Wednesday 5 February 2014

Berat untuk Melakukan Qiyamullail?

Abu Malik Al-Asy'ari radiallahu anhu meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Sesungguhnya di dalam syurga terdapat beberapa ruangan yang bahagian luarnya dapat dilihat dari dalam. Begitu juga bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Allah telah menyediakannya buat orang yang gemar memberi makan, memberi salam dan menunaikan solat malam pada ketika orang lain tidur." [Sahih At-Targhib wa Tarhib (614)]

Jabir radiallahu anhu berkata, " Aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Hendaklah kamu semua melakukan qiyamullail, kerana ia adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu semua, cara mendekatkan diri kepada Rabb kamu semua, menghapuskan dosa dan cara mrnghindari diri dari dosa." [Sahih At-Targhib wa At-Tarhib(620)]

Amr bin Abasah radiallahu anhu menceritakan bahawa dia pernah mendengar Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Keadaan yang paling dekat antara seorang hamba dengan Rabbnya adalah pada sepertiga malam terakhir. Jika kamu mampu menjadi orang yang berzikir kepada Allah pada ketika itu, maka lakukanlah." [Sahih At-Targhib wa At-Tarhib (624)]

-nafmos-

[See more on page Pencinta Sunnah]

No comments:

Post a Comment

KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami