Monday 25 November 2013

From Zero To Hero

Siapa Zero? Siapa Hero? Tetiba je tajuk macam tu kan.

Mungkin ada yang tahu, dan mungkin ada yang tidak tahu.

Hero adalah nama seekor kucing yang istimewa.

Beliau dianiaya.

Dua kaki hadapan beliau dipotong.

Boleh bayangkan betapa seksanya kucing tanpa dua kaki hadapan.

Seksa, sangat seksa.

Saya pernah menonton kisah Hero di dalam tv, jadi saya mengikuti kisah beliau.

Sedang meneliti News Feed, terlihat satu post.

Hero mati. T.T

Saya menonton video yang dibuat oleh Papa Hero.

Dua tiga saat menonton dan saya menangis T.T

Ya Allah, sedih sangat melihatkan video Hero semasa hayatnya.

Tak mampu menahan airmata T.T

Mudahan semua manusia lebih mengasihi semua makhluk Allah biarpun binatang.

Semoga kisah ini membuka mata semua orang.

Mungkin saya terlalu rindukan Shiro jagaan saya dan kucing-2 di rumah T.T

Semoga Allah mengasihi kita sebagaimana kita mengasihi makhluk ciptaanNya.




-budakbaeksangat-

Thursday 21 November 2013

Siapa Ahmad Ammar

Sedang leka scroll TL Twitter, tiba-2 terlihat seorang sahabat RT satu gambar.

Dalam gambar itu kelihatan catatan seorang lelaki bernama Ahmad Ammar.

Saya tertanya, siapakah beliau? Siapa Ahmad Ammar?

Kenapa beliau terkenal?

*lambat tahu kerana susah online :3*

Kemudian beberapa sahabat reply tweet saya mengatakan beliau seorang pejuang.

Ada sahabat turut memberi satu link blog berkaitan Ahmad Ammar.

Dan setelah meneliti coretan serta video yang disertakan, sebak yang dirasakan.

Dalam usia yang sangat muda, beliau meninggal dalam keadaan yang mulia. Subhanallah.

Terlalu banyak sumbangan beliau walaupun baru berusia 20 tahun.

Kelihatan ramai yang hadir ketika solat jenazah beliau.

Ibu mana yang tidak bangga, anaknya syahid. Ya Allah, syurga ganjarannya.

Pada usia muda, beliau menjelajah ke serata negara.

Mengambil jurusan Sejarah yang mungkin dianggap remeh bagi sesetengah orang.

Namun siapa tahu, menerusi jurusan itu lah beliau dapat menyumbang bermacam-2. 

Ke Turki, Indonesia, Syria. Terlalu banyak pengalaman diperoleh beliau.

Kita? Masih leka. 

Leka dengan dunia yang sementara.

Mungkin Allah ambil dia, sebagai pengajaran dan teladan bagi anak muda yang masih hanyut.

Ingin sekali menjadi seperti beliau.

Hidup mulia atau mati syahid.

Di dunia, beliau menjadi sebutan. Di akhirat, syurga untuknya insyaAllah.

Mahu biarkan contoh ini berlalu begitu sahaja atau mengambil ibrah daripadanya?

Semuanya atas diri kita sendiri.

Tetapkan matlamat, mudahan hidup tidak sia-2 di bumi Allah.

Kita khalifah Allah, kita ada matlamat, tugas. Bukan hidup dengan hanya menabur dosa.

Sama-2 kita renungkan. :)


-budakbaeksangat-

Love from India~

Writing from India ! *excited*

A big grateful towards Him for everything alhamdulillah.

I am so happy being here. New environment, new people, new surrounding.

Excited to learn their language too ! :3

Mera nam budakiut hai. Haha.

Honestly, instead of being happy here, there were also some sort of difficulties especially about the internet connection :3

But yeah, I knew Allah did this just because don't want me to forget Him and instead, being the most grateful servant !

Even being here I am not surrounded by niqabis and only hijabis even if they are not totally covered themselves, but still grateful I am surrounded in Islam and Malay environment in hostel (even though there were also Indian stay in hostel).

Yes, it is a bit hard to see other than transferred Egyptian student to wear some sort of socks and so on, but I assume that they are not really knew the fact that we should cover it up.

Like my dear friend said, being in Egypt for almost a year really such a preparation to further study here.

Like I said, a bit hard to see those sort of #TeamKhemah or #TudungLabuh people.

But as a person that knew about this, we should wear properly as our religion told us and perhaps by wearing like that, other people would interested to being like us too :3

So as a Muslimah, we should spread Islam here. I mean, the true Islam.

That is our full time duty here instead of being a future doctor.

May Allah strengthen our imaan to stay strong here in India :)

-budakbaeksangat-

p/s: trying to write in English. hoping it was okay ! hehe.

Saturday 9 November 2013

Pearl In India?

Sudah berkurun tidak mengemas kini blog gara-2 kepayahan beratas talian menerusi komputer riba.

Tanpa disedari, diri ini bakal bermusafir jauh sekali lagi.

Ya, kali ini bakal ke bumi India.

Alhamdulillah diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman di tempat lain pula.

Ya, mencari mutiara di India.

Di celahan tempe, mungkin terselit mutiara di mana-2.

Mudahan mampu menjadi yang lebih baik dan mampu mendapatkan yang lebih baik.

Meninggalkan Mesir? Siapa sangka.

Mesir begitu indah untuk didiami.

Bandarnya, pantainya, budayanya, masyarakatnya.

Siapa sangka kepulangan untuk bercuti musim panas itu adalah kepulangan tanpa kembali.

Sedangkan perpisahan sementara kita sudah ratapi, bagaimana perpisahan hakiki?

Ya, diriku percaya ada hikmah. Hikmah yang lebih besar insyaAllah.

Ukhuwwah yang terjalin di bumi Mesir takkan dibiarkan tergantung.

Akan ku pastikan berterusan hingga ke Jannah, insyaAllah.

Buat sahabat sejati admin seorang lagi, saya gembira dan bersyukur mempunyai awak sebagai sahabat dan teman di blog ini, mudahan hingga ke Syurga.



Doakan diri ini masih mampu mencoret hikmah dari India dan dikongsi bersama.

Semoga Allah memberkati.

Sekian coretan terakhir di Malaysia sebelum melangkah ke India dalam beberapa hari lagi.

-budakbaeksangat-

p/s: tempe itu panggilan masyarakat tempatan kerana mereka tidak suka dipanggil 'keling'.

Wednesday 16 October 2013

Sekitar isu larangan penggunaan kalimah Allah

Assalamualaikum.

Menjawab kebanyakan persoalan yang dikemukakan (bukan membidas tetapi menjawab di sini untuk menyatukan jawapan supaya sahabat boleh rujuk sini, letih nak reply satu persatu) mengenai pendirian saya tentang keputusan mahkamah berikutan isu  larangan penggunaan kalimah Allah kepada majalah Herald

Bismillahirrahmanirrahim..

Pendirian saya adalah TIDAK BERSETUJU dengan keputusan tersebut tetapi TIDAK MEMPERTIKAIKAN keputusan mahkamah kerana diyakini terdapat maslahat tertentu yang melibat waqi' ummah memandangkan rakyat di negara ini masih lagi JAHIL tentang Islam.

Sekali lagi diulangi, TIDAK BERSETUJU tetapi TIDAK MEMPERTIKAIKAN.

Alasan tidak bersetuju:

1) Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini dan dipegang oleh banyak pihak bahawa Allah adalah tuhan yang satu untuk sekelian makhluk. Allah lah tuhan untuk Muslim, bukan Muslim, atheis, haiwan, tumbuhan, planet dan sekalian makhlukNya yang lain. Tidak wujud tuhan2 lain yang menumpang kuasa. Tindakan melarang penggunaan Allah seakan-akan menyetujui bahawa Allah hanya tuhan untuk umat Islam tetapi untuk bukan Islam, mereka ada tuhan lain yang wajib mereka sembah. Naudzubillah

2) Larangan penggunaan kalimah Allah kepada majalah katolik tersebut hanya akan menyekatkan kebebasan beragama yang telah menjadi teras perundangan di negara ini.

3) Tidak akan timbul isu kekeliruan dalam kalangan umat Islam atau bukan Islam mengenai ketuhanan terhadap Allah sekiranya umat Islam itu sendiri memainkan peranan untuk menjelaskan siapa Allah? Kita melarang orang untuk mem'popular'kan 'Allah' sebagai tuhan mereka tetapi kita tidak pula mem'popular'kan Allah sebagai tuhan kita. Apakah cara melarang penggunaan kalimah Allah itu akan menambahkan cinta ummah kepada Allah sedangkan mereka tidak pun kenal siapakah Allah itu, tidak pula tahu konsep ketuhanan yang sebenar kerana mereka disajikan dgn ketuhanan 'Allah' oleh katolik itu salah tanpa mengetahui apa yang betul untuk mereka anuti. Kalau mereka (pihak majalah Herald khususnya) memperkenalkan Allah dengan versi mereka yang salah, sudah menjadi tugas kita untuk memperkenalkan Allah dalam versi yang betul.  Jadi kalau strategi ini dijalankan, apa lah sangat fungsi larangan tersebut?

4) Methodologi dakwah yang sepatutnya perlu lebih efektif. Maslahat keputusan mahkamah adalah untuk menyelamatkan aqidah umat yang jahil mengenai Islam. Tetapi method ini, hanya akan menenggelamkan umat ke lembah kejahilan. Kerana apa? Kerana yang terdidik adalah fahaman agama secara makan suap. Orang kata jangan buat ini, kita xbuat. Orang kata, jangan ikut ini, kita tak ikut. Orang kata jangan percaya ini, kita tak percaya. Sejauh manakah relevannya fahaman sebegini dengan perkembangan arus kemajuat yg begitu pesat? Teknologi pun sudah terlalu mudah untuk kita gunakan sebagai senjata perang dakwah. Pelbagai macam dan bentuk kemudahan sudah ada, cuma pengguna yang tidak ada, ibarat adanya pisau dan ayam tetapi tidak ada tukang potongnya. Bukankah maslahat yang lebih utama adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang ilmu Islam sekaligus berpegang pada aqidah yang benar. Apabila masyarakat sudah berilmu, maka apalah sangat fungsi larangan ini pada umat Islam?

Agak-agaknya kan

A) Ayuh tinggalkan Kristian kerana mereka....

B) Ayuh bersama menganuti agama Islam kerana agama ini sangat.....

Mana lebih gah menunjukkan kelebihan Islam itu sendiri???!!!

Sekian, Wallahualam

                         ~anakmakayah~

Sunday 6 October 2013

Cinta kepada Kemasyhuran

Seringkali kita lihat beberapa golongan yang apabila bercakap sepertinya hebat tetapi malangnya apabila dinilai hujahnya, cumalah ibarat telur yang pecah yang hanya tinggal kulit lapisan luarnya sahaja. Tidak lupa juga golongan yang hanya menonjol apabila adanya situasi atau keadaan yang mendapat perhatian orang ramai. Sebaliknya mereka kebiasaannya tiada fungsi pada waktu-waktu lain. Timbul persoalan, apakah tujuannya hendak menegakkan kebenaran atau cuma mengimpikan nama yang terpancar di mata manusia?! Semoga mereka ikhlas dalam apa sahaja gerak kerja yang mereka lakukan.

Para salafussoleh telah memberi peringatan dan amaran tentang sifat CINTA KPD KEMASYHURAN DAN INGIN DIKENALI dlm kalangan manusia. Bersepakat kalam mrk dlm memberi amaran kpd sifat tercela ini.

Berkata Sufyan At Thawri Rh: "Berhati2lah kamu dgn kemasyhuran! Tidak aku datangi sesiapa kecuali beliau akan melarang daripada kemasyhuran." (Siar Zahabi 7/260)

Berkata Bisyr bin Harith: "Tidak bertaqwa kpd Allah mana2 hamba yg mencintai kemasyhuran" (Siar Zahabi 10/476)
Beliau berkata lagi: " Jika kamu terkenal di suatu tempat maka larilah daripadanya. Jika kamu melihat seorang lelaki, org ramai berhimpun padanya di suatu tempat yg menjadi kelazimannya, dan lelaki itu suka akan hal itu maka ketahuilah dia mencintai kemasyhuran." (Tarikh Dimasq 10/206)

Berkata Ahmad bin 'Asim Al Antoki: "Kebaikan itu adalah semua yg apabila dipalingkan darimu dunia, dianugerahkan kpdmu qana'ah (berpada2), dan dijauhkan daripadamu pandangan manusia." (Siar Zahabi 11/216)

Berkata Abu Bakr bin 'Ayyasy: "Manfaat diam yg paling kecil adalah keselamatan, dan cukuplah ia sebagai pelindung diri. Mudarat percakapan yg paling kecil adalah kemasyhuran, dan cukuplah ia sebagai bala!" (Siar Zahabi 8/304)

Sebagaimana bersepakat perbuatan mereka dlm menjauhkan diri dpd kemasyhuran demi mengharap ganjaran dpd Allah dan keikhlasan.

Daripada Sofwan bin Umar: "Adalah Khalid bin Mi'dan apabila bertambah bsr halaqahnya (ramai pelajar) beliau lalu bangun dan beredar." Dikatakan kpd Sofwan: "Mengapa beliau bangun dan beredar?" Kata Sofwan: "Krn beliau membenci kemasyhuran." (Almuntazhim 2/395)
Imam Zahabi memberi komentar: "Sepatutnya bagi seorang 'Alim berkata2 dgn niat dan maksud yg baik. Sekiranya dia berasa takjub dgn kata2 sendiri maka diamlah. Sekiranya dia berasa takjub dgn diamnya maka berkata2lah. Hendaklah sentiasa muhasabah diri, krn diri itu mencintai kemasyhuran dan pujian." (Siar Zahabi 4/494)

Berkata Thabit Al Bunani: "Muhammad bin Sirin berkata kpd aku: Tidak ada yg menghalang aku daripada menghadiri majlis mu kecuali aku takut kpd kemasyhuran." (Tarikh Dimasq 53/228)

Berkata Imam ahlussunnah Ahmad bin Hanbal: "Aku mahu berada di mana2 cabang di Mekah agar aku tidak dikenali, aku telah ditimpa bala kemasyhuran, sesungguhnya krn itu aku mengharap kpd kematian pagi dan petang." (Siar Zahabi 11/216)

Akhir kata, semoga sentiasa mentajdidkan niat, setiap sesuatu yang kita amalkan biarlah dengan niat yang benar-benar ikhlas untuk mencari redhaNya

Wallahualam

Kredit : Muhammad Ammar Almuansyah (facebook)

                          ~AnakMakAyah~

Monday 30 September 2013

Tidak bersemangat untuk berada pada saf pertama ketika solat jemaah

Sepatutnya seorang muslim itu saling berlumba-lumba untuk memperoleh keutamaan dan pahala yang besar dari Allah s.w.t. Oleh kerana itu, Allah berfirman :

"Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik utk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa." (Surah Ali-Imran:133)

Walaupun demikian, kita masih mendapati ramai yang solat tetapi tidak bersemangat untuk berada pada saf pertama, padahal Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam telah menyarankan umatnya supaya solat di saf pertama

Abu Hurairah r.a berkata, "Nabi s.aw. bersabda : Seandainya manusia mengetahui (keutamaan) yang terdapat dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak memperolehinya  melainkan dengan cara mengundi, maka mereka akan mengundi." [dikeluarkan oleh Bukhari (721) dan Muslim (437).

Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam memperlihatkan perihal terlambat sambil bersabda:
"Tidaklah suatu kaum sentiasa mengakhirkan (berada pada saf akhir), sehingga Allah akan mengakhirkan mereka (dari rahmatNya)." [Dikeluarkan oleh Muslim (438) dan Ibnu Khuzaimah (1560)]

^^400 Kesalahan Dalam Solat, Mahmud Al-Misry^^

Wallahualam

               ~anakmakayah~

Saturday 7 September 2013

AKU TIDAK TAHU

:::::::: ANA LA ADRI ::::::::

1. Kata As-Sya'bi :
Ucapan LA ADRI itu separuh dari ilmu

2. Ibnu Jamaah ketika ditanyakan perkara yang beliau tidak tahu. Beliau jawab:
AKU TIDAK TAHU

3. Kata Ibn Al-Jamaah:
Daripada ilmu itu ialah seseorang mengatakan :
AKU TIDAK TAHU

4. Kata Hasan bin Ali :
Dari ilmunya seorang lelaki, apabila dia tidak tahu dikatakan: WALLAHULAM (sanadnya hasan)

5. Kata Malik :
Rasulullah itu Imam Kaum Muslimin. Apabila ditanyakan tentang sesuatu, Baginda tidak menjawab sehinggalah turunnya wahyu.

6. Kata Sufyan :
Fitnah bagi seorang lelaki apabila dia seorang yang faqeh : Bercakap itu lebih dia sukai berbanding diam

7. Kata Ibn Mas'ud :
Seseorang yang berfatwa kepada manusia pada setiap soalan yang ditujukan padanya, seorang yang gila

8. Kata Ibn Sirin :
Matinya seorang lelaki dalam keadaan jahil lebih baik dari dia bercakap apa yang dia tidak tahu.

9. Kata Said bin Jubair :
Celakalah bagi seorang yang berkata pada sesuatu yang dia tidak tahu : Aku Tahu

10. Kata Malik bin Anas :
Dari feqhnya seorang lelaki, dia berkata:
AKU TIDAK TAHU
(Al-Adab As-Syarieyyah)

11. Kata As-Suyuthi :
Menjawab soalan bagi sesiapa yang tahu itu wajib.
Bertanya soalan bagi sesiapa yang tidak tahu juga wajib

12. Imam Malik pernah ditanyakan 40 soalan dan menjawab 4 soalan. Selebihnya beliau katakan LA ADRI

Sumber:

Ustaz Muhammad Fahmi Rusli ( @fahmirusliMFR -twitter)
Ustaz Ad- Dien (@AdDien90 -twitter)

           ~anakmakayah~

Sunday 18 August 2013

Mesir Kini

Rata-2 penduduk Malaysia mengetahui keadaan Mesir sekarang. 

Ye, situasi semakin teruk. Tidak dapat dinafikan. 

Walaupun kadang-2 media terlalu menggembar-gembur keadaan di sana, namun sekurangnya kita masih cakna isu ini.

Siapa Mesir kepada kita? Saudara Islam kan?

Ucaplah tahniah, mabruk dan segala bagai ucapan tahniah kepada diri kerana prihatin tentang isu ummah walau tidak sepenuhnya. Namun adakah kita sekadar mahu menjadi yang tahu ala kadar sahaja? Haaa. 

Apa usaha kita untuk saudara kita ni? *perah otak* *tadah dengan baldi* *erghhh bunyinya*

Orang kata, sekecil-2 usaha kita untuk mereka, adalah berdoa
Namun adakah kita mahu menjadi manusia yang 'sekurang-2nya' itu? Haaaa.

 Mesti mahu lebih. Eventhough barang pun, mesti nak terbaik. Mana mahu yang cikai-2. Ye dok?

Jadinya, antara usaha boleh kita buat, doa secara istiqamah, khususkan buat mereka. Boleh juga melaksanakan solat hajat khusus buat mereka jua.

Cara lain, juga boleh bantu update tentang keadaan sana kepada rangkaian sosial yang ada di samping mengingatkan mereka agar sentiasa doakan Mesir.

Bayangkan, nyawa ibarat boleh dijual beli. Mereka menjadikan Mesir sebagai medan praktikal Counterstrike *ehem*

Ingat nyawa tu boleh retrieve ke dengan tunggu kejap biar hero hidup balik macam Dota? *ehem* 

Ada yang terjun dari fly over waktu kena gempur oleh tentera demi selamatkan diri. Macam tengah ada program Fear Factor. 

Paling sadis, wanita dan kanak-2 turut menjadi mangsa. :(

Takde kesedaran langsung. Main tembak serang je belaka. Haihhhh. Kejam !

Kita ni ha masih duk sibuk beraya dengan penuh keriangan, pergi open house itu ini dengan penuh gilang gemilang, ada selami tak penderitaan mereka?

Ada ucap syukur? 

Tu lah, kita ni masih di zon selesa. Bila ada kes tembak, baru lah mula nak rasa terancam. Kalau tidak, masih huha gamaknya. 

Ni berlaku kepada segelintir manusia je. Tapi kita boleh cerminkan diri. Betulkan agar menjadi terbaik ye. 

Tidak lupa juga kepada saudara kita di Palestin, Syria, Rohingya dan lain-2 tempat. Doakan kemenangan Islam. Allah bersama kita. Keep faith ! 

Verily, in every hardship, there is relief. [94:5]

Selamat berpuasa enam bagi yang belum dan sedang melaksanakannya ! Semoga istiqamah dalam ibadah dan kebaikan.

Allah loves you every second. :)

-budakbaeksangat-




Monday 12 August 2013

Rayaaaa !! Yahooo !!

Alhamdulillah. Ramadhan sudah berlalu. Semoga kita melepasinya dengan penuh cemerlang.

Alhamdulillah jua. Syawal sempat kita rasai. Semoga ibadah kita sekencang pada bulan Ramadhan.

Namun kerap kali kecewa tatkala kedatangan Syawal. Mengapa?

Sudah menjadi adat dan kebiasaan, rakyat di Malaysia sering memainkan lagu raya di corong-2 radio dan televisyen. Seolah-2 mengharapkan Ramadhan berlalu cepat. *Ramadhan sedih* *lap airmata*

Pabila Syawal menjelma, nahhhhh. Kemain futur lagi kita. Ibadah yang diamalkan sebulan dalam Ramadhan seolah ditinggalkan begitu sahaja. 

Makin dekat dengan Syawal, makin sibuk ke Kamdar. Sepatutnya dikejar LailatulQadar, bukannya LailatulKamdar. *haihhh*

Paling ekstrem, tentang pemakaian serta ikhtilat dan penjagaan solat. Allahuakbar. Sedih betei saya. 

Sudahlah berhias (nak-2 yang jangok over), kemudian kurang menutup aurat. Tudung tidak menutupi dada, stokin tidak dipakai, lengan dilihat, baju ketat dan jarang. Pahtu upload pulerrrr. Tak memasal dosa berjalan je sokmo sokmo. *garu kepala* Girls, nak kahwin cepat eh duk goda nafsu para Adam ni even tak sengaja?

Tentang ikhtilat pula. Balik ke kampung, sesedap rasa je duk tanggal tudung, duk salam dengan entah siapa-2 tanpa mengetahui apa hukumnya. Even dengan sepupu tu bukan mahram tau! *pegang rotan* sebab kita boleh kahwin dengan mereka.

Tu belum masuk dengan seremeh-2 hubungan ipar. Haihh. Para suami tak ingatkan para isteri lah ni gamaknya. Ye, dalam rumah tapi tak pakai tudung, tak tutup aurat. Tak memasal dosa free. Suka?

Yang duk sibuk beraya pulak, takde dah nak kejar waktu solat. Solat awal waktu lagi lah payah. Konon betui dah buat ibadah dengan ziarah tapi bila bab solat kita tohok tepi, kbai lah jawabnya kan?

Mungkin post kali ini nampak seperti marah atau protes atau sebagainya, namun oleh kerana isu sebegini selalu diremehkan, kita sebagai yang menyedari akan perkara ini seharusnya mengingatkan yang lain.

Sekecil-2 perkara kita pandang enteng, apatah lagi yang besar? Eh?

Mohon ambil cakna isu ini. Kita sendiri yang tanggung dosa. Si suami dan si bapa serta adik beradik lelaki, lagi lahhhhh berganda. Na'uzubillah min zalik. 

Apa-2 pun, syariat diutamakan dalam setiap perkara kita buat okay semua? :) 

Taqabbalallahu minna wa minkum ! Selamat Menyambut Syawal dengan penuh kejayaan setelah berpenat lelah beribadah sebulan tanpa melupakan syariat ! :)))



Oh ye. Tidak dilupakan, selamat menunaikan Puasa 6 ! :))


-budakbaeksangat-

p/s: mohon maaf andai penggunaan bahasa kurang sesuai atau tidak difahami gara-2 penambahan vocab kelantan. hehe.

Monday 5 August 2013

Tidur selepas subuh/waktu pagi penghalang rezeki?


Sungguh masyhur di kalangan Melayu mengenai hadis larangan tidur selepas subuh kerana dipercayai tertutupnya pintu rezeki. Memang diakui hadis ini sering dimainkan di bibir-bibir pelbagai golongan terutamanya ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang gemar tidur selepas waktu Subuh walaupun tidak mengetahui kedudukan sebenar hadis tersebut.

Kedudukan hadis:
Hadis ini adalah palsu. Hadis ini dilabelkan palsu oleh al-Hasan Ibn Muhammad al Shoghoni dan disokong oleh ahli hadis masa kini Abd. Fattah Abu Ghuddah. Manakala antara ulama yang melabelkan hadis ini sebagai sangat dhaif pula ialah al-Haitami, Ahmad Syakir, Muhammad Nasiruddin Albani dan Syuaib al Arnaouth.

Mungkin larangan ini disandarkan dengan pendapat Ibn Abbas  yang melarang anaknya tidur selepas Subuh, lalu berkata : “ Ini waktunya Allah membahagi-bahagikan rezeki” – dinukilkan oleh al-Hafiz Ibn Qayyim dalam at-Thibb an-Nawawiy

Pendapat ini memang benar tetapi tidak mempunyai larangan dari Rasulullah SAW sendiri dan tidak boleh dijadikan dalil yang qat’ie tentang larangan tidur pada waktu pagi. Namun perkara ini amatlah tidak disukai oleh para ulama’ Salaf.

Kemudian persoalan tidur waktu pagi sebagai punca terhalangnya rezeki adalah persoalan yang sangat besar kerana untuk menyatakan mana-mana perkara sebagai penghalang rezeki memerlukan hujah dan dalil yang kuat daripada Al-Quran dan hadis sahih

Sekiranya digunakan logik akal sekalipun, bagaimana orang yang bekerja pada waktu malam, adakah mereka dilarang untuk tidur selepas Subuh. Bukankah larangan tersebut menjadi sesuatu kesusahan buat mereka? Di mana hilangnya konsep Islam sebagai agama yang mudah? Perlu diingat yang hal yang tiada pada zaman salaf maka fiqhnya akan berubah. Maka kesimpulannya, tidur selepas subuh adalah dibolehkan dan tiada larangan bagi mereka yang memerlukan namun perbuatan tidur selepas Subuh  tidak disukai oleh para ulama’ Salaf.

Rujukan dan Kredit:
Website: http://hafizfirdaus.com/ebook/20asashadis/isu20.htm
Twitter: @fahmirusliMFR / @SafIbnRahman
Facebook:  Ad- Dien

Saturday 6 July 2013

Ayuh berpuasa (fadhilat berpuasa)


Entry ini sebagai hadiah buat pembaca sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Mungkin ada yang perasan golongan-golongan yang beriman serta bertaqwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadhan.
Mereka juga menyambut kedatangannya dengan rasa yang sangat sangat gembiara
Dan mereka juga merasa sangat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini.

Kenapa golongan beriman sangat menanti bulan Ramadhan ini?
Mari selidik...

Kehadiran bulan Ramadan merupakan satu rahmat dari Allah subhanahu wa ta'ala. Ianya merupakan bulan di mana Allah melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hambaNya. Pada bulan inilah juga disyari’atkan ibadah puasa yang mana ianya tergolong di dalam rukun Islam yang lima.

 Firman Allah subhanahu wa ta'ala.:


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dansupaya kamu bersyukur[al-Baqarah (2) : 185 ]

Ibadah puasa boleh dijadikan sandaran bagi membentuk keperibadian diri yang cemerlang dari segi kerohanian dan juga aspek-aspek kesihatan fizikal.

Ibadah puasa ini sememangnya sangat agung kerana ternyata mempunyai fadilat-fadilat sebagaimana yang telah tercantum di dalam al-Qur’an serta hadis-hadis Nabi sallallahu 'alaihi wasallam.

Puasa merupakan satu bentuk amal ibadah yang berupaya untuk membentuk jiwa seorang insan yang bertaqwa. Ini sebagaimana firman Allah subhanahu wa ta'ala:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” [al-Baqarah (2) : 183]

Apa itu takwa?

Makna taqwa secara mudah adalah mengerjakan perintah Allah subhanahu wa ta'ala dan meninggalkan laranganNya. Hal ini dapat direalisasikan melalui ibadah yang mulia ini kerana dengan berpuasa kita sebenarnya bukan hanya meninggalkan makanan serta minuman, tetapi berpuasa dalam erti kata yang sebenar adalah juga dengan mengerjakan segala kewajipan dan meninggalkan segala larangan seperti mengumpat, berbohong, tidak melaga-lagakan sesama umat, tidak berniaga secara haram, tidak menjual barang yang haram dan lain-lain lagi. Selama sebulan umat Islam seolah-olah berada di dalam sebuah institusi latihan untuk membentuk insan yang bertaqwa dan setelah tamat latihan tersebut ia sepatutnya dapat membantu seseorang untuk mengekalkan ketaqwaan tersebut pada baki sebelas bulan lagi.

Orang yang berpuasa juga dianugerahkan kedudukan yang tinggi di sisi Allah subhanahu wa ta'ala yang mana mereka tergolong di kalangan para Shiddiqin (orang yang benar) dan Syuhada’ (golongan yang mati syahid). 

Telah diriwayatkan dari Amr bin Murrah al-Juhani radhiallahu 'anhu:
“Datang seorang lelaki kepada Nabi  sallallahu 'alaihi wasallam lalu dia berkata: “Ya Rasulullah! Apa pendapatmu jika aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, engkau adalah Rasulullah, aku solat lima waktu, aku tunaikan zakat, aku berpuasa Ramadan dan solat tarawih di malam harinya, termasuk golongan manakah aku?” Baginda menjawab: “Golongan shiddiqin dan syuhada.” [Riwayat Imam Ibnu Hibban, hadis no: 3507]

 Puasa merupakan perisai yang dapat menghalang kita dari azab api neraka.

 Menurut Ibnu al-‘Arabi rahimahullah: “Puasa dikatakan sebagai perisai dari api neraka disebabkan puasa itu dapat menahan diri dari syahwat (dorongan untuk melakukan perbuatan yang mungkar yang disebabkan oleh hawa nafsu - pen), sedangkan neraka dikelilingi oleh syahwat. Apabila seseorang mampu menahan diri dari syahwat ketika kehidupan di dunia, maka hal itu menjadi penghalang (perisai) baginya di neraka kelak.” [Al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 11, ms. 9.]

Rasulullah  sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلاَ يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ

“Puasa adalah perisai, maka (seseorang janganlah mengerjakan rafats (perkataan yang keji) dan jangan berbuat jahil dan jika seseorang itu diperangi atau dicaci-maki, maka hendaklah dia mengatakan: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa” (Nabi menyebutnya dua kali)…” [ Riwayat Imam al-Bukhari, no: 1894.]

Ibadah puasa itu dapat menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu. Sabda Nabi  sallallahu 'alaihi wasallam:

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampuni (oleh Allah).”[Riwayat Imam al-Bukhari, no: 38]

Tambahan pula bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan di mana pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu rahmat Ilahi menaungi seluruh hamba-Nya yangberiman, maka tidak hairanlah sekiranya Allah meluaskan pengampunan-Nya terhadap semua hamba-hambaNya. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Solat yang lima, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika menjauhi dosa-dosa besar.”[Riwayat Imam Muslim, no: 233]

Maka sewajarnya kita benar-benar memperhatikan kesempurnaan ibadah puasa kita agar ianya dapat menghapuskan dosa-dosa kita di masa lalu

Allah juga telah menjanjikan ganjaran pahala yang amat besar bagi hamba-Nya yang berpuasa ikhlas untuk mencapai keredhaan-Nya. Berbeza dengan ibadah yang lain yang telah ditetapkan ganjaran pahalanya dalam gandaan sepuluh sehingga tujuh ratus kali, ganjaran pahala untuk ibadah puasa ini ditetapkan oleh Allah subhanahu wa ta'ala sendiri tanpa batasan. Rasulullah  sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Demi Dzat yang jiwaku berada di tanganNya. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih baik di sisi Allah daripada aroma minyak kasturi, dia meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana Aku (Allah subhanahu wa ta'ala.). Puasa adalah untuk-Ku dan Aku memberi balasan setiap kebaikkan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga tujuh ratus kali ganda kecuali puasa, kerana ia (puasa tersebut) adalah untuk-Ku dan Aku yang akan memberi balasannya.” [Riwayat Imam Malik no: 603]

Sudah terbukti bawah ganjaran pahala dari Allah untuk hamba-Nya yang mengerjakan ibadah puasa tiada tolok bandingnya. Oleh itu kerjakanlah ia dengan penuh keikhlasan dan kesempurnaan
InshaAllah kita mencapai ganjaran yang semaksimum yang mungkin melalui ibadah ini.

Allah secara spesifik menyatakan bahawa “Puasa adalah untukKu” di dalam ayat di atas.
 Kenyataan tersebut menggambarkan seolah-olah ibadah puasa ini melebihi ibadah-ibadah yang lain sedangkan semua ibadah-ibadah yang lain itu juga sebenarnya adalah untuk Allah subhanahu wa ta'ala jua, namun Allah tetap menyatakan “Puasa adalah untukKu”

Terdapat pelbagai tafsiran ulamak terhadap maksud sebenar kenyataan tersebut. Antaranya adalah seperti berikut:

1) Ibadah puasa ini dianggap sebagai khas untuk Allah kerana ianya bebas dari unsur riak. Ini adalah kerana perlaksanaanya tidak nampak secara terang-terangan oleh manusia yang lain. Orang yang sedang berpuasa dan orang yang tidak berpuasa kelihatan sama sahaja dari segi luarannya. Berbeza dengan ibadah seperti solat, membaca al-Qur’an,berzikir atau bersedekah yang perlaksanaanya dapat dilihat secara terbuka dan membuka ruang untuk timbul perasaan riak. Oleh itu al-Qurthubi rahimahullah berkata: Oleh kerana semua amal perbuatan yang ada ini dapat dimasuki unsur riak, sedangkan puasa itu hanya dilakukan untuk Allah maka Allah menisbatkan puasa itu kepada diri-Nya. - Dinukil dari kitab Fathul Baari, jilid 11, ms. 20.Namun begitu menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani rahimhullah ibadah puasa ini juga dapat diselaputi unsur riak apabila seseorang itu mengumumkan kepada orang lain bahawa dia sedang berpuasa.

2) Ada juga ulamak yang berpendapat bahawa Allah subhanahu wa ta'ala menetapkan ibadah puasa adalah untuk-Nya kerana hanya Dia sahaja yang mengetahui jumlah sebenar gandaan pahala yang Dia kurniakan kepada hamba-Nya.

3) Ianya menunjukkan bahawa ibadah puasa adalah satu ibadah yang amat dicintai oleh Allah.

4) Penetapan sedemikian rupa oleh Allah subhanahu wa ta'ala terhadap ibadah puasa ini adalah berbentuk tasyrif dan ta’zhim (memperagungkan). Contohnya Kaabah juga dikenali sebagai Baitullah (rumah Allah) untuk memuliakan dan mengagungkan Kaabah, namun begitu ini tidak menafikan bahawa semua rumah di atas muka bumi juga adalah milik-Nya.

5) Antara sifat Allah subhanahu wa ta'ala adalah Dia tidak memerlukan makanan mahupun minuman dan juga Dia tidak memiliki keinginan syahwat. Oleh itu bagi seseorang yang berpuasa, dia sebenarnya sedang melakukan sesuatu ibadah yang menghampiri sifat-sifatAllah. Kerana itu Allah menetapkan puasa itu kepada diriNya. Al-Qurthubi rahimahullah berkata: Maksudnya, bahawa amal perbuatan seorang hamba itu sesuai dengan keadaan mereka, kecuali puasa, di mana ia sesuai dengan salah satu sifat Allah. Seakan-akan Allah berfirman: “Sesungguhnya orang yang berpuasa itu mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan perbuatan yang berkaitan dengan salah satu sifatKu. [ Fathul Baari, jilid 11, ms. 24]

Bagi mereka yang mengerjakan ibadah puasa, mereka dikurniakan dua bentuk kegembiraan.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan yang dia bergembira dengannya; iaitu apabila berbuka dia bergembira, apabila bertemu Tuhannya dia bergembira dengan puasanya.”[Riwayat Imam al-Bukhari. no: 1904.]

Persoalannya disini
Apakah dua bentuk kegembiraan yang dimaksudkan tersebut?

Kegembiraan pertama dapat dikecapi oleh mereka yang berpuasa ketika waktu berbuka. Ini disebabkan lapar dan dahaganya kerana berpuasa sepanjang hari telah hilang dan timbul juga kegirangan kerana dapat menyempurnakan ibadah tersebut. 

Kegembiraan kedua pula muncul ketika seseorang yang menyempurnakan ibadah puasanya berjumpa dengan Allah subhanahu wa ta'ala di akhirat kelak dan menyedari keluasan pahala yang telah dianugerahkan kepadanya.

Orang yang berpuasa telah dijanjikan buat mereka Ar-rayyan

Apa itu Ar-Rayyan?
Nama orang lah kan.Maaf hehe.
 Sebenarnya, di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama Al-Rayyan yang dikhususkan kepada kepada orang-orang yang berpuasa. Al-Rayyan berasal dari kata dasar al-Rayy yang bermakna melepaskan dahaga dan ianya sesuai dengan keadaan orang yang berpuasa yang dahagakan air.Tentang kewujudan al-Rayyan ini Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:



إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لاَ يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لاَ يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ

“Sesungguhnya di surga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa masuk melalui pintu itu pada hari kiamat, tidak ada seseorang pun masuk melalui pintu ini kecuali mereka (iaitu orang yang berpuasa). Dikatakan: “Mana orang-orang yang berpuasa?” Maka mereka berdiri. Tidak ada seorangpun yang masuk melewati pintu ini selain mereka. Apabila mereka telah masuk maka pintu ini ditutup dan tidak ada seseorang pun yang masuk lagi melaluinya.” [Riwayat Imam al-Bukhari, no: 1896]

Dari sini dapat kita fahami bahawa ibadah puasa itu berupaya memudahkan seseorang itu masuk ke syurga. Dari Abu Umamah radhiallahu 'anhu dia berkata:

“Aku bertanya kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam : “Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengannya.” Maka Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam  bersabda: “Hendaklah kamu berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya.” [Riwayat Imam Ibnu Hibban, no: 3494]

Apabila seseorang itu berpuasa, mulutnya akan mengeluarkan bau yang kurang enak. Namun begitu di sisi Allah subhanahu wa ta'ala  bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih baik dari aroma minyak kasturi. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. bersabda:

“Demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya, bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada aroma minyak kasturi.” [Riwayat Imam al-Bukhari no: 1894]

Kalau kita perhati, ibadah puasa juga dapat membantu kita mengawal nafsu syahwat. Sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam:

“Sesiapa di antara kamu yang sanggup memikul tanggungjawab, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menjadi penawar atau penekan nafsu syahwat baginya.” [Riwayat Imam al-Bukhari no: 1905]


Kesimpulan fadhilat puasa:

  1. membentuk jiwa yang bertaqwa
  2. kedudukan tinggi di sisi Allah
  3. menghalang dari azab neraka
  4. Allah meluaskan pengampunan
  5. dijanjikan ganjaran pahala
  6. dikurniakan dua bentuk kegembiraan
  7. dijanjikan Ar-Rayyan
  8. bau mulut lebih baik dari aroma kasturi
  9. mengawal nafsu syahwat

Ibadah puasa merupakan satu bentuk latihan terhadap rohani yang dapat meningkatkan keupayaan seseorang untuk memelihara diri masing-masing dari godaan setan dan dorongan jahat yang timbul dari hawa nafsu. Demikianlah beberapa keutamaan ibadah puasa di sisi syarak. Semoga dengan memahami keutamaan-keutamaan tersebut ianya berjaya menimbulkan satu keghairahan di dalam jiwa kita semua untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak serta mengerjakan ibadah puasa sesempurna mungkin.



sumber rujukan :

~anakmakayah~
KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami