Pertama sekali, hukum memakai niqab menjadi khilaf dalam
kalangan para ulama’ pelbagai samada mewajibkannya atau tidak.
Saya bukanlah dari kalangan agamawan untuk membahaskan hukum
tersebut, lebih-lebih lagi saya sendiri masih dalam proses belajar dan mengkaji
tentang persoalan ini.
Tapi jika ditanya mengenai pandangan tentang muslimah yang
berniqab atau niqabis, secara sedikit saya yang saya boleh katakan adalah saya
tiada masalah bahkan begitu mengagumi muslimah yang berniqab dalam keadaan
mereka faham dengan keilmuan mereka tentang niqab dari sudut pandang Islam
termasuk segi hukum dan hadaf niqab itu sendiri. Alhamdulillah. Semoga kita
juga termasuk dalam kalangan mereka suatu hari nanti inshaAllah.
Akan tetapi jika dilihat realiti hari ini, kebanyakan
muslimah berniqab tanpa mereka faham sebenar-benar tujuan niqab itu sendiri.
Tidak hairanlah apabila saya bertanya kepada segolongan niqabis tentang tujuan
mereka, kebanyakannya menjawab, “menutup wajah agar bakal suami menjadi lelaki
pertama memandangnya.” Atau juga, “saya tidak pasti tujuan saya, sekadar
doakanlah saya mampu teruskan.” Hasilnya
lahirlah ramai niqabis gedik yang setiap harinya menantikan imam-imam dan
pemilik tulang rusuk mereka.
Niqab yang asalnya bertujuan untuk mengelakkan fitnah
membuatkan mereka menghampiri kepada fitnah dan lebih teruk lagi apabila
membawa fitnah kepada Islam pula.
Kalau mereka faham sebenar-benar kedudukan niqab dalam Islam
nescaya mereka malu untuk mempamerkan diri seperti dengan posting-posting
gambar mereka berniqab dengan bermacam-macam posing. Bukankah lebih menimbulkan
fitnah? Dan adakah itu yang Islam inginkan? Sekiranya berpegang pada pendapat
wajib atau sunat sekalipun, adakah masih relevan dengan tindakan mereka yang sedemikian?
Bacalah perbahasan mengenai niqab dalam kalangan ulama’,
nescaya kalian akan gentar dan malu akan diri sendiri.
Bukanlah tujuan saya untuk menghukum para niqabis, bahkan
ramai antara teman saya yang berniqab dan faham, Cuma sekadar harapan agar
teman lain di luar sana turut sama menghayati tujuan sebenar kalian berniqab
kerana apa saja tindakan kalian akan menjadi imej kepada Islam.
Semoga kita terhindar dari sebarang fitnah terutamanya fitnah kepada agama.
Wallahu’alam
~anakmakayah~ (Nor Afifah Fitriah Binti Mohd Shukri)