Showing posts with label akhlak. Show all posts
Showing posts with label akhlak. Show all posts

Wednesday, 3 September 2014

Muhasabah dari UJUB

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang berjawatan tinggi, kagum dgn jawatannya.
Orang yg bijak berpidato, kagum dgn pidatonya,
Orang yg petah berbicara, kagum dgn kepetahannya
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Walhal semua kelebihan atau keistimewaan itu adalah milik Allah dan diberikan kepada manusia.

Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."
(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”
(HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arba’in)

WALLAHUALAM..

P/s : entry kali ini bukan tulisan saya dan saya tidak tahu siapakah penulisnya dan saya postkan ke sini begitu menyukai post ini untuk dimuhasabah bersama

Tuesday, 11 June 2013

HATER? :O :O

Hater? Pembenci? (Google Translate)

Kekadang ada je manusia tak puas hati dengan kita kan?

Buat tu salah, buat ni salah. Aiyaa. Mana satu nak buat? *campak meja*

Silap sikit, cakap belakang. Silap sikit, cerita kat orang.

Tensi kan? =_______________=

Haaa. Tapi adakah kita terfikir, apa hikmahnya wujud manusia yang selalu menentang *against* kita ni?

Ceritanya begini. Kita bagi satu cerita yang mungkin ramai sudah tahu.

Terdapat seorang lelaki bersama anaknya menaiki keldai.

Kemudiannya mereka melepasi sekumpulan manusia.

Manusia itu berkata, "Kenapalah mereka menaiki keldai itu? Kasihan keldai itu penat. Mereka berdua itu semestinya berat."

Kedua-dua beranak yang mendengarkan itu, mereka berdua turun dan berjalan bersama keldai.

Kemudiannya mereka melepasi sekumpulan manusia lagi.

Manusia itu berkata, "Kenapalah tidak digunakan keldai itu? Apa fungsi keldai itu kalau tidak dinaiki? Buat penat je."

Lelaki itu kemudian menyuruh anaknya pula menunggang keldai itu.

Kemudiannya mereka melepasi sekumpulan manusia yang lain pula.

Manusia itu berkata, "Kejamnya anak dia. Sanggup membiarkan ayahnya yang tua berjalan sedangkan dia menaiki keldai itu."

Selepas itu anaknya pula turun dan ayahnya menunggang keldai tersebut.

Kemudiannya mereka melepasi sekumpulan manusia LAGI -.-

Manusia itu berkata, "Apa lah lelaki itu. Tidakkah kasihankan anaknya berjalan sedangkan dia menunggang keldai? Anaknya pasti tidak berdaya."

undefined

Panjang bebenau ceritanya. -.- Dah lah guna ayat sendiri. Hehh.

Boleh nampak tak betapa kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak?

Ada je nak komen, nak rungut, nak kata macam-2.

Tapi apa yang kita boleh dapat daripada situasi ini?

Bila ada yang tak puas hati, kita lihat balik, atau tanya sendiri  apa yang tidak memuaskan hati mereka itu.

Dari situ, kita boleh tahu yang mana kurangnya kita, dan seterusnya boleh lah ubah menjadi lebih baik. Kan?

Meh bagi konteks lain pula.

Dari segi politik. *politik sikit je takpe kan? hehh*

Wujudnya kerajaan dan pembangkang.

Yang si pembangkang ni bukan main tak puas hati, kenapa kerajaan buat tu kerajaan buat ni. Komen itu, komen ini. Arghhh tak puas hati! Nak keluar negara! Ehh *over*

Andai pemerintah itu bijak, ambil kritikan itu sebagai yang kritikan yang membina dan seterusnya ubah menjadi lebih baik.

Dengan itu insyaAllah mampu wujudnya negara lebih hebat.

Kalau tidak, yang tu kutuk yang ni, yang ni kutuk yang tu. Sampai bila nak berjaya?

Sesama agama, sesama bangsa nak bergaduh? Macam itu?

Dan berpegang teguhlah dengan tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai. [Ali-Imran:103]

Sebab tu, orang selalu kata, kritikan itu membina dan kadang-2 pujian itu membunuh sebenarnya.

Ye lah, mana tidaknya, puji sikit, bangga, riakkembang. Elok kah begitu?

Sebagai manusia yang bijak, terima perkara itu sebagai yang positif. InsyaAllah, mumtaz hidup kita :)
 
-budakbaeksangat-

p/s: maaf lah, panjang pula menulis kali ni. 





Friday, 7 June 2013

seruan berakhlak

Terdapat beberapa hadis yang membicarakan tentang akhlak-akhlak yang mulia bagi seseorang.

Antaranya:


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah) , jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.
[Hadis Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim]


Orang Islam itu adalah individu yang orang-orang Islam selamat daripada lisannya (kata-kata kesat/mengumpat) dan tangannya(kezalimannya)
 [Hadis Riwayat al-Bukhariy(6484)]


Di antara akhlak seorang mukmin itu adalah baik dalam berbicara,tekun apabila mendengar,berwajah ceria dan menepati janji .
[Hadis riwayat Ad Dailami]

KENAPA??

Kenapa kita diseru berakhlak mulia?

Kerana dalam akhlak kita menjadi kayu ukur keimanan kita.
Akhlak mulia melambangkan keimanan yang teguh
Akhlak yang buruk pula menjadi bukti lemahnya iman seseorang terhadap Allah Azza wa Jalla

Rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnya:
“Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah tidak beriman!” Para sahabat kemudian bertanya, “Siapakah dia itu, wahai Rasulullah?” Beliau berkata, “seseorang yang tetangganya tidak aman dari gangguannya.”
[Hadis Riwayat: Al-Bukhari]

Jadi sahabat fillah yang dicintai

Betapa akhlak dan iman itu dua unsur yang sangat rapat
Pembentukan akhlak yang mulia adalah faktor utama bagi kekuatan dan keagungan umat.
Sesungguhnya nilai suatu umat itu terletak pada akhlaknya. Jika akhlak itu hilang maka hilang pula nilai umat tersebut. Kerana itulah memperbaiki akhlak sangat penting, kerana akhlak mempengaruhi baik buruknya suatu ummah.

Ayuh sama-sama memperbaiki akhlak~

-anakmakayah-
KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami