Monday 16 June 2014

Ish Kotornya!

"Ish kotornya!" bicara Nur geram sekuat hati.

"Kenapa ni, Nur?" tanya Farah sambil menjenguk keadaan Nur di dalam tandas.

"Saya geram lah. Dah banyak kali gosok gigi ni, dah korek sana korek sini, masih belum tertanggal cebisan makanan tadi," mengadu Nur.

"Lah awak ni. Awak kan pakai braces. Bergigi besi memang lah kena bersihkan betul-2 dengan penuh kesabaran. Baru hilang kotoran tu," bicara Farah sambil mengusap bahu Nur.


"Saya sabar lah ni duk usaha dari tadi menggosok gigi supaya bersih," ucap Nur sambil memandang cermin dan mengintai gigi besinya itu.

"Awak sedar sesuatu tak, Nur?" soal Farah dengan penuh misteri.

"Apakah?" tanya Nur semula yang aneh dengan persoalan diajukan sahabatnya.

"Awak sebenarnya beruntung kerana mempunyai hati dan sikap yang sensitif terhadap kebersihan. Awak bertungkus-lumus memastikan tiada satu pun kotoran pada gigi awak. Awak mahu gigi itu bersih seperti sedia kala. Saya berasa kagum. Mesti awak turut menjaga hati dan iman awak macam tu kan?" terang Farah panjang lebar.

Nur tersentap.

Kerana hakikatnya dia tidak begitu. Hanya sensitif terhadap kebersihan gigi yang berisiko untuk menjadi buruk atau sebagainya jika tidak dijaga. Namun hakikatnya, hati dia dibiarkan kotor. Tanpa hiraukan untuk membersihkan hati yang kotor dengan dosa.

Sedangkan hati yang kotor itu lah yang menghalang hidayah Allah, yang membuatkan diri menjadi liat untuk beribadah, yang membuatkan makin jauh dengan Dia.

"Haaaaaaaaa saya pun tak pasti lah Farah tapi ada betulnya perkara yang awak sampaikan itu. Terima kasih kerana berjaya sentapkan saya tatkala sedang berjuang menentang kotoran degil pada gigi ini," gurau Nur sambil memeluk Farah dengan kasih sayang.

*****

Allahu. Orang mukmin itu sensitif. Terhadap dunia, dosa, kekotoran.

Seorang mukmin itu melihat sesuatu perkara sebagai refleksi diri dan refleks kepada Allah.

Sama seperti keadaan di dalam bilik. Bila kotor kita bersihkan. 


Kita bersihkan tu mesti ada tahap kotornya.

Sesetengah orang, kotor sikit terus bersihkan.

Sesetengah tu, tunggu dah kena bebel dengan orang lain, baru sedar dan bersihkan.

Sama dengan hati.

Kita rasa hati kita bersih je. Sebab tu takde usaha nak bersihkan.



*sentap sampai jatuh tangga bergolek-2*

Semoga hati kita sentiasa sihat dan sentiasa ingat kepadaNya.

Semoga jua post kali ini berjaya menyentapkan jiwa-2 yang masih lalai termasuk diri sendiri.

Sentiasa berubah menjadi muslim yang hebat!

Wallahu'alam.

-budakbaeksangat-

p/s: Mohon sedekahkan al-Fatihah buat sahabat saya di Alexandria University, Ummi Nadiah Filzah binti Zakaria yang menghembuskan nafas terakhir semalam akibat kemalangan baru-2 ini sewaktu dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami