Monday 30 September 2013

Tidak bersemangat untuk berada pada saf pertama ketika solat jemaah

Sepatutnya seorang muslim itu saling berlumba-lumba untuk memperoleh keutamaan dan pahala yang besar dari Allah s.w.t. Oleh kerana itu, Allah berfirman :

"Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik utk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa." (Surah Ali-Imran:133)

Walaupun demikian, kita masih mendapati ramai yang solat tetapi tidak bersemangat untuk berada pada saf pertama, padahal Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam telah menyarankan umatnya supaya solat di saf pertama

Abu Hurairah r.a berkata, "Nabi s.aw. bersabda : Seandainya manusia mengetahui (keutamaan) yang terdapat dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak memperolehinya  melainkan dengan cara mengundi, maka mereka akan mengundi." [dikeluarkan oleh Bukhari (721) dan Muslim (437).

Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam memperlihatkan perihal terlambat sambil bersabda:
"Tidaklah suatu kaum sentiasa mengakhirkan (berada pada saf akhir), sehingga Allah akan mengakhirkan mereka (dari rahmatNya)." [Dikeluarkan oleh Muslim (438) dan Ibnu Khuzaimah (1560)]

^^400 Kesalahan Dalam Solat, Mahmud Al-Misry^^

Wallahualam

               ~anakmakayah~

Saturday 7 September 2013

AKU TIDAK TAHU

:::::::: ANA LA ADRI ::::::::

1. Kata As-Sya'bi :
Ucapan LA ADRI itu separuh dari ilmu

2. Ibnu Jamaah ketika ditanyakan perkara yang beliau tidak tahu. Beliau jawab:
AKU TIDAK TAHU

3. Kata Ibn Al-Jamaah:
Daripada ilmu itu ialah seseorang mengatakan :
AKU TIDAK TAHU

4. Kata Hasan bin Ali :
Dari ilmunya seorang lelaki, apabila dia tidak tahu dikatakan: WALLAHULAM (sanadnya hasan)

5. Kata Malik :
Rasulullah itu Imam Kaum Muslimin. Apabila ditanyakan tentang sesuatu, Baginda tidak menjawab sehinggalah turunnya wahyu.

6. Kata Sufyan :
Fitnah bagi seorang lelaki apabila dia seorang yang faqeh : Bercakap itu lebih dia sukai berbanding diam

7. Kata Ibn Mas'ud :
Seseorang yang berfatwa kepada manusia pada setiap soalan yang ditujukan padanya, seorang yang gila

8. Kata Ibn Sirin :
Matinya seorang lelaki dalam keadaan jahil lebih baik dari dia bercakap apa yang dia tidak tahu.

9. Kata Said bin Jubair :
Celakalah bagi seorang yang berkata pada sesuatu yang dia tidak tahu : Aku Tahu

10. Kata Malik bin Anas :
Dari feqhnya seorang lelaki, dia berkata:
AKU TIDAK TAHU
(Al-Adab As-Syarieyyah)

11. Kata As-Suyuthi :
Menjawab soalan bagi sesiapa yang tahu itu wajib.
Bertanya soalan bagi sesiapa yang tidak tahu juga wajib

12. Imam Malik pernah ditanyakan 40 soalan dan menjawab 4 soalan. Selebihnya beliau katakan LA ADRI

Sumber:

Ustaz Muhammad Fahmi Rusli ( @fahmirusliMFR -twitter)
Ustaz Ad- Dien (@AdDien90 -twitter)

           ~anakmakayah~

KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami