Sunday 2 March 2014

Ujian

Ujian. (bukan ujian ada markah tu)

Setiap manusia ada ujian masing-masing.

Yang pasti, ujian itu berbeza.

Kerana apa berbeza? Kerana iman yang membezakan.

Ada yang menghadapi ujian dengan sabar, ada yang merungut, ada yang mengeluh, ada yang redha, ada jua yang menyalahkan Allah dan takdir.

Kita yang mana?

Kadang-kadang persoalan timbul, 'kenapa aku diuji sebegini rupa?'

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?[2].

Surah al-'Ankabut, ayat 2.

Boleh lah nak kata, Allah nak uji keimanan kita, macam mana kita berhadapan dengan situasi tu.

Dan yakin lah bahawa kita boleh hadapi ujian tu.

'Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.'

Surah al-Baqarah, ayat 286.

Ada orang diuji dengan kehilangan harta, diuji dengan kehilangan orang tersayang, diuji dengan ragam manusia, diuji dengan sikap cemburu akan kelebihan orang lain.

Macam-macam ujian. Tapi ingatlah, kita boleh hadapi.

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Surah al-Baqarah, ayat 216.

See. Siapa yang suka ada ujian, ada masalah itu ini.

Tapi ingat, kita taktau perancangan Allah bagaimana.


Contoh, kita tak dapat keputusan exam macam kita mahu.

Mungkin Allah nak lindungi kita daripada sikap riak.

Mungkin Allah taknak kita lalai dan terus belajar bersungguh-sungguh.

Husnuzon dengan Allah. Bersangka baik dengan Allah.

Kadang-kadang, manusia tak faham perasaan dan luahan hati.

Jadinya, kenapa tidak kita salurkan perasaan dan luahan itu kepada Pencipta kita?

Surely He will understands us because He is the one who created us.

Allah menyukai hamba yang merintih dan mengadu kepadaNya.



Sebab tu kata, sometimes kita tak perlu manusia untuk gembira atau apa.

Biar Allah menjadi matlamat hidup, biar Allah menjadi sebab kita senyum.

Setelah sekian lama tidak menulis, ini sahaja mampu dinukilkan kerana bermacam dugaan berlaku.

Semoga Allah merahmati. :)

-budakbaeksangat-

No comments:

Post a Comment

KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami