Wednesday 5 June 2013

Usaha. Usaha. Usaha.



Tidak ada perkara yang mudah di dunia melainkan hanya perkara sia-sia.

Tidak kisah apa pun yang dipelajari, akan ada bahagian-bahagian yang susah.
Namun, ianya mampu diatasi. Bagaimana?

USAHA.

Ya, usaha. InshaAllah, selepas berusaha bersungguh-sungguh, andai tidak mampu capai jua matlamat, serahkan segalanya kepada Allah.

Allah menyukai hambaNya yang bertawakal setelah berusaha bersungguh-sungguh

undefined
"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya(Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".

Sudah dinyatakan di dalam al-Quran tentang erti jangan berputus asa. Apa lagi yang kita inginkan melainkan kata-kata cinta daripada Allah kan?

Hayya 3ala falah setelah hayya 3ala solah.

Membuktikan betapa kejayaan itu penting sebagai individu Muslim.

Marilah menuju kejayaan! *muka semangat.jpg*

-budakbaeksangat-

No comments:

Post a Comment

KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami