Thursday 20 March 2014

Hakikat tsiqoh itu subjektif



Si A nampak tsiqoh la. Aku perlu mendekatinya. Dia ibarat murabbi.
Si B kurang tsiqoh la. Tiada keperluan untuk aku dekatinya.


Respondan :

1) Kenapa si B ilmunya penuh di dada tapi ke mana-mana sekadar bertshirt, seluar jeans, kopiah pula tak pernah nampak di kepala, gaya jalan pun macam orang biasa-biasa, rambut pulak terpacak. Alim apa mcm ni. Tak tsiqoh langsung!

2) Waaah si A ni,sudah lah berjubah, berserban pula, jalan menunduk-nunduk, suara pula halus dan lembut, sungguh berbudi bahasa. Ciri-ciri ahli syurga, aku perlu menuntut ilmu dengannya. Aku yakin dia alim, tsiqoh 100%


~~~~~


Hakikat tsiqoh pada pandangan manusia itu subjektif. Setiap orang ada penakrifan yang berbeza mengenai tsiqoh. Tapi perbezaan yang sangat jelas antara tsiqoh kerana berilmu dengan tsiqoh tanpa ilmu tapi hanya pada perwatakan.


Hakikat sebenar alim, bukanlah diukur dari perwatakannya tapi diukur dari ilmunya. Perlu tsiqoh atau tidak?? Hmm subjektif

Wallahualam

-anakmakayah-

1 comment:

  1. Thiqah disisi ahl hadith secara asasnya seseorang yang baik peribadinya dan muru'ahnya yakni menjaga sesuatu yang tak baik walaupun ianya tiada apa-apa disisi orang awam seperti tak mencarut, minum duduk, dan sebagainya.

    Teruskan menulis ilmu yang bermanfaat dan banyakkan membaca. Dari situ idea dan gaya penulisan dapat dibina dengan lebih baik, insyaAllah.

    ReplyDelete

KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami