tak sama
orang yang keluar membebaskan Al-Quds sekarang
dan
selepas Al-Quds dibebaskan
Adakah
kamu redha untuk terus hidup dan tengok Al-Quds hancur??
Adakah
kamu redha orang yang mencerca Allah menjajah Al-Quds?
Impikan
lah kemenangan ke atas Al-Quds, Syam dan kawasan sekitarnya
Dan antara intipati lain yang dinyatakan dalam khutbah yang saya tak pasti diselitkan dalam point yang mana:
As-Syahid Ahmad Yassin
memulakan perjuangan melawan Israel dengan "mushaf wa masjid" ,
Al-Quran dan Masjid. Disebalik solidariti yang kita nyatakan pada dunia, namun yang lebih
penting setelah memerah keringat berdemonstrasi kita kembali fokus pada
pembinaan asas tarbiah dalam diri kita. Inilah yang akan memberi kita nafas
panjang dalam perjuangan kita membebaskan Al-Aqsa.
"Kita akan terus bekerja siang dan malam
sehingga Al-Aqsa kembali bebas dari cengkaman Zionis dengan harta kita, dengan
kekuatan senjata ketenteraan kita, dan dengan kekuatan keimanan kita pada Allah
!"
dan setelah tamatnya solat Jumaat
perarakan pun bermula dari masjid tu jugak la
seperti dalam gambar kat atas tadi tu
Berarak tu lama jugak la
tak pasti berapa lama
tapi hampir dua jam rasanya
dari masjid rabiatul adawiyah
menuju ke dataran jundi majhul( tempat anwar sadat dibunuh)
ni haaa dataran jundi majhul tuu kalau ada yang taktau
dan kami berjalan terus menuju ke Cairo Stadium
untuk berhimpun mendengar pidato
sepanjang perarakan tu pon banyak perkara menarik berlaku
Kami berarak bersama sama orang arab :0 :0 :0
takuut tuu
siap sorok habisan ah semua gegadget ni haa
kalau boleh simpan dalam beg
dan beg tu ikat mati biar tak boleh nak bukak dah
sanggup korbankan minat nak capture gambar
sebab bimbang keselamatan henfon
tapi alhamdulillah semua baik2 je
rakan rakan yang menayangkan gadget pun dapat pulang dengan selamat je
tapi takpe lah kan kalau kita berjaga jaga
malang tidak berbau kann..
apa yang menarik yang dapat diperhatikan ialah patern berarak tu
kami tak dimaklumkan pula perempuan perlu berada di tengah tengah
tapi memang sepanjang perjalanan
Yang berada di kiri dan kanan yang paling tepi adalah barisan lelaki
Tindakan ni mungkin atas dua sebab
pertama
menghormati maruah wanita
sebab arab memang terkenal dengan sifat menghormati kami sebagai golongan yang lemah
kedua
menjadi pelindung
seolah olah mereka adalah pagar yang mebenteng lah
kalau apa apa yang terjadi dari luar
mestilah akan rosakkan benteng dulu
dan ketiga
mungkin sebab diarahkan.. mungkin
macam ni haaa contoh bentengnyee
sampai tak nampak dah perempuan kat tengah2 tuu
dan lagi yang menariknya pasal bendera
fuulaaamaakkk
bendera memang banyak
pelik sebab tak pasti free palestine ke free Malaysia ehh
sebab bendera Malaysia lagi banyak haa...haaa..haaaa
macam ni haaa
tujuan bendera Malaysia ni nak menunjukkan
betapa rakyat Malaysia menyokong pembebasan Palestine
good Malaysian! good
tapi bendera Palestine pun banyak jugak
yelah nama pun Free Palestine
mestilah banyak
dan yang kagum lagi
walaupun benda ni bertujuan untuk keamanan Palestine
tapi kita tak lupa tentang saudara kita di Syria
mereka juga menuntut keamanan
sampai ada banner khas untuk Syria. ada banyak sebenarnya
Dan lagi
pasal sepanduk
yang mostly Malaysian yang bawak lah
Sepanduk yang dibawak tu ada kata kata
yang mampu membakar semangat dalam diri ni
nak menunjukkan betapa orang melayu ni ambil berat pasal Palestin
betapa kita ni meletakkan kita sebagai ahli Palestin
ini antaranya. segelintir je. ni pon curi dari group...
hehe nak ambik gambar yang ayat power masa selisih kat tengah jalan tu
memang tak sempat lah kan
ni je hah antaranya jee
cukuplah tak kan nak memenuhkan entry pasal sepanduk bendera jee kan
kenapa sepanduk?
apa yang pentingnya sepanduk?
dia melibatkan perasaan dalam jiwa lah sebenarnya
Sepanjang berarak tu
memang lenguh angkat sepanduk
kibar bendera lama lama
tapi di saat ana cuba menjatuhkan tangan dari memegang sepanduk
rasa bersalah menghantui diri
sebabnya
Takkan nak pegang sepanduk pun tak mampu??
come on laa beb
sepanduk je
Para mujahidin Islam berapa lama pegang senjata?
Diorang tak tau lenguh ke??
Dah la diorang lawan live nuu haa
Musuh depan mata
tapi kita ni
pegang sepanduk sekejap dah lenguh
kibar bendera kejap pun dah nak putus asa
rasa sedih yang mampu diri ini sumbangkan beri cuma takat ni jee
tukang pegang sepanduk
tukang jalan berarak
tapi sekurang kurang nya ada lah jugak ke'tukang'an tu
alhamdulillah
Lepas habis berarak
sambung berhimpun dekat Istad (stadium)
ada lagu Palestin
tak tau la lagu apa
dan tak faham pun senikata dia
tapi rentak dia memang fuuhh sentap kot
menaikkan semangat nan jitu.. ewaah..
di susuli dengan pidato yang disampaikan oleh tokoh tokoh
yang maafkan saya sebab lupa nama beliau beliau tu
Dan maaf jugak sebab tak dapat nak selitkan isi pidato
sebab tak faham
dah cuba buat research
tapi nampak nya ramai yang tak faham
maafkan kami
untuk sesiapa yang paham,
mohon beritahu saya
agar saya boleh mengedit entry ini kembali
tapi apa yang pasti mesti penuh dengan kata kata semangat lah
sebab nampak rakyat rakyat mesir ni bersorak
angkat tangan buat 'peace'
menandakan Peace for Palestine
dan yang bestnya jejaka arab yang gagah perkasa
sekali lagi menjadi pelindung
mereka meminta kami duduk dan berehat
dan mereka jadikan bendera sebagai bumbung
agar tempat kami berehat menjadi teduh
sepanjang panjang bendera mereka pegang beramai ramai
dibawah bendera
duduknya kami bersantai sambil berteduh
sweetnya mereka
melting
tapi bila fikir balik
alahai bukan panas mana pun
pondannya kami sebab pergi tumpang berteduh
panas sikit dah mengeluh
panas akhirat tu macam mana wehh antunna sekalian?
dan ada jugak satu segmen upacara pembakaran bendera Israel
oleh seorang arab (taktau nama)
maaf sekali lagi hee...heee...
masa tengok pembakaran ni
memang terasa di hati nii
Israel sungguh kejam
Kita tidak mengiktiraf Israel walaupun sedikit!!!!!
lepastu macam biasala kann
upacara bergambar setelah selesaii
dan pulang....
begitulah ceritanya yang tak berapa lengkap
sebab ada part part yang tak difahami
tapi segala yang difahami
inshaAllah telah dimasukkan buat perkongsian semua
----------------------------------------------------------------------
p/s: kepada yang mempunyai maklumat tambahan atau merasakan ada maklumat yang salah, boleh segera memaklumkan pada ana..
dan terimakasih juga kepada semua yang telah sudi menyumbangkan info yg mereka ada utk diupload ke dalam entry ini
juga terimkasih kat sesiapa sudi membaca :)
Syukran ala kulli hal
- anakmakayah -