Sepatutnya seorang muslim itu saling berlumba-lumba untuk memperoleh keutamaan dan pahala yang besar dari Allah s.w.t. Oleh kerana itu, Allah berfirman :
"Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik utk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa." (Surah Ali-Imran:133)
Walaupun demikian, kita masih mendapati ramai yang solat tetapi tidak bersemangat untuk berada pada saf pertama, padahal Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam telah menyarankan umatnya supaya solat di saf pertama
Abu Hurairah r.a berkata, "Nabi s.aw. bersabda : Seandainya manusia mengetahui (keutamaan) yang terdapat dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak memperolehinya melainkan dengan cara mengundi, maka mereka akan mengundi." [dikeluarkan oleh Bukhari (721) dan Muslim (437).
Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam memperlihatkan perihal terlambat sambil bersabda:
"Tidaklah suatu kaum sentiasa mengakhirkan (berada pada saf akhir), sehingga Allah akan mengakhirkan mereka (dari rahmatNya)." [Dikeluarkan oleh Muslim (438) dan Ibnu Khuzaimah (1560)]
^^400 Kesalahan Dalam Solat, Mahmud Al-Misry^^
Wallahualam
~anakmakayah~
No comments:
Post a Comment