Sunday, 6 October 2013

Cinta kepada Kemasyhuran

Seringkali kita lihat beberapa golongan yang apabila bercakap sepertinya hebat tetapi malangnya apabila dinilai hujahnya, cumalah ibarat telur yang pecah yang hanya tinggal kulit lapisan luarnya sahaja. Tidak lupa juga golongan yang hanya menonjol apabila adanya situasi atau keadaan yang mendapat perhatian orang ramai. Sebaliknya mereka kebiasaannya tiada fungsi pada waktu-waktu lain. Timbul persoalan, apakah tujuannya hendak menegakkan kebenaran atau cuma mengimpikan nama yang terpancar di mata manusia?! Semoga mereka ikhlas dalam apa sahaja gerak kerja yang mereka lakukan.

Para salafussoleh telah memberi peringatan dan amaran tentang sifat CINTA KPD KEMASYHURAN DAN INGIN DIKENALI dlm kalangan manusia. Bersepakat kalam mrk dlm memberi amaran kpd sifat tercela ini.

Berkata Sufyan At Thawri Rh: "Berhati2lah kamu dgn kemasyhuran! Tidak aku datangi sesiapa kecuali beliau akan melarang daripada kemasyhuran." (Siar Zahabi 7/260)

Berkata Bisyr bin Harith: "Tidak bertaqwa kpd Allah mana2 hamba yg mencintai kemasyhuran" (Siar Zahabi 10/476)
Beliau berkata lagi: " Jika kamu terkenal di suatu tempat maka larilah daripadanya. Jika kamu melihat seorang lelaki, org ramai berhimpun padanya di suatu tempat yg menjadi kelazimannya, dan lelaki itu suka akan hal itu maka ketahuilah dia mencintai kemasyhuran." (Tarikh Dimasq 10/206)

Berkata Ahmad bin 'Asim Al Antoki: "Kebaikan itu adalah semua yg apabila dipalingkan darimu dunia, dianugerahkan kpdmu qana'ah (berpada2), dan dijauhkan daripadamu pandangan manusia." (Siar Zahabi 11/216)

Berkata Abu Bakr bin 'Ayyasy: "Manfaat diam yg paling kecil adalah keselamatan, dan cukuplah ia sebagai pelindung diri. Mudarat percakapan yg paling kecil adalah kemasyhuran, dan cukuplah ia sebagai bala!" (Siar Zahabi 8/304)

Sebagaimana bersepakat perbuatan mereka dlm menjauhkan diri dpd kemasyhuran demi mengharap ganjaran dpd Allah dan keikhlasan.

Daripada Sofwan bin Umar: "Adalah Khalid bin Mi'dan apabila bertambah bsr halaqahnya (ramai pelajar) beliau lalu bangun dan beredar." Dikatakan kpd Sofwan: "Mengapa beliau bangun dan beredar?" Kata Sofwan: "Krn beliau membenci kemasyhuran." (Almuntazhim 2/395)
Imam Zahabi memberi komentar: "Sepatutnya bagi seorang 'Alim berkata2 dgn niat dan maksud yg baik. Sekiranya dia berasa takjub dgn kata2 sendiri maka diamlah. Sekiranya dia berasa takjub dgn diamnya maka berkata2lah. Hendaklah sentiasa muhasabah diri, krn diri itu mencintai kemasyhuran dan pujian." (Siar Zahabi 4/494)

Berkata Thabit Al Bunani: "Muhammad bin Sirin berkata kpd aku: Tidak ada yg menghalang aku daripada menghadiri majlis mu kecuali aku takut kpd kemasyhuran." (Tarikh Dimasq 53/228)

Berkata Imam ahlussunnah Ahmad bin Hanbal: "Aku mahu berada di mana2 cabang di Mekah agar aku tidak dikenali, aku telah ditimpa bala kemasyhuran, sesungguhnya krn itu aku mengharap kpd kematian pagi dan petang." (Siar Zahabi 11/216)

Akhir kata, semoga sentiasa mentajdidkan niat, setiap sesuatu yang kita amalkan biarlah dengan niat yang benar-benar ikhlas untuk mencari redhaNya

Wallahualam

Kredit : Muhammad Ammar Almuansyah (facebook)

                          ~AnakMakAyah~

No comments:

Post a Comment

KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami