Thursday 23 April 2015

Syed Qutb? Siapa tu?

Salam sayang kepada yang membaca. :)

Semalam dapat ilmu baru tentang Syed Qutb, jadi saya nak share!

Pernah dengar nama beliau kan?

Kenapa beliau secara khusus saya akan cerita?

Kerana, beliau berada pada zaman dengan kita, tak jauh beza. :D

Saya akan menulis tentang beliau secara ringkas je.

Beliau lahir pada 1906 di Mesir.

Tempoh usia beliau ialah 60 tahun.

Saya bahagikan kepada dua: 40 tahun dan 20 tahun.

40 tahun yang pertama penuh kecamuk dan jahiliyyah.

20 tahun yang seterusnya adalah yang bermakna buatnya.

Beliau dilahirkan dalam keluarga yang beragama.

Ibubapa beliau sering menghidupkan suasana dengan al-Quran.

Syed Qutb menghafal al-Quran sejak dari kecil.

Beliau seorang yang sangat bijak dan genius sehingga memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran Kaherah, Mesir.

Kemudian beliau dihantar ke Amerika, untuk mencedok segala ilmu yang ada.

Selama 2 tahun di sana, bersama Quran dalam hatinya.

Namun sebagai manusia biasa, beliau terlarut juga dengan pemikiran Barat.

Sehingga beliau menulis artikel membenarkan manusia bertelanjang! :O

Artikel itu menceritakan tentang kita kembali kepada fitrah manusia. Seperti bayi yang baru lahir (bertelanjang).

Barangkali hampir setiap hari beliau disajikan dengan manusia yang tidak berpakaian secara betul ketika di Amerika sehingga membuatkan beliau berfikir sedemikian.

Beliau turut menyatakan, 'Amerika mempunyai segala sesuatu kecuali roh'.

Bayangkan beliau yang menghafal al-Quran namun boleh melakukan silap macam tu.

Nyatalah selama ini beliau hanya menghafal tanpa memahami intipati Kitab Allah.

Pada 1949, Syed Qutb dimasukkan ke hospital kerana sakit.

Pada suatu ketika, beliau mendengar orang Yahudi di kawasan hospital bersorak.

Syed Qutb bertanya sebab mereka bersorak.

Mereka menyatakan Imam Hassan al-Banna (pejuang Islam di Mesir pada ketika itu) telah dibunuh.

Insiden ini telah membangkitkan Syed Qutb.

Beliau geram kerana orang Yahudi sanggup bersorak akan pemergian orang Islam (seagama dengan Syed Qutb).

Syed Qutb pulang ke Mesir, meletakkan jawatan sebagai Menteri dan menyertai Ikhwanul Muslimin.

Beliau akhirnya bangkit dan menghasilkan Tafsir fi Zilalil Quran.

Uniknya, Tafsir tersebut dihasilkan ketika beliau dipenjara. :O

Beliau ditangkap oleh kerajaan kerana tuduhan yang tiada asas.

Penulisan Syed Qutb harus diperiksa oleh pihak penjara untuk diterbitkan.

Jadi beliau menggunakan bahasa yang sukar difahami jika tidak dibaca dengan teliti.

Penulisan beliau juga turut diubah oleh pihak penjara kerana hasad!

1959, Syed Qutb dibebaskan dan mendapati tulisan telah banyak diubahsuai.

Beliau telah meneliti dan mengkaji kembali Tafsir tersebut.

 Semakan semula sempat dibuat sehingga surah Ibrahim sahaja, kerana kerajaan telah menangkap beliau semula.

1966, beliau dijatuhkan hukuman mati di tali gantung.

Sekian kisah Syed Qutb, sedikit sebanyak dapat saya kongsikan.

Syed Qutb menghabiskan 40 tahun beliau dengan penuh kecamuk dan jahiliyyah, namun akhirnya beliau bangkit pada 20 tahun terakhir dan berjuang untuk Islam!

Jadi kita masih belum terlambat, rata-rata kita berumur 20 tahun, masih sempat untuk kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai 'abid dan khalifah Allah.

Jadi jangan putus asa! Syed Qutb sudah tersenyum di syurga sana, kita? :)

 dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.
Surah Yusuf, ayat 87.


-budakbaeksangat-


No comments:

Post a Comment

KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami