Showing posts with label kejayaan. Show all posts
Showing posts with label kejayaan. Show all posts

Thursday, 6 June 2013

MUMTAZ BUAT UMMAH. Bagaimana?

Seringkali tertanya-tanya, apakah tips yang terbaik untuk mumtaz dalam hidup, dalam pelajaran.

Mungkin ada yang terlupa. Mungkin ada yang ingat namun tidak terfikir untuk mengambil pengajaran dan amalkan.

Kita kan ada al-Quran! *jeng jeng jeng*

Mari usya kandungan surah al-Mu'minun. Yalla yalla.



Mari pula kita usya intipati yang kita boleh ambil daripada surah ini.

1. Keyakinan, kepercayaan dan keimanan kepada Allah SWT.
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman [23:1]
2.  Fokus, bersungguh-sungguh sepenuh hati.

(yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya, [23:2]

3. Prioriti, mengutamakan apa yang utama.

Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, [23:3]

4. Prihatin sesama kita.

Dan orang-orang yang menunaikan zakat, [23:4]

5. Menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, [23:5]

6. Jujur dan amanah.

Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. [23:8]

7. Memelihara solat.

Dan orang-orang yang memelihara solatnya. [23:9]

:O :O :O :O

Terkujat ha *tutup mulut* , semua perkara ada dalam al-Quran rupanya.

Kita je tak kobek kan?

Tidak ku menyangka begini rupanya. *muka dramatik.jpg*

Natijahnya?

Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya. [23:10-11]

Balasan Syurga tuuuuu.

Jadinya, apa kita tunggu lagi?

Ayuh, bersama menuju mumtaznya hidup dunia dan akhirat!

Hayya 3ala falah! *muka semangat.jpg sambil angkat sebelah tangan*

-budakbaeksangat-


p/s: mencuba untuk mempoyokan penulisan. Agaknya jadi ke tidak? =..=

Wednesday, 5 June 2013

Usaha. Usaha. Usaha.



Tidak ada perkara yang mudah di dunia melainkan hanya perkara sia-sia.

Tidak kisah apa pun yang dipelajari, akan ada bahagian-bahagian yang susah.
Namun, ianya mampu diatasi. Bagaimana?

USAHA.

Ya, usaha. InshaAllah, selepas berusaha bersungguh-sungguh, andai tidak mampu capai jua matlamat, serahkan segalanya kepada Allah.

Allah menyukai hambaNya yang bertawakal setelah berusaha bersungguh-sungguh

undefined
"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya(Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".

Sudah dinyatakan di dalam al-Quran tentang erti jangan berputus asa. Apa lagi yang kita inginkan melainkan kata-kata cinta daripada Allah kan?

Hayya 3ala falah setelah hayya 3ala solah.

Membuktikan betapa kejayaan itu penting sebagai individu Muslim.

Marilah menuju kejayaan! *muka semangat.jpg*

-budakbaeksangat-
KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami