Saturday 1 February 2014

Fenomena Rabiul Awwal

Bulan Rabiul Awwal merupakan bulan ketiga dalam kalendar Hijrah. Sinonimnya apabila disebut saja ‘Rabiul Awwal’, apa yang terbayang di benak minda masyarakat umum adalah sambutan Maulidur Rasul.

                  Antara amalan yang menjadi kebiasaan ketika sambutan ini adalah seperti perarakan, selawat, berqasidah, bernasyid, marhaban, ceramah-ceramah berkaitan sirah nabawiyah dan sebagainya samada yang bertepatan dengan sunnah atau sebaliknya.
                  Namun sayang sekali, amalan tersebut cumalah sekadar dirayakan ketika Rabiul Awwal,cukup tempoh sebulan, perayaan tersebut seolah-olah tamat seperti tidak adakesannya dari anjuran berselawat, dari ceramah agama yang kononnya menghayati pe
rjuangan Rasulullah. Adakah  Rasulullah cuma berjuang dalam tempoh sebulan sahaja? Barangkali kita sudah terbiasa dengan tradisi ‘sambutan’, justeru peranan menghidupkan kembali seruan dan perjuangan Rasulullah kita tolak ketepi. Perginya Maulid sekadar Maulid.Tradisi dijunjungi, sunnah dibelakangi.

DI SEBALIK MAULID

Perkataan ‘maulid’ diambil dari kalimah arab yang merupakan masdar(baca: kata terbitan) bagi perkaataan walada yang bermaksud kelahiran. Jadi sambutan Maulidur Rasul membawa makna sambutan untuk mengingati kelahiranbaginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

                  Diceritakan dalam hadis riwayat Imam Muslim bahawa baginda lahir pada hari Isnin tanpa menyebut haribulannya.Ada yang berpendapat baginda lahir pada bulan RabiulAwwal, dan berbeza pula pendapat mengenai haribulannya, ada yang mengatakan 8haribulan, ada yang 9, ada yang 12 haribulan seperti yang dianggap oleh orangramai, ada juga yang 17 haribulan dan ada juga yang mengatakan baginda lahirpada bulan Ramadhan. Masing-masing membawa hujah tersendiri.

                  Mengapa keadaan ini terjadi? Sedangkan kita yang berpangkat orang-orang biasa pun sendiri mengetahui tarikh kelahiran masing-masing, mengapa tokoh yang sebegitu penting kepada umat Islam pula tidak diketahui tarikh kelahiran secara pasti.Kegagalan umat Islam untuk mengetahui tarikh sebenar kelahiran bagindaRasulullah adalah berpunca daripada tindakan para sahabat dan para ulama’ silamyang tidak merayakan tarikh tersebut. Pernah suatu ketika dahulu, dicadangkan untuk memulakan kalendar Islam berdasarkan maulid (baca: kelahiran) bagindasallallahu alaihi wasallam tetapi Saidina Umar radhiallahu anhu menolaknya dengan alasan perisitwa hijrah adalah lebih penting kerana melambangkan kejayaan dan perjuangan Rasulullah. Lihatlah bagaimana peri pentingnya penghayatan pada perjuangan berbanding perayaan yang gilang-gemilang tetapi nafasnya hanya berdegup seketika.
                 
 Ahli sejarawan Islam tidak mengetahui sesiapapun yang memulakan perayaan Maulid namun mereka turut meraikan kelahiran tokoh-tokoh Ahli Bait. Kemudian, perayaan ini dihentikan ketika pemerintahan khalifah al-Musta’la Billah tetapi dihidupkan kembali oleh sesetengah negeri yang lain.
Ayuh kita renung kembali apa tujuanutama Rasulullah sallallahu alaihi wasallam diutuskan. Dunia mempunyai Albeirt Einstein dengan otak geliganya, Bill Gates dengan kekayaannya, Karl Marx dengangagasan sosialismenya, Aristotle dengan falsafahnya, Mao Tse-tung dengan komunisnya dan kini Mark Zuckerberg dengan facebooknya. Baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pula diutuskan sebagai pembawa petunjuk dan risalah kepada segenap umatnya. Kelahiran hingga kewafatan Rasulullah telah membawa agenda yang lengkap untuk memandu umat Islam di dunia dan akhirat. Seperti yang diketahui kita mempunyai dua sumber wahyu yakni Al-Quran dan As-Sunnah yang kedua-duanya tidak akan sama sekali wujud tanpa wujudnya baginda yang dicintai.Justeru jika sebenar-benar kita menghayati perjuangan kekasih Allah, sudah tentu agenda utama yang harus ditunjangkan adalah mengikut dan menegakkan Al-Quran dan As-Sunnah yang diwasiatkan oleh penghulu umat kita, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

RASULULLAH QUDWATUNA

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baikbagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) harikiamat dan dia banyak menyebut Allah.(QS. 33:21)

Walaupun baginda diutuskan kepada masyarakat Arab jahiliyah namun baginda berjaya mengubah kegelapan masyarakat Arab jahiliah kepada sebuahketamadunan Islam yang hebat dan gemilang.
Sebelum zamankedatangan Islam, kehidupan masyarakat arab jahiliyah pada ketika itu beradadalam kehidupan yang porak peranda dan hilang aspek nilai kemanusiaannya.Masyarakat arab ketika itu, berada dalam keadaan yang jahil disebabkan  sistem kemasyarakatan yang rosak dan penindasan sesama manusia itu berlaku secara berleluasa. Kerosakan ini berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah dari segi ekonomi, perundangan dan juga sosial kehidupan.
Kejahilan ini terus menyelubungi masyarakat jahiliyah sehingga kedatangan Nabi Muhammad yang akhirnya telah mengubah kehidupan mereka. Kehidupan mereka telah disinari oleh cahaya keislaman yang dibawa oleh Rasulullah dan mereka dapat hidup bahagia dibawah pimpinan baginda.
Di dalam usaha baginda mengajak kepada Islam, baginda telah melakukan proses pembinaan individu muslim secara terancang dan proses ini mengambil masa yang begitu lama. Proses pembentukan ini menekankan kepada proses penanaman aqidah dankeyakinan kepada Allah SWT secara mendalam. Proses pembinaan generasi unggul ini adalah berteraskan kepada proses pendidikan Islamiyah dan dakwah islamiyah secara tersusun dan terancang.Islam yang tulen adalah sebagaimana acuan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Baginda mengajar umatnya bahawa dalam urusan pentadbiran dan politik dibenarkan ruang ijtihad dan melalui proses perkembangan mengikut suasana tempat dan zaman.
Selepas hijrah Rasul dan para sahabat baginda ke kota Madinah (622M), ia menjad ipetanda dan isyarat terbentuknya sebuah negara Islam. Sebelum sebulan penghijrahan Rasulullah tersebut, baginda telah mengasaskan sebuah kerajaan kecil dengan mempersaudarakan antara kaum Aus dan Khazraj ketika mereka semua berkumpul pada waktu haji yang lebih dikenali dengan “Bai’atul Aqabah”

Selepas itu mereka berhijrah ke Madinah untuk mengasaskan sebuah politik dan kerajaan Islam disana. Maka terbentuklah satu “Ummah Mukminah” dikalangan Muhajirin danAnsar dengan ikatan persaudaraan yang kuat.al-Quran pula dijadikan dustur(baca:perlembagaan) secara rasmi bagi sebuah jemaah yang beriman keapda Allah.Kemudian dibuat perjanjian dengan golongan Yahudi di Madinah supaya tidakmencetuskan peperangan dan permusuhan bahkan untuk saling tolong-menolong bagi menjaga keamanan kota Madinah.

Apa yang hendak difokuskan dalam siri pembentukan awal sebuah kerajaan Islam ialah pemimpinnya merupakan seorang Rasul yang membawa risalah agama daripada Allah dalam masa yang sama mengasaskan sebuah pembentukan politik dan kerajaan Islamagung, itulah Muhammad bin Abdullah s.a.w.  Maka baginda mentadbir sebuah kerajaan Islam berperlembagaan Al-Quran, berhukumkan syariat agama, memutuskansesuatu pelaksanaan melalui syura. Dan akhirnya terbentuk sebuah Negara Islam berperlembagaan dan selari dengan perkembangan ilmu, ekonomi, sosial dansebagainya. Di dalam kesibukan memimpin sebuah negara Islam yang baru, baginda juga tidak pernah mengabaikan golongan mustadh’afin.

Seterusnya sebagai umat Islam yang tentunya sangat menghormati baginda Rasulullah,seharusnya kita meneladani akhlak dan peribadi Rasulullah seperti lembut,bersabar, penyayang, pemurah dan sebagainya.Disebabkan sifat jujur dan amanah,baginda mampu menawan hati ramai bangsawan dan menyebabkan perniagaan baginda laris; juga betapa mudahnya golongan yang benar-benar mengenali akhlak Rasulullah untuk percaya dan yakin pada ajaran baru yang diperjuangkan olehbaginda ketika itu. Justeru, bagaimana kita boleh mengaku mengikuti sunnah baginda kalau akhlak baginda tidak diteladani dan diamalkan? Juga, nilai-nilai positif dan perjuangan Rasulullah, masih terlalu banyak jika ingin diceritakandalam sebuah artikel kecil ini.

SEBENAR-BENAR PENGHAYATAN

                  Perkara paling utama untukseorang rasul yang diutuskan adalah baginda diikuti, bukanlah sekadardiarayakan. Kita punya misi untuk menghidupkan kembali seruan menegakkanAl-Quran dan Sunnah. Setiap tahun kita merayakan ketibaan Maulid baginda,adakah kita semakin dekat dengan baginda? Adakah fenomena Rabiul Awwal saban tahun adalah tempoh untuk menghayati perjuangan baginda, atau hanya sekadar budaya yang bermusim?



---------------------------------------------

artikel ini telah lama saya tulis utk pihak LensaKita, tetapi  baru saja dpt diterbitkan di blog ni kerana sibuk.

Credit to:
https://www.facebook.com/pages/Lensakita/307722125997799

                                                                           ~anakmakayah~

No comments:

Post a Comment

KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami