Terdapat beberapa hadis yang membicarakan tentang akhlak-akhlak yang mulia bagi seseorang.
Antaranya:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah) , jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.
[Hadis Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim]
Orang Islam itu adalah individu yang orang-orang Islam selamat daripada lisannya (kata-kata kesat/mengumpat) dan tangannya(kezalimannya)
[Hadis Riwayat al-Bukhariy(6484)]
Di antara akhlak seorang mukmin itu adalah baik dalam berbicara,tekun apabila mendengar,berwajah ceria dan menepati janji .
[Hadis riwayat Ad Dailami]
KENAPA??
Kenapa kita diseru berakhlak mulia?
Kerana dalam akhlak kita menjadi kayu ukur keimanan kita.
Akhlak mulia melambangkan keimanan yang teguh
Akhlak yang buruk pula menjadi bukti lemahnya iman seseorang terhadap Allah Azza wa Jalla
Rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnya:
“Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah
tidak beriman!” Para sahabat kemudian bertanya, “Siapakah dia itu, wahai
Rasulullah?” Beliau berkata, “seseorang yang tetangganya tidak aman dari
gangguannya.”
[Hadis
Riwayat: Al-Bukhari]
Jadi sahabat fillah yang dicintai
Betapa akhlak dan iman itu dua unsur yang sangat rapat
Pembentukan akhlak
yang mulia adalah faktor utama bagi kekuatan dan keagungan umat.
Sesungguhnya nilai
suatu umat itu terletak pada akhlaknya. Jika akhlak itu hilang maka hilang pula
nilai umat tersebut. Kerana itulah memperbaiki akhlak sangat penting, kerana
akhlak mempengaruhi baik buruknya suatu ummah.
Ayuh sama-sama memperbaiki akhlak~
-anakmakayah-
No comments:
Post a Comment