Thursday 20 March 2014

Hakikat tsiqoh itu subjektif



Si A nampak tsiqoh la. Aku perlu mendekatinya. Dia ibarat murabbi.
Si B kurang tsiqoh la. Tiada keperluan untuk aku dekatinya.


Respondan :

1) Kenapa si B ilmunya penuh di dada tapi ke mana-mana sekadar bertshirt, seluar jeans, kopiah pula tak pernah nampak di kepala, gaya jalan pun macam orang biasa-biasa, rambut pulak terpacak. Alim apa mcm ni. Tak tsiqoh langsung!

2) Waaah si A ni,sudah lah berjubah, berserban pula, jalan menunduk-nunduk, suara pula halus dan lembut, sungguh berbudi bahasa. Ciri-ciri ahli syurga, aku perlu menuntut ilmu dengannya. Aku yakin dia alim, tsiqoh 100%


~~~~~


Hakikat tsiqoh pada pandangan manusia itu subjektif. Setiap orang ada penakrifan yang berbeza mengenai tsiqoh. Tapi perbezaan yang sangat jelas antara tsiqoh kerana berilmu dengan tsiqoh tanpa ilmu tapi hanya pada perwatakan.


Hakikat sebenar alim, bukanlah diukur dari perwatakannya tapi diukur dari ilmunya. Perlu tsiqoh atau tidak?? Hmm subjektif

Wallahualam

-anakmakayah-

Saturday 15 March 2014

Hina atau mulia seseorang manusia itu asalnya?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ingin saya kongsikan isi usrah minggu lalu.

Ah. Rasa sudah lama jauh dengan Tuhan.

Ingin sekali dicoretkan ilmu yang dapat. Bukan selalu kan? :)

Persoalan utama: hina atau mulia manusia itu asalnya?

Ayuh kita membuat pembahagian agar lebih jelas penceritaan atau perkongsian saya.

p/s: jangan sedih pulak baca separuh, kena habiskan. :3

Sebab Hinanya Manusia Itu

  • Manusia berasal/dicipta dari tanah dan air yang hina(mani). [32:7-8]
  • Manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitam. [15:28]
  • Manusia sikit sekali bersyukur. [32:9]
  • Manusia bersifat lemah. [4:28]
  • Manusia suka mengeluh. [70:19]
  • Manusia mudah lalai dan alpa(bila susah, berkeluh kesah. Bila dapat kebaikan, menjadi kikir). [70:20-21]

Sebab Mulianya Manusia Itu

  • Allah yang Maha Mulia iaitu Tuhan kita sendiri yang meniupkan roh kepada tiap-tiap manusia itu. :D [17:29], [32:9]
  • Allah memberikan pendengaran, penglihatan dan hati untuk kita. :D [32:9]
  • Allah menciptakan segala yang ada di bumi khas untuk kita ! :D [2:29]
  • Allah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya. :D [95:4]
  • Allah diperlukan manusia. (mestilah kan?) [35:15]
  • Manusia dilebihkan dengan kelebihan yang sempurna(dah lah kelebihan, kelebihan yang sempurna pulak tu :D). [17:70]
Ya Allah ya Allah. Syukurnya banyak kemuliaan Allah bagi khas untuk kita.


Gembira kan bila tahu betapa tak ternilai nikmat Allah tu.

Jadilah hamba yang bersyukur. Sesungguhnya sedikit sekali yang bersyukur.

When we are grateful, Allah would gives us more.

Tak percaya? Cuba. Say Alhamdulillah. :)

Bila kita tahu betapa mulianya Allah ciptakan kita, takde lah kita nak merungut kenapa orang itu lawa, kenapa kita itu, kenapa kita ini.

Kerana Allah dah ciptakan manusia itu dalam bentuk sebaik-baiknya. :)

Surely everybody have their own strengths and weaknesses. So why bother others?

Just be grateful of whatever you have because there are so many people want to be in your place. Trust me.


Wallahu'alam. :)

-budakbaeksangat-

Sunday 2 March 2014

Ujian

Ujian. (bukan ujian ada markah tu)

Setiap manusia ada ujian masing-masing.

Yang pasti, ujian itu berbeza.

Kerana apa berbeza? Kerana iman yang membezakan.

Ada yang menghadapi ujian dengan sabar, ada yang merungut, ada yang mengeluh, ada yang redha, ada jua yang menyalahkan Allah dan takdir.

Kita yang mana?

Kadang-kadang persoalan timbul, 'kenapa aku diuji sebegini rupa?'

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?[2].

Surah al-'Ankabut, ayat 2.

Boleh lah nak kata, Allah nak uji keimanan kita, macam mana kita berhadapan dengan situasi tu.

Dan yakin lah bahawa kita boleh hadapi ujian tu.

'Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.'

Surah al-Baqarah, ayat 286.

Ada orang diuji dengan kehilangan harta, diuji dengan kehilangan orang tersayang, diuji dengan ragam manusia, diuji dengan sikap cemburu akan kelebihan orang lain.

Macam-macam ujian. Tapi ingatlah, kita boleh hadapi.

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Surah al-Baqarah, ayat 216.

See. Siapa yang suka ada ujian, ada masalah itu ini.

Tapi ingat, kita taktau perancangan Allah bagaimana.


Contoh, kita tak dapat keputusan exam macam kita mahu.

Mungkin Allah nak lindungi kita daripada sikap riak.

Mungkin Allah taknak kita lalai dan terus belajar bersungguh-sungguh.

Husnuzon dengan Allah. Bersangka baik dengan Allah.

Kadang-kadang, manusia tak faham perasaan dan luahan hati.

Jadinya, kenapa tidak kita salurkan perasaan dan luahan itu kepada Pencipta kita?

Surely He will understands us because He is the one who created us.

Allah menyukai hamba yang merintih dan mengadu kepadaNya.



Sebab tu kata, sometimes kita tak perlu manusia untuk gembira atau apa.

Biar Allah menjadi matlamat hidup, biar Allah menjadi sebab kita senyum.

Setelah sekian lama tidak menulis, ini sahaja mampu dinukilkan kerana bermacam dugaan berlaku.

Semoga Allah merahmati. :)

-budakbaeksangat-
KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami