Thursday, 23 April 2015
Syed Qutb? Siapa tu?
Thursday, 12 June 2014
Nisfu Syaaban?
Terlalu banyak hadith palsu atau maudhu' disebarkan.
Yang paling ditekankan tentang Syaaban di dalam hadith hanya lah hadith ketiga di atas.
Beribadahlah seperti biasa dan bukannya mengkhususkan untuk Nisfu Syaaban.
Saya sertakan link video untuk rujukan lebih mendalam.
Yang penting, Ramadhan hampir tiba! Semoga kita bersiap sedia untuk menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan keberkatan dariNya. :)
Letaklah matlamat untuk mendapat malam al-Qadr. InsyaAllah.
Semoga update kali ini memberi sejuta manfaat dan keberkatan dariNya kepada yang membaca. :)
Wallahu'alam.
-budakbaeksangat-
p/s: Saya sendiri kurang berpengetahuan tentang ini namun saya cuba berkongsi ilmu yang ada.
Tambahan: boleh layari laman web sunnah.com untuk membaca hadith dengan mudah
Thursday, 6 February 2014
Malaikat maut namanya Izrail?
Ramai yang telah menghafal 10 nama malaikat yang wajib diketahui sejak dari alam tadika. Nama-nama malaikat seperti Jibril, Mikail, Munkar, Nakir dan sebagainya sememangnya terdapat nas sahih yang menceritakannya. Tapi bagaimana pula asal usul bagi nama malaikat Izrail yang dikenali sebagai malaikat maut?
Allah berfirman dalam Surah As-Sajdah ayat 11:
"Katakanlah (wahai Muhammad), nyawa kamy akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian sehingga habis ajal kamu, kemudian kamu akan kembali kepada Tuhan kamu."
Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata:
"Adapun malaikat maut tidak terdapat keterangan jelas mengenai namanya di dalam Al-Quran, tidak pula di dalam hadis sahih. Penamaannya terdapat dalam sebahagian atsar yang disebut sebagai Izrail [Al-Bidayah wa Al-Nihayah (1/49)]
Imam al-Sindi pula berkata:
"Tidak ada hadith marfu' yang menyebutkan namanya."
Al-Munawi setelah menyebut malaikat maut yang namanya masyhur sebagai Izrail berkata:
"Aku tidak mendapatkan penamaan itu di dalam khabar(hadith)" [Al-Faidh Al-Qadir 3/32)]
Syeikh Ibnu Utsaimin berkata:
"Malakul maut telah masyhur namanya sebagai Izrail, tapi itu tidak benar, sesungguhnya nama itu disebutkan dalam riwayat-riwayat Israiliyyat yang tidak harus kita mengimani nama ini kerana kita harus menamakan malaikat yang ditugaskan mencabut nyawa dengan 'Malakul Maut' sebagaimana Allah telah berfirman: Katakanlah Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikanmu dan kemudian hanya kepada Tuhanmu lah kamu kembali."
Rujuk lanjut: http://addienblog.blogspot.com/2013/01/benarkah-nama-malaikat-maut-ialah-izrail.html?m=1
WallahuAlam
-nafmos-
See more on FB page Pencinta Sunnah
Sunday, 6 October 2013
Cinta kepada Kemasyhuran
Seringkali kita lihat beberapa golongan yang apabila bercakap sepertinya hebat tetapi malangnya apabila dinilai hujahnya, cumalah ibarat telur yang pecah yang hanya tinggal kulit lapisan luarnya sahaja. Tidak lupa juga golongan yang hanya menonjol apabila adanya situasi atau keadaan yang mendapat perhatian orang ramai. Sebaliknya mereka kebiasaannya tiada fungsi pada waktu-waktu lain. Timbul persoalan, apakah tujuannya hendak menegakkan kebenaran atau cuma mengimpikan nama yang terpancar di mata manusia?! Semoga mereka ikhlas dalam apa sahaja gerak kerja yang mereka lakukan.
Para salafussoleh telah memberi peringatan dan amaran tentang sifat CINTA KPD KEMASYHURAN DAN INGIN DIKENALI dlm kalangan manusia. Bersepakat kalam mrk dlm memberi amaran kpd sifat tercela ini.
Berkata Sufyan At Thawri Rh: "Berhati2lah kamu dgn kemasyhuran! Tidak aku datangi sesiapa kecuali beliau akan melarang daripada kemasyhuran." (Siar Zahabi 7/260)
Berkata Bisyr bin Harith: "Tidak bertaqwa kpd Allah mana2 hamba yg mencintai kemasyhuran" (Siar Zahabi 10/476)
Beliau berkata lagi: " Jika kamu terkenal di suatu tempat maka larilah daripadanya. Jika kamu melihat seorang lelaki, org ramai berhimpun padanya di suatu tempat yg menjadi kelazimannya, dan lelaki itu suka akan hal itu maka ketahuilah dia mencintai kemasyhuran." (Tarikh Dimasq 10/206)
Berkata Ahmad bin 'Asim Al Antoki: "Kebaikan itu adalah semua yg apabila dipalingkan darimu dunia, dianugerahkan kpdmu qana'ah (berpada2), dan dijauhkan daripadamu pandangan manusia." (Siar Zahabi 11/216)
Berkata Abu Bakr bin 'Ayyasy: "Manfaat diam yg paling kecil adalah keselamatan, dan cukuplah ia sebagai pelindung diri. Mudarat percakapan yg paling kecil adalah kemasyhuran, dan cukuplah ia sebagai bala!" (Siar Zahabi 8/304)
Sebagaimana bersepakat perbuatan mereka dlm menjauhkan diri dpd kemasyhuran demi mengharap ganjaran dpd Allah dan keikhlasan.
Daripada Sofwan bin Umar: "Adalah Khalid bin Mi'dan apabila bertambah bsr halaqahnya (ramai pelajar) beliau lalu bangun dan beredar." Dikatakan kpd Sofwan: "Mengapa beliau bangun dan beredar?" Kata Sofwan: "Krn beliau membenci kemasyhuran." (Almuntazhim 2/395)
Imam Zahabi memberi komentar: "Sepatutnya bagi seorang 'Alim berkata2 dgn niat dan maksud yg baik. Sekiranya dia berasa takjub dgn kata2 sendiri maka diamlah. Sekiranya dia berasa takjub dgn diamnya maka berkata2lah. Hendaklah sentiasa muhasabah diri, krn diri itu mencintai kemasyhuran dan pujian." (Siar Zahabi 4/494)
Berkata Thabit Al Bunani: "Muhammad bin Sirin berkata kpd aku: Tidak ada yg menghalang aku daripada menghadiri majlis mu kecuali aku takut kpd kemasyhuran." (Tarikh Dimasq 53/228)
Berkata Imam ahlussunnah Ahmad bin Hanbal: "Aku mahu berada di mana2 cabang di Mekah agar aku tidak dikenali, aku telah ditimpa bala kemasyhuran, sesungguhnya krn itu aku mengharap kpd kematian pagi dan petang." (Siar Zahabi 11/216)
Akhir kata, semoga sentiasa mentajdidkan niat, setiap sesuatu yang kita amalkan biarlah dengan niat yang benar-benar ikhlas untuk mencari redhaNya
Wallahualam
Kredit : Muhammad Ammar Almuansyah (facebook)
~AnakMakAyah~
Friday, 5 July 2013
Pohon Gharqad
Thursday, 4 July 2013
Solat dengan khusyuk
Solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.(Al-Ankabut : 45)
Takbiratulihram
Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,
Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, Hidupku, dan Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku Dan
Maafkanlah akan daku.
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta
Keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya