Sunday 12 October 2014

Ibrah dari Demam

Di saat menggigil kerana demam ni, teringat pula pada ceramah ustaz Dr. Syafiq Reza mengenai Ummu Said yang mafhumnya:

Ketika Nabi saw melawat Ummu Said, baginda melihat Ummu Said sedang menggigil lalu bertanya akan keadaannya.

Ummu Said berkata, "Demam, Semoga Allah tidak memberkahi demam itu."

Lalu baginda Rasulullah saw melarang Ummu Said dari mencela penyakit demam itu dan kemudian berkata, "Penyakit demam itu yang akan menghilangkan dosa-dosa manusia.

Kesimpulannya, pandanglah setiap sesuatu musibah itu dengan sudut positive. Kotoran pada emas dapat dihilangkan dengan api kepanasan. Karat pada besi juga hilang dengan melalui kepanasan api. Pandanglah di sudut ISINYA, bukan KOSONGNYA kerana setiap sesuatu itu "Setengah Isi Setengah Kosong."

Begitu juga dosa-dosa kita, hadirnya penyakit yang membuatkan badan rasa menderita walhal dialah yang membawa penawar kepada dosa yang telah kita lakukan.

Ummu Yasir,
12 Oktober 2014,
8.06pm,
Iskandariah, Mesir

No comments:

Post a Comment

KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami