerajaan kerana tuduhan yang tiada asas.

Penulisan Syed Qutb harus diperiksa oleh pihak penjara untuk diterbitkan.

Jadi beliau menggunakan bahasa yang sukar difahami jika tidak dibaca dengan teliti.

Penulisan beliau juga turut diubah oleh pihak penjara kerana hasad!

1959, Syed Qutb dibebaskan dan mendapati tulisan telah banyak diubahsuai.

Beliau telah meneliti dan mengkaji kembali Tafsir tersebut.

 Semakan semula sempat dibuat sehingga surah Ibrahim sahaja, kerana kerajaan telah menangkap beliau semula.

1966, beliau dijatuhkan hukuman mati di tali gantung.

Sekian kisah Syed Qutb, sedikit sebanyak dapat saya kongsikan.

Syed Qutb menghabiskan 40 tahun beliau dengan penuh kecamuk dan jahiliyyah, namun akhirnya beliau bangkit pada 20 tahun terakhir dan berjuang untuk Islam!

Jadi kita masih belum terlambat, rata-rata kita berumur 20 tahun, masih sempat untuk kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai 'abid dan khalifah Allah.

Jadi jangan putus asa! Syed Qutb sudah tersenyum di syurga sana, kita? :)

 dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.
Surah Yusuf, ayat 87.


-budakbaeksangat-


Wednesday, 4 June 2014

Krik Krik.

*krik krik*

*bunyi cengkerik*

Kenapakah?

Oh. Saya tahu kenapa. :B

Ingat tak tentang MH370?

Oh ingat-2. 

Ingat tak tentang huru-hara di Mesir?

Oh ingat jugak, mesti lah.

Tentang Palestin? Syria?

Ini mana boleh lupa. Ingat jer.

Hmm. Tapi kalau nak diperhatikan sekarang, dah tak sekencang memula dulu waktu mana-2 insiden diuar-uarkan.

Contoh, MH370.

Masa hari pertama hilang, semua duk update sana sini, betapa concern dan caring.

Masuk hari kedua, ketiga, seminggu, ada jer lagi.

Bila dah sebulan dan makin lama, makin sayup jer.

Bukan nak kata yang tak update tu tak mendoakan atau apa.

Tapi boleh nampak tahap concern tu bagaimana.

Saya percaya semua bagus-2 sentiasa mendoakan mereka.

Mungkin hanya segelintir yang begitu.

Cuma mahu ditekankan, tentang doa buat sesama saudara.

Mana tahu, dengan doa saudara kita di Palestin, urusan kita sekarang dipermudah. Haa.

Tapi kita yang senang lenang aman bahagia ni, ada ingat mereka?

Mungkin susah nak sentiasa update sana sini, tapi sekurangnya, jangan lupa mendoakan. Okay?

Paling terbaru tentang Mesir, secara rasminya Abdel Fattah el-Sisi memenangi pilihanraya presiden pada Selasa (3 Jun 2014) dengan peratusan lebih dari 96%.

Persoalannya, siapa yang ambil tahu isu semasa tentang Mesir?

Saya yakin anda orangnya. Segelintir sahaja yang 'ignorance'.

Kita mahu jadi ignorance terhadap isu ummah? Mana letaknya iman kita?

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. [49:10]

Secara jujurnya saya sendiri baru sahaja mendapat berita ini daripada sahabat di Mesir.

Kalau tidak, saya pun menjadi salah seorang yang ignorance tu.

Tapi masih boleh berubah kan?

Ayuh menjadi cakna akan ummah, akan agama Islam sendiri!

-budakbaeksangat-


Sunday, 18 August 2013

Mesir Kini

Rata-2 penduduk Malaysia mengetahui keadaan Mesir sekarang. 

Ye, situasi semakin teruk. Tidak dapat dinafikan. 

Walaupun kadang-2 media terlalu menggembar-gembur keadaan di sana, namun sekurangnya kita masih cakna isu ini.

Siapa Mesir kepada kita? Saudara Islam kan?

Ucaplah tahniah, mabruk dan segala bagai ucapan tahniah kepada diri kerana prihatin tentang isu ummah walau tidak sepenuhnya. Namun adakah kita sekadar mahu menjadi yang tahu ala kadar sahaja? Haaa. 

Apa usaha kita untuk saudara kita ni? *perah otak* *tadah dengan baldi* *erghhh bunyinya*

Orang kata, sekecil-2 usaha kita untuk mereka, adalah berdoa
Namun adakah kita mahu menjadi manusia yang 'sekurang-2nya' itu? Haaaa.

 Mesti mahu lebih. Eventhough barang pun, mesti nak terbaik. Mana mahu yang cikai-2. Ye dok?

Jadinya, antara usaha boleh kita buat, doa secara istiqamah, khususkan buat mereka. Boleh juga melaksanakan solat hajat khusus buat mereka jua.

Cara lain, juga boleh bantu update tentang keadaan sana kepada rangkaian sosial yang ada di samping mengingatkan mereka agar sentiasa doakan Mesir.

Bayangkan, nyawa ibarat boleh dijual beli. Mereka menjadikan Mesir sebagai medan praktikal Counterstrike *ehem*

Ingat nyawa tu boleh retrieve ke dengan tunggu kejap biar hero hidup balik macam Dota? *ehem* 

Ada yang terjun dari fly over waktu kena gempur oleh tentera demi selamatkan diri. Macam tengah ada program Fear Factor. 

Paling sadis, wanita dan kanak-2 turut menjadi mangsa. :(

Takde kesedaran langsung. Main tembak serang je belaka. Haihhhh. Kejam !

Kita ni ha masih duk sibuk beraya dengan penuh keriangan, pergi open house itu ini dengan penuh gilang gemilang, ada selami tak penderitaan mereka?

Ada ucap syukur? 

Tu lah, kita ni masih di zon selesa. Bila ada kes tembak, baru lah mula nak rasa terancam. Kalau tidak, masih huha gamaknya. 

Ni berlaku kepada segelintir manusia je. Tapi kita boleh cerminkan diri. Betulkan agar menjadi terbaik ye. 

Tidak lupa juga kepada saudara kita di Palestin, Syria, Rohingya dan lain-2 tempat. Doakan kemenangan Islam. Allah bersama kita. Keep faith ! 

Verily, in every hardship, there is relief. [94:5]

Selamat berpuasa enam bagi yang belum dan sedang melaksanakannya ! Semoga istiqamah dalam ibadah dan kebaikan.

Allah loves you every second. :)

-budakbaeksangat-




KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami