Thursday 23 April 2015

Syed Qutb? Siapa tu?

Salam sayang kepada yang membaca. :)

Semalam dapat ilmu baru tentang Syed Qutb, jadi saya nak share!

Pernah dengar nama beliau kan?

Kenapa beliau secara khusus saya akan cerita?

Kerana, beliau berada pada zaman dengan kita, tak jauh beza. :D

Saya akan menulis tentang beliau secara ringkas je.

Beliau lahir pada 1906 di Mesir.

Tempoh usia beliau ialah 60 tahun.

Saya bahagikan kepada dua: 40 tahun dan 20 tahun.

40 tahun yang pertama penuh kecamuk dan jahiliyyah.

20 tahun yang seterusnya adalah yang bermakna buatnya.

Beliau dilahirkan dalam keluarga yang beragama.

Ibubapa beliau sering menghidupkan suasana dengan al-Quran.

Syed Qutb menghafal al-Quran sejak dari kecil.

Beliau seorang yang sangat bijak dan genius sehingga memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran Kaherah, Mesir.

Kemudian beliau dihantar ke Amerika, untuk mencedok segala ilmu yang ada.

Selama 2 tahun di sana, bersama Quran dalam hatinya.

Namun sebagai manusia biasa, beliau terlarut juga dengan pemikiran Barat.

Sehingga beliau menulis artikel membenarkan manusia bertelanjang! :O

Artikel itu menceritakan tentang kita kembali kepada fitrah manusia. Seperti bayi yang baru lahir (bertelanjang).

Barangkali hampir setiap hari beliau disajikan dengan manusia yang tidak berpakaian secara betul ketika di Amerika sehingga membuatkan beliau berfikir sedemikian.

Beliau turut menyatakan, 'Amerika mempunyai segala sesuatu kecuali roh'.

Bayangkan beliau yang menghafal al-Quran namun boleh melakukan silap macam tu.

Nyatalah selama ini beliau hanya menghafal tanpa memahami intipati Kitab Allah.

Pada 1949, Syed Qutb dimasukkan ke hospital kerana sakit.

Pada suatu ketika, beliau mendengar orang Yahudi di kawasan hospital bersorak.

Syed Qutb bertanya sebab mereka bersorak.

Mereka menyatakan Imam Hassan al-Banna (pejuang Islam di Mesir pada ketika itu) telah dibunuh.

Insiden ini telah membangkitkan Syed Qutb.

Beliau geram kerana orang Yahudi sanggup bersorak akan pemergian orang Islam (seagama dengan Syed Qutb).

Syed Qutb pulang ke Mesir, meletakkan jawatan sebagai Menteri dan menyertai Ikhwanul Muslimin.

Beliau akhirnya bangkit dan menghasilkan Tafsir fi Zilalil Quran.

Uniknya, Tafsir tersebut dihasilkan ketika beliau dipenjara. :O

Beliau ditangkap oleh kerajaan kerana tuduhan yang tiada asas.

Penulisan Syed Qutb harus diperiksa oleh pihak penjara untuk diterbitkan.

Jadi beliau menggunakan bahasa yang sukar difahami jika tidak dibaca dengan teliti.

Penulisan beliau juga turut diubah oleh pihak penjara kerana hasad!

1959, Syed Qutb dibebaskan dan mendapati tulisan telah banyak diubahsuai.

Beliau telah meneliti dan mengkaji kembali Tafsir tersebut.

 Semakan semula sempat dibuat sehingga surah Ibrahim sahaja, kerana kerajaan telah menangkap beliau semula.

1966, beliau dijatuhkan hukuman mati di tali gantung.

Sekian kisah Syed Qutb, sedikit sebanyak dapat saya kongsikan.

Syed Qutb menghabiskan 40 tahun beliau dengan penuh kecamuk dan jahiliyyah, namun akhirnya beliau bangkit pada 20 tahun terakhir dan berjuang untuk Islam!

Jadi kita masih belum terlambat, rata-rata kita berumur 20 tahun, masih sempat untuk kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai 'abid dan khalifah Allah.

Jadi jangan putus asa! Syed Qutb sudah tersenyum di syurga sana, kita? :)

 dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.
Surah Yusuf, ayat 87.


-budakbaeksangat-


Wednesday 22 April 2015

Why Ummah Why?

Salam sayang kepada pembaca. :)

Why ummah why?

Hari ni saya terjumpa akaun Twitter orang yang buat satu video tu, dia popular sebab tu dan dia ni transgender.

Saya tidak salahkan dia untuk dia menjadi begitu.

Kerana manusia sering menghadapi konflik dengan diri sendiri.

Tapi saya salahkan masyarakat dan komuniti.

Saya baca tweet mereka yang membalas tweet dia, 'cantiknya', 'insecurenya'.

I mean, don't you guys feel all that praises and sweet talk contribute to 'her' to stay like that forever?

Tak rasa dosa ke menyumbang camtu?

I didn't say that we should bash or what.

Tapi nasihat lah dia dan jangan galakkan.

To be honest, saya sedih dan takut dengan komuniti sendiri.

Mempopularkan orang yang tidak sepatutnya.

Memuji orang yang tidak sepatutnya.

Dan membahan (dibaca: bash) orang yang tidak sepatutnya.

Nampak kecik je isu ni, tapi isu kecik macam ni akan mengundang kepada perkara besar.

Tuhan tidak menghukum seorang dia je, tapi seluruh kaum dia.

Banyak sirah Nabi dah kita dengar, tak takut?

Saya risau dengan masa depan ummah. Awak semua rasa macam mana?



-budakbaeksangat-

Monday 20 April 2015

Joli Joli Joli

Sudah 2015, masih ada lagi yang menyatakan kami pelajar oversea happy melancong sedangkan local students study bagai nak rak.

Memandangkan kami berdua belajar di luar negara, terutamanya saya sendiri yang tidak bersetuju dengan pendapat ini, maka ingin saya betulkan semula pemikiran sesetengah pihak.

Secara tepatnya, semua pelajar luar negara atau tempatan belajar bagai nak rak. Tiada istilah happy melancong.

Ada antara kami yang jaulah meneroka alam, namun itu pun setelah berhempas pulas belajar dan mengumpul duit untuk berjalan-jalan.

Bukan semudah itu untuk kami berjalan-jalan. Tidak.

Kami mendapat pelbagai pengalaman, yang boleh dikongsi dan diaplikasi di Malaysia.

Bila lagi masa untuk meneroka alam andai tidak ketika belajar? Kebanyakkan orang akan sibuk setelah mula berkerja. Mengerti kan?

Dan juga, bukankah kita mahu melahirkan generasi yang luas pengetahuan dan pemandangan?

Kenapa perlu dipertikaikan rezeki masing-masing kan? :)

Surah Al-Falaq:
1). Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh 
2). Dari kejahatan makhluk-Nya 
3). Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita 
4). Dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul 
5). Dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki


Semoga kita tidak tergolong dalam golongan pendengki itu.

Wallahua'lam.


-budakbaeksangat-


New Spirit!

Salam sayang dan rindu.

Lama sangat tak update blog pengikat kasih buat kami yang jauh di India dan Mesir ini.

InsyaAllah akan kembali aktif secara perlahan-lahan.

Siapa kata mujahadah itu mudah? 

Apatah lagi membuat perkara kebaikan hanya kerana Dia.

Istiqamah adalah kunci kebaikan yang berpanjangan.

Mudahan akan mendatangkan manfaat kepada semua.

Aminnn insyaAllah :)

Are you ready to war? Go! 



-budakbaeksangat-

p/s: mengalu-alukan cadangkan idea atau komen



KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami