Wednesday 25 June 2014

Tentang Niqab

Saya ditanya di ask.fm mengenai pandangan terhadap wanita yang memakai niqab




Persoalan ini agak menarik tetapi rumit. Terimakasih kepada yang bertanya (walaupun saya tidak mengenalinya)

Pertama sekali, hukum memakai niqab menjadi khilaf dalam kalangan para ulama’ pelbagai samada mewajibkannya atau tidak.

Saya bukanlah dari kalangan agamawan untuk membahaskan hukum tersebut, lebih-lebih lagi saya sendiri masih dalam proses belajar dan mengkaji tentang persoalan ini.

Tapi jika ditanya mengenai pandangan tentang muslimah yang berniqab atau niqabis, secara sedikit saya yang saya boleh katakan adalah saya tiada masalah bahkan begitu mengagumi muslimah yang berniqab dalam keadaan mereka faham dengan keilmuan mereka tentang niqab dari sudut pandang Islam termasuk segi hukum dan hadaf niqab itu sendiri. Alhamdulillah. Semoga kita juga termasuk dalam kalangan mereka suatu hari nanti inshaAllah.

Akan tetapi jika dilihat realiti hari ini, kebanyakan muslimah berniqab tanpa mereka faham sebenar-benar tujuan niqab itu sendiri. Tidak hairanlah apabila saya bertanya kepada segolongan niqabis tentang tujuan mereka, kebanyakannya menjawab, “menutup wajah agar bakal suami menjadi lelaki pertama memandangnya.” Atau juga, “saya tidak pasti tujuan saya, sekadar doakanlah saya mampu teruskan.”  Hasilnya lahirlah ramai niqabis gedik yang setiap harinya menantikan imam-imam dan pemilik tulang rusuk mereka.

Niqab yang asalnya bertujuan untuk mengelakkan fitnah membuatkan mereka menghampiri kepada fitnah dan lebih teruk lagi apabila membawa fitnah kepada Islam pula.

Kalau mereka faham sebenar-benar kedudukan niqab dalam Islam nescaya mereka malu untuk mempamerkan diri seperti dengan posting-posting gambar mereka berniqab dengan bermacam-macam posing. Bukankah lebih menimbulkan fitnah? Dan adakah itu yang Islam inginkan? Sekiranya berpegang pada pendapat wajib atau sunat sekalipun, adakah masih relevan dengan tindakan mereka yang sedemikian?
Bacalah perbahasan mengenai niqab dalam kalangan ulama’, nescaya kalian akan gentar dan malu akan diri sendiri.

Bukanlah tujuan saya untuk menghukum para niqabis, bahkan ramai antara teman saya yang berniqab dan faham, Cuma sekadar harapan agar teman lain di luar sana turut sama menghayati tujuan sebenar kalian berniqab kerana apa saja tindakan kalian akan menjadi imej kepada Islam.
Semoga kita terhindar dari sebarang fitnah terutamanya fitnah kepada agama.



Wallahu’alam


               ~anakmakayah~ (Nor Afifah Fitriah Binti Mohd Shukri)




2 comments:

KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami