Thursday 21 November 2013

Siapa Ahmad Ammar

Sedang leka scroll TL Twitter, tiba-2 terlihat seorang sahabat RT satu gambar.

Dalam gambar itu kelihatan catatan seorang lelaki bernama Ahmad Ammar.

Saya tertanya, siapakah beliau? Siapa Ahmad Ammar?

Kenapa beliau terkenal?

*lambat tahu kerana susah online :3*

Kemudian beberapa sahabat reply tweet saya mengatakan beliau seorang pejuang.

Ada sahabat turut memberi satu link blog berkaitan Ahmad Ammar.

Dan setelah meneliti coretan serta video yang disertakan, sebak yang dirasakan.

Dalam usia yang sangat muda, beliau meninggal dalam keadaan yang mulia. Subhanallah.

Terlalu banyak sumbangan beliau walaupun baru berusia 20 tahun.

Kelihatan ramai yang hadir ketika solat jenazah beliau.

Ibu mana yang tidak bangga, anaknya syahid. Ya Allah, syurga ganjarannya.

Pada usia muda, beliau menjelajah ke serata negara.

Mengambil jurusan Sejarah yang mungkin dianggap remeh bagi sesetengah orang.

Namun siapa tahu, menerusi jurusan itu lah beliau dapat menyumbang bermacam-2. 

Ke Turki, Indonesia, Syria. Terlalu banyak pengalaman diperoleh beliau.

Kita? Masih leka. 

Leka dengan dunia yang sementara.

Mungkin Allah ambil dia, sebagai pengajaran dan teladan bagi anak muda yang masih hanyut.

Ingin sekali menjadi seperti beliau.

Hidup mulia atau mati syahid.

Di dunia, beliau menjadi sebutan. Di akhirat, syurga untuknya insyaAllah.

Mahu biarkan contoh ini berlalu begitu sahaja atau mengambil ibrah daripadanya?

Semuanya atas diri kita sendiri.

Tetapkan matlamat, mudahan hidup tidak sia-2 di bumi Allah.

Kita khalifah Allah, kita ada matlamat, tugas. Bukan hidup dengan hanya menabur dosa.

Sama-2 kita renungkan. :)


-budakbaeksangat-

No comments:

Post a Comment

KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami