Saturday 15 June 2013

Ciri-ciri Ahli Syurga

Perkongsian kali ini diambil daripada Surah Qaaf.

Surah Qaaf ayat 32

undefined

(Serta dikatakan kepada mereka): "Inilah yang dijanjikan kepada kamu, - kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah) -

Surah Qaaf ayat 33


"(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat".

Mari kita senaraikan :D

1. Awwab - hamba yang sentiasa bertaubat kepada Allah

2. Hafiz - memelihara semua peraturan-peraturanNya

3. Takut kepada Allah

4. Datang dengan hati yang murni - hati yang bertaubat, tunduk dengan taat

Haa. Sebijik-2 Allah titipkan ciri-2 ni kepada kita.

Apa tindakan kita? Buat taktau? Tahu tapi buat lupa?

Jangan ler begitu.

Kata nak masuk syurga, moh ler cukupkan ciri-2 ni ea! :D


-budakbaeksangat-

Source: Usrah Kami :D


No comments:

Post a Comment

KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami