Assalamualaikum.
Menjawab kebanyakan persoalan yang dikemukakan (bukan membidas tetapi menjawab di sini untuk menyatukan jawapan supaya sahabat boleh rujuk sini, letih nak reply satu persatu) mengenai pendirian saya tentang keputusan mahkamah berikutan isu larangan penggunaan kalimah Allah kepada majalah Herald
Bismillahirrahmanirrahim..
Pendirian saya adalah TIDAK BERSETUJU dengan keputusan tersebut tetapi TIDAK MEMPERTIKAIKAN keputusan mahkamah kerana diyakini terdapat maslahat tertentu yang melibat waqi' ummah memandangkan rakyat di negara ini masih lagi JAHIL tentang Islam.
Sekali lagi diulangi, TIDAK BERSETUJU tetapi TIDAK MEMPERTIKAIKAN.
Alasan tidak bersetuju:
1) Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini dan dipegang oleh banyak pihak bahawa Allah adalah tuhan yang satu untuk sekelian makhluk. Allah lah tuhan untuk Muslim, bukan Muslim, atheis, haiwan, tumbuhan, planet dan sekalian makhlukNya yang lain. Tidak wujud tuhan2 lain yang menumpang kuasa. Tindakan melarang penggunaan Allah seakan-akan menyetujui bahawa Allah hanya tuhan untuk umat Islam tetapi untuk bukan Islam, mereka ada tuhan lain yang wajib mereka sembah. Naudzubillah
2) Larangan penggunaan kalimah Allah kepada majalah katolik tersebut hanya akan menyekatkan kebebasan beragama yang telah menjadi teras perundangan di negara ini.
3) Tidak akan timbul isu kekeliruan dalam kalangan umat Islam atau bukan Islam mengenai ketuhanan terhadap Allah sekiranya umat Islam itu sendiri memainkan peranan untuk menjelaskan siapa Allah? Kita melarang orang untuk mem'popular'kan 'Allah' sebagai tuhan mereka tetapi kita tidak pula mem'popular'kan Allah sebagai tuhan kita. Apakah cara melarang penggunaan kalimah Allah itu akan menambahkan cinta ummah kepada Allah sedangkan mereka tidak pun kenal siapakah Allah itu, tidak pula tahu konsep ketuhanan yang sebenar kerana mereka disajikan dgn ketuhanan 'Allah' oleh katolik itu salah tanpa mengetahui apa yang betul untuk mereka anuti. Kalau mereka (pihak majalah Herald khususnya) memperkenalkan Allah dengan versi mereka yang salah, sudah menjadi tugas kita untuk memperkenalkan Allah dalam versi yang betul. Jadi kalau strategi ini dijalankan, apa lah sangat fungsi larangan tersebut?
4) Methodologi dakwah yang sepatutnya perlu lebih efektif. Maslahat keputusan mahkamah adalah untuk menyelamatkan aqidah umat yang jahil mengenai Islam. Tetapi method ini, hanya akan menenggelamkan umat ke lembah kejahilan. Kerana apa? Kerana yang terdidik adalah fahaman agama secara makan suap. Orang kata jangan buat ini, kita xbuat. Orang kata, jangan ikut ini, kita tak ikut. Orang kata jangan percaya ini, kita tak percaya. Sejauh manakah relevannya fahaman sebegini dengan perkembangan arus kemajuat yg begitu pesat? Teknologi pun sudah terlalu mudah untuk kita gunakan sebagai senjata perang dakwah. Pelbagai macam dan bentuk kemudahan sudah ada, cuma pengguna yang tidak ada, ibarat adanya pisau dan ayam tetapi tidak ada tukang potongnya. Bukankah maslahat yang lebih utama adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang ilmu Islam sekaligus berpegang pada aqidah yang benar. Apabila masyarakat sudah berilmu, maka apalah sangat fungsi larangan ini pada umat Islam?
Agak-agaknya kan
A) Ayuh tinggalkan Kristian kerana mereka....
B) Ayuh bersama menganuti agama Islam kerana agama ini sangat.....
Mana lebih gah menunjukkan kelebihan Islam itu sendiri???!!!
Sekian, Wallahualam
~anakmakayah~
No comments:
Post a Comment