Wednesday 16 October 2013

Sekitar isu larangan penggunaan kalimah Allah

Assalamualaikum.

Menjawab kebanyakan persoalan yang dikemukakan (bukan membidas tetapi menjawab di sini untuk menyatukan jawapan supaya sahabat boleh rujuk sini, letih nak reply satu persatu) mengenai pendirian saya tentang keputusan mahkamah berikutan isu  larangan penggunaan kalimah Allah kepada majalah Herald

Bismillahirrahmanirrahim..

Pendirian saya adalah TIDAK BERSETUJU dengan keputusan tersebut tetapi TIDAK MEMPERTIKAIKAN keputusan mahkamah kerana diyakini terdapat maslahat tertentu yang melibat waqi' ummah memandangkan rakyat di negara ini masih lagi JAHIL tentang Islam.

Sekali lagi diulangi, TIDAK BERSETUJU tetapi TIDAK MEMPERTIKAIKAN.

Alasan tidak bersetuju:

1) Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini dan dipegang oleh banyak pihak bahawa Allah adalah tuhan yang satu untuk sekelian makhluk. Allah lah tuhan untuk Muslim, bukan Muslim, atheis, haiwan, tumbuhan, planet dan sekalian makhlukNya yang lain. Tidak wujud tuhan2 lain yang menumpang kuasa. Tindakan melarang penggunaan Allah seakan-akan menyetujui bahawa Allah hanya tuhan untuk umat Islam tetapi untuk bukan Islam, mereka ada tuhan lain yang wajib mereka sembah. Naudzubillah

2) Larangan penggunaan kalimah Allah kepada majalah katolik tersebut hanya akan menyekatkan kebebasan beragama yang telah menjadi teras perundangan di negara ini.

3) Tidak akan timbul isu kekeliruan dalam kalangan umat Islam atau bukan Islam mengenai ketuhanan terhadap Allah sekiranya umat Islam itu sendiri memainkan peranan untuk menjelaskan siapa Allah? Kita melarang orang untuk mem'popular'kan 'Allah' sebagai tuhan mereka tetapi kita tidak pula mem'popular'kan Allah sebagai tuhan kita. Apakah cara melarang penggunaan kalimah Allah itu akan menambahkan cinta ummah kepada Allah sedangkan mereka tidak pun kenal siapakah Allah itu, tidak pula tahu konsep ketuhanan yang sebenar kerana mereka disajikan dgn ketuhanan 'Allah' oleh katolik itu salah tanpa mengetahui apa yang betul untuk mereka anuti. Kalau mereka (pihak majalah Herald khususnya) memperkenalkan Allah dengan versi mereka yang salah, sudah menjadi tugas kita untuk memperkenalkan Allah dalam versi yang betul.  Jadi kalau strategi ini dijalankan, apa lah sangat fungsi larangan tersebut?

4) Methodologi dakwah yang sepatutnya perlu lebih efektif. Maslahat keputusan mahkamah adalah untuk menyelamatkan aqidah umat yang jahil mengenai Islam. Tetapi method ini, hanya akan menenggelamkan umat ke lembah kejahilan. Kerana apa? Kerana yang terdidik adalah fahaman agama secara makan suap. Orang kata jangan buat ini, kita xbuat. Orang kata, jangan ikut ini, kita tak ikut. Orang kata jangan percaya ini, kita tak percaya. Sejauh manakah relevannya fahaman sebegini dengan perkembangan arus kemajuat yg begitu pesat? Teknologi pun sudah terlalu mudah untuk kita gunakan sebagai senjata perang dakwah. Pelbagai macam dan bentuk kemudahan sudah ada, cuma pengguna yang tidak ada, ibarat adanya pisau dan ayam tetapi tidak ada tukang potongnya. Bukankah maslahat yang lebih utama adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang ilmu Islam sekaligus berpegang pada aqidah yang benar. Apabila masyarakat sudah berilmu, maka apalah sangat fungsi larangan ini pada umat Islam?

Agak-agaknya kan

A) Ayuh tinggalkan Kristian kerana mereka....

B) Ayuh bersama menganuti agama Islam kerana agama ini sangat.....

Mana lebih gah menunjukkan kelebihan Islam itu sendiri???!!!

Sekian, Wallahualam

                         ~anakmakayah~

Sunday 6 October 2013

Cinta kepada Kemasyhuran

Seringkali kita lihat beberapa golongan yang apabila bercakap sepertinya hebat tetapi malangnya apabila dinilai hujahnya, cumalah ibarat telur yang pecah yang hanya tinggal kulit lapisan luarnya sahaja. Tidak lupa juga golongan yang hanya menonjol apabila adanya situasi atau keadaan yang mendapat perhatian orang ramai. Sebaliknya mereka kebiasaannya tiada fungsi pada waktu-waktu lain. Timbul persoalan, apakah tujuannya hendak menegakkan kebenaran atau cuma mengimpikan nama yang terpancar di mata manusia?! Semoga mereka ikhlas dalam apa sahaja gerak kerja yang mereka lakukan.

Para salafussoleh telah memberi peringatan dan amaran tentang sifat CINTA KPD KEMASYHURAN DAN INGIN DIKENALI dlm kalangan manusia. Bersepakat kalam mrk dlm memberi amaran kpd sifat tercela ini.

Berkata Sufyan At Thawri Rh: "Berhati2lah kamu dgn kemasyhuran! Tidak aku datangi sesiapa kecuali beliau akan melarang daripada kemasyhuran." (Siar Zahabi 7/260)

Berkata Bisyr bin Harith: "Tidak bertaqwa kpd Allah mana2 hamba yg mencintai kemasyhuran" (Siar Zahabi 10/476)
Beliau berkata lagi: " Jika kamu terkenal di suatu tempat maka larilah daripadanya. Jika kamu melihat seorang lelaki, org ramai berhimpun padanya di suatu tempat yg menjadi kelazimannya, dan lelaki itu suka akan hal itu maka ketahuilah dia mencintai kemasyhuran." (Tarikh Dimasq 10/206)

Berkata Ahmad bin 'Asim Al Antoki: "Kebaikan itu adalah semua yg apabila dipalingkan darimu dunia, dianugerahkan kpdmu qana'ah (berpada2), dan dijauhkan daripadamu pandangan manusia." (Siar Zahabi 11/216)

Berkata Abu Bakr bin 'Ayyasy: "Manfaat diam yg paling kecil adalah keselamatan, dan cukuplah ia sebagai pelindung diri. Mudarat percakapan yg paling kecil adalah kemasyhuran, dan cukuplah ia sebagai bala!" (Siar Zahabi 8/304)

Sebagaimana bersepakat perbuatan mereka dlm menjauhkan diri dpd kemasyhuran demi mengharap ganjaran dpd Allah dan keikhlasan.

Daripada Sofwan bin Umar: "Adalah Khalid bin Mi'dan apabila bertambah bsr halaqahnya (ramai pelajar) beliau lalu bangun dan beredar." Dikatakan kpd Sofwan: "Mengapa beliau bangun dan beredar?" Kata Sofwan: "Krn beliau membenci kemasyhuran." (Almuntazhim 2/395)
Imam Zahabi memberi komentar: "Sepatutnya bagi seorang 'Alim berkata2 dgn niat dan maksud yg baik. Sekiranya dia berasa takjub dgn kata2 sendiri maka diamlah. Sekiranya dia berasa takjub dgn diamnya maka berkata2lah. Hendaklah sentiasa muhasabah diri, krn diri itu mencintai kemasyhuran dan pujian." (Siar Zahabi 4/494)

Berkata Thabit Al Bunani: "Muhammad bin Sirin berkata kpd aku: Tidak ada yg menghalang aku daripada menghadiri majlis mu kecuali aku takut kpd kemasyhuran." (Tarikh Dimasq 53/228)

Berkata Imam ahlussunnah Ahmad bin Hanbal: "Aku mahu berada di mana2 cabang di Mekah agar aku tidak dikenali, aku telah ditimpa bala kemasyhuran, sesungguhnya krn itu aku mengharap kpd kematian pagi dan petang." (Siar Zahabi 11/216)

Akhir kata, semoga sentiasa mentajdidkan niat, setiap sesuatu yang kita amalkan biarlah dengan niat yang benar-benar ikhlas untuk mencari redhaNya

Wallahualam

Kredit : Muhammad Ammar Almuansyah (facebook)

                          ~AnakMakAyah~

KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami