Saturday 15 June 2013

Ciri-ciri Ahli Syurga

Perkongsian kali ini diambil daripada Surah Qaaf.

Surah Qaaf ayat 32

undefined

(Serta dikatakan kepada mereka): "Inilah yang dijanjikan kepada kamu, - kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah) -

Surah Qaaf ayat 33


"(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat".

Mari kita senaraikan :D

1. Awwab - hamba yang sentiasa bertaubat kepada Allah

2. Hafiz - memelihara semua peraturan-peraturanNya

3. Takut kepada Allah

4. Datang dengan hati yang murni - hati yang bertaubat, tunduk dengan taat

Haa. Sebijik-2 Allah titipkan ciri-2 ni kepada kita.

Apa tindakan kita? Buat taktau? Tahu tapi buat lupa?

Jangan ler begitu.

Kata nak masuk syurga, moh ler cukupkan ciri-2 ni ea! :D


-budakbaeksangat-

Source: Usrah Kami :D


Thursday 13 June 2013

Bulatan Gumbira

Bulatan gumbira atau bulatan gembira atau lebih dikenali dengan usrah.

Apa itu usrah?

أسرة = keluarga

Apa kaitan pulak dah usrah, keluarga dan bulatan gumbira? *garu kepala*


Secara asasnya dan secara mudahnya, usrah ini merupakan satu bulatan gembira, atau tempat perkongsian ilmu semata-mata kerana Allah.

Dalam kata mudahnya, sharing. Berkongsi segala rasa, segala masalah, segala ilmu. 

Masing-masing mempunyai satu matlamat. iaitu syurga Allah.

Dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan Islam, antara langkahnya adalah bermula dengan usrah itu sendiri.

Usrah ni datang dari mana sebenarnya?

Haaa. Teringat perkongsian dengan naqibah.

Usrah ni sudah bermula pada zaman Nabi s.a.w sendiri.

Cumanya, bukan spesifik nama usrah lah.

Waktu itu perkongsian atau perkumpulan yang pertama dilakukan di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam.

Jadinya, dalam usaha untuk sentiasa memastikan diri ini dalam tarbiyah, usrah itu menjadi salah satu medium untuk sentiasa istiqamah dalam beribadah.

Kerana apa? Mudah sahaja.

Manusia kan mudah lupa. Manusia sendiri berasal daripada perkataan insan (الانسان) yang membawa maksud lupa (ننسى).

Jadinya, kena selalu diingatkan lah.

Tak luak sangat pun dalam seminggu, luangkan masa dua, tiga jam demi usrah.

Buat perkara lain boleh pulak kan. *tikam diri sendiri*

undefined

Usrah ini boleh dianggap seperti keluarga sendiri. Terutama bagi manusia seperti kami yang tersangattttttttttttt jauhhhhhhhhhhhhhhhh daripada keluarga. *bercucuran airmata*

Wujudnya kakak-2 naqibah yang mengambil berat ini tersangatlah membantu di saat kami hampir terjatuh tersungkur menyembah bumi *debushh*

Dapat merasakan manisnya ukhuwwah itu bersama ahli usrah.

Indah, sangat indah. Patut cuba. Serius. *muka serius.jpg*

Usrah ini sesungguhnya tidak terhad kepada pertemuan 4, 6, 8 atau beberapa banyak mata.

Zaman sudah maju. Boleh guna untuk kebaikan kan kan kan?

Sharing menerusi group FB ada, WhatsApp ada, Twitter ada, pendek kata, macam-2 ada. :D

At least takde ah tweet merapu sepanjang masa.

Alhamdulillah, kami berada dalam usrah. Anda bagaimana? *hulurkan tangan, ringankan beban*

undefined

-budakbaeksangat-


Tuesday 11 June 2013

HATER? :O :O

Hater? Pembenci? (Google Translate)

Kekadang ada je manusia tak puas hati dengan kita kan?

Buat tu salah, buat ni salah. Aiyaa. Mana satu nak buat? *campak meja*

Silap sikit, cakap belakang. Silap sikit, cerita kat orang.

Tensi kan? =_______________=

Haaa. Tapi adakah kita terfikir, apa hikmahnya wujud manusia yang selalu menentang *against* kita ni?

Ceritanya begini. Kita bagi satu cerita yang mungkin ramai sudah tahu.

Terdapat seorang lelaki bersama anaknya menaiki keldai.

Kemudiannya mereka melepasi sekumpulan manusia.

Manusia itu berkata, "Kenapalah mereka menaiki keldai itu? Kasihan keldai itu penat. Mereka berdua itu semestinya berat."

Kedua-dua beranak yang mendengarkan itu, mereka berdua turun dan berjalan bersama keldai.

Kemudiannya mereka melepasi sekumpulan manusia lagi.

Manusia itu berkata, "Kenapalah tidak digunakan keldai itu? Apa fungsi keldai itu kalau tidak dinaiki? Buat penat je."

Lelaki itu kemudian menyuruh anaknya pula menunggang keldai itu.

Kemudiannya mereka melepasi sekumpulan manusia yang lain pula.

Manusia itu berkata, "Kejamnya anak dia. Sanggup membiarkan ayahnya yang tua berjalan sedangkan dia menaiki keldai itu."

Selepas itu anaknya pula turun dan ayahnya menunggang keldai tersebut.

Kemudiannya mereka melepasi sekumpulan manusia LAGI -.-

Manusia itu berkata, "Apa lah lelaki itu. Tidakkah kasihankan anaknya berjalan sedangkan dia menunggang keldai? Anaknya pasti tidak berdaya."

undefined

Panjang bebenau ceritanya. -.- Dah lah guna ayat sendiri. Hehh.

Boleh nampak tak betapa kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak?

Ada je nak komen, nak rungut, nak kata macam-2.

Tapi apa yang kita boleh dapat daripada situasi ini?

Bila ada yang tak puas hati, kita lihat balik, atau tanya sendiri  apa yang tidak memuaskan hati mereka itu.

Dari situ, kita boleh tahu yang mana kurangnya kita, dan seterusnya boleh lah ubah menjadi lebih baik. Kan?

Meh bagi konteks lain pula.

Dari segi politik. *politik sikit je takpe kan? hehh*

Wujudnya kerajaan dan pembangkang.

Yang si pembangkang ni bukan main tak puas hati, kenapa kerajaan buat tu kerajaan buat ni. Komen itu, komen ini. Arghhh tak puas hati! Nak keluar negara! Ehh *over*

Andai pemerintah itu bijak, ambil kritikan itu sebagai yang kritikan yang membina dan seterusnya ubah menjadi lebih baik.

Dengan itu insyaAllah mampu wujudnya negara lebih hebat.

Kalau tidak, yang tu kutuk yang ni, yang ni kutuk yang tu. Sampai bila nak berjaya?

Sesama agama, sesama bangsa nak bergaduh? Macam itu?

Dan berpegang teguhlah dengan tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai. [Ali-Imran:103]

Sebab tu, orang selalu kata, kritikan itu membina dan kadang-2 pujian itu membunuh sebenarnya.

Ye lah, mana tidaknya, puji sikit, bangga, riakkembang. Elok kah begitu?

Sebagai manusia yang bijak, terima perkara itu sebagai yang positif. InsyaAllah, mumtaz hidup kita :)
 
-budakbaeksangat-

p/s: maaf lah, panjang pula menulis kali ni. 





Untukmu yang bergelar muslimah~



Semoga hijab menjadi pakaianmu

Semoga kesucian menjadi amalanmu

Semoga kesopanan menjadi perhiasanmu

Semoga syurga menjadi tempatmu


Amin~


Monday 10 June 2013

Short Form?

Apa kaitan dengan tajuk? *kerut dahi*

Short form = bentuk pendek (Google Translate)

Maksudnya, kita memendekkan ejaan bagi sesetengah perkataan.

Ceritanya begini, sepatutnya perkara seperti ini tak menjadi masalah pung sebenarnya.

Kalau nak hantar SMS, boleh je faham kena guna short form, jimat kredit lah kan?

Tapi kalau perkara yang boleh kita tulis penuh dan tiada had, kenapa masih perlu memendekkannya lagi?

Okay, agaknya tidak dapat menangkap maksud saya di sini.

Mari lihat contoh.

"Tade nsik kt kdi tue. Tape ke nie? Ble agknye bley kte jmpe lgie?"

(Tiada nasik kat kedai tu. Tidak mengapa ke ni? Bila agaknya boleh kita jumpa lagi?)

*contoh entah apa-2 =="*

Kalau taknak bagi nampak skema, tukar lah sikit. Contohnya:

"Takde nasik kat kedai tu. Takpe ke ni? Bile agaknya buleh kita jumpe lg?"

Kalau perkara remeh sebegitu, okay lah kan nak guna short form. 

Tak effect sangat pung.

Contoh lain berkaitan dakwah:


Seperti contoh di atas, mari kita surveyyyy!

1. Ssungguhnye-->sesungguhnya/ssungguhnya

2. brsaudare-->bersaudara/brsaudara

3. mke-->maka (muka pun boleh jadi)

4. antre-->antara/antra

5. kpde-->kepada/kpd/kpda

Nampak biasa je kan? Tapi kekadang, boleh buta mataku! *overrrrrr*

Pada pendapat saya, tatkala seseorang ingin menyampaikan sesuatu maklumat dan terutamanya apabila berkait dengan soal kebaikan, alangkah indahnya andai manusia itu menulis dengan penuh.

Acano ye nak kata? Perkara kecil seperti ini akan menimbulkan sedikit ketidakselesaan bagi sesetengah pembaca seperti saya.

Tu je ceritanya.

Kalau melalui SMS, atau tweet, boleh lah jugak nak kata kena jimat kredit dan character tu.

Tapi kalau kat FB, status boleh tulis panjang berjela namun masih ditulis singkat, erghhh. Hilang sedikit keseronokan di situ.

Terutamanya bagi golongan yang sudah dewasa  besar. Nampak seperti kebudakan di situ.

Betul atau tidak?

Mungkin merapu je entry kali ini, tapi gerammmmmmmm tengokkkkkk. Boleh faham tak?

*geleng kepala*

Diharapkan penulisan terutama berkaitan dakwah dan kebaikan serta penuh informasi itu dimodifikasi sedikit. Mesti makin mantap. Nak baca pun semangat. Dakwah pun akan lebih sampai. Ye dok?

Namun ini semata-mata pendapat hamba hina dina yang turut sama berubah ke arah yang lebih baik. 

Dalam perkara sebegini kecil pun sebenarnya mampu memberi impak sedikit sebanyak tanpa kita sedari.

Mohon maaf andai ada tersinggung mana-mana pihak.

Sama-sama kita berubah! Jyeahhhh! *muka semangat.jpg*

-budakbaeksangat-

p/s: tiada kaitan antara hidup dan mati. Namun andai terasa, ambil pengajaran ;)

Saturday 8 June 2013

Global March to Jerusalem

Seperti yang ada aku ana sebut dalam entry yang sebelum ni
ana ada menyertai sebuah perhimpunan pada 07 JUN 2013
yang bertujuan untuk membina perpaduan bagi membebaskan bumi aqsa
perhimpunan tu dinamakan Global March to Jerusalem
sebab apa nama tu..
hmm xsempat lak nak buat research he..he...he..


disebabkan benda ni berlangsung di Cairo,
so kami di Alex ni perlu bertolak seawal pagi
 berjihad melawan nafsu tidur di pagi hari
jihad meninggalkan empuknya bantal dan dinginnya kipas berputar laju
dan pergi membakar jiwa berarak menuju ke pembebasan Palestin 
(ayat qiqi)

Actually banyak je gambar sekitar perjalanan kami
tapi rasanya xyah lah nak kepilkan di sini
buat menyemak dan tak penting..mana..pun..kan..
oh ya, kami pergi dengan dua buah bas
satu untuk ikhwah.. satu untuk akhawat


so bas berjalan, eh berlari eh.. bergerak macam biasa
dan tiba di Masjid Rabiatul Adawiah dalam pukul 11 pagi more or less
sempat makan lunch and solat jumaat
dan ni yang pentingnya masa solat jumaat ni

iaitu mengenai khutbah solat jumaat yang disampaikan oleh Dr Solah Sultan
secara ikhlas, jujur dan rendah dirinya saya mengaku
saya xmemahami isi khutbah walaupun sepatah perkataan
100% arab
tapi setelah bertanyakan sahabat dan senior2 yang lain
dan rujuk di group fb serta twitter
dan saya kumpulkan maklumat yang saya dapat
dan apa yang dapat disimpulkan oleh kami
Isi khutbah adalah berkitar kepada 6 langkah membebaskan Palestin
dan diisi juga dengan ayat ayat yang membakar semangat
 untuk berjuang menuntut pembebasan Al-Aqsa itu
begini cerita nya : ( harap semua faham)

Khutbah jumaat: saudara yang dirahmati Allah, cita cita kita untuk membebaskan Aqsa semakin hampir
Berkaitan dengan 6 langkah untuk membebaskan al-Aqsa:

1) ma'rifah( ilmu)
Kita kena ada ilmu pengetahuan yang cukup terutamanya mengenai isu Palestin
untuk membakar semangat jihad dalam diri
dan dengan ilmu jugak lah kita mampu untuk share dengan orang lain
kan??
Bila fikiran dipenuhi ilmu yang benar, dipandu wahyu Allah, hati yang bersih, Al-Quran dalam hati, ketika itu pertolongan Allah sampai

2) kembali kepada Al-Quran 
kerana di dalam Al-Quran mengandungi penyelesaian segala-galanya
(points yang saya kumpul adalah seperti dibawah) :

-Dalam surah al-Baqarah diceritakan tentang kekufuran bani Israel
-Persiapkanlah diri kamu dalam segala segi untuk berhadapan dengan musuh Allah
-Jangan kamu menyangka orang orang kafir itu akan mendahului kamu. Sesungguhnya mereka tidak dapat melemahkan kamu (sumber dari al-Quran- xpasti sumber terperinci.maaf)
-Orang yahudi menyifatkan para Anbiya' alaihimussalam dengan akhlak yang buruk dalam kitab mereka, Talmud

al-Quran sendiri mengandungi segala penyelesaian
Kembali kepada Al-Quran untuk membebaskan Palestin

3)Kesatuan
Kita semua perlu bersatu untuk isu Palestin ni
Semua orang Islam kena bersatu
dan juga sedarkan semua orang
untuk bersatu mengenai isu Palestin ini
kerana
Isu ini bukan hanya isu kemanusiaan
ya, kalau isu kemanusiaan
mungkin ada yang tak ambil kesah
tapi isu Palestin ni adalah isu aqidah
Selagi bumi Palestine tidak dibebaskan, tanggungjawab membebaskan Palestine 
menjadi fardhu ain ke atas semua umat Islam

Sheikh Yusuf Al-Qardhawi dalam fatwanya ada menyebut:

“Aku ingin menegaskan bahawasanya bumi Palestin merupakan bumi umat Islam. Ianya bukan sahaja milik rakyat Palestin semata-mata tetapi milik umat Islam seluruhnya daripada satu generasi kepada generasi seterusnya. Sekiranya satu generasi telah mengabai dan menyalah-gunakannya maka haram untuk  seluruh umat Islam berputus asa daripada melepaskannya kepada musuh.
Sekiranya rakyat Palestin tidak mampu untuk mempertahankan hak mereka maka wajib kepada seluruh umat Islam yang lain untuk menolong mempertahankan hak tanah kelahiran mereka. Wajib menolong untuk melawan musuh dan mempertahankan Masjidil Aqsa". 

"Sekiranya kita tidak mampu untuk turun berperang dan berjuang bersama mereka maka musuhilah mereka dengan pelbagai cara untuk menolong umat Islam dengan cara penerangan dan penyampaian maklumat secara menyeluruh. Maka mana mungkin rakyat Palestin sendiri yang sanggup untuk menggadaikan hak mereka (dengan menjual tanahair mereka sendiri)”. 
  
Firman Allah :

وما لنا ألا نقاتل في سبيل الله وقد أخرجنا من ديارنا وأبنائنا

“Mengapa kami tidak akan berperang pada jalan Allah sedangkan kami telah diusir dari kampung halaman kami dan dipisahkan dari anak-anak kami? (Surah al-Baqarah : 246)

dan banyak lagi fatwa dan pendapat ulama' mengenai kewajipan membebaskan Palestin
mungkin boleh rujuk : 

nahya misruna, nuharrir aqsana
hidupkan mesir kita, bebaskan Palestin kita
juga ada diselitkan dalam khutbah mengenai isu Syria
Kita perlu tawan Syria
Apabila kita dapat Syria, maka kita akan dapat Palestin
ada hadis yang menceritakan perihal ini
maaf, ana gagal mencarinya
mungkin lepas dapat kenalpasti mengenai hadis tersebut
inshaAllah buat entry baru khas untuk hadis tu



4) Politik
Kepimpinan negara juga perlu turut menyokong
Kalau cuma rakyat yang memberi semangat tapi pimpinan tak menyokong tak boleh jugak
Sebab itu pentingnya pemimpin yang menyokong Islam
Tahun ini alhamdulillah Mesir dibawah pimpinan Dr. Mursi
alhamdulillah GMJ telah dibenarkan untuk berlangsung
dan setiap negara tu memang perlu membantu Palestin
tak sepatotnya ada negara yang kau kau- aku aku
Sempadan antara negara tu tak sepatotnya memisahkan ukhuwah Islamiah
sebab kita ni umat Islam
kita bersaudara walaupun hidup di benua yang berlainan

5) Jihad mal (jihad harta)
Jihad mal ni bukan setakat sedekah yang biasa kita buat tapi ia lebih kepada infaq.
apa beza infaq dengan sedekah??

 Sedekah adalah sesuatu yang kita senang nak buat

senang nak beri dengan kerelaan hati

tapi infaq ni harta atau apa apa aje yang diberi

tetapi dengan hati yang berat
sehingga perlu bermujahadah
Sebagai contoh : kita save 30genih setiap minggu untuk diinfaqkan
nak simpan setiap minggu ni perlu kan konsistensy dan mujahadah kita
Jihad dalam harta ni Allah sebut sebanyak 14 kali dalam Al-Quran
Jadi memang terbuktilah betapa pentingnya jihad mal ni dalam membebaskan Palestin kita


6) Jihad qital(jihad perang)
Kita perlu ada sekurang-kurang nya niat dan azam berjihad mengangkat senjata
Kena ada niat untuk ke medan jihad
tak sama orang yang keluar membebaskan Al-Quds sekarang
 dan selepas Al-Quds dibebaskan

Adakah kamu redha untuk terus hidup dan tengok Al-Quds hancur??
Adakah kamu redha orang yang mencerca Allah menjajah Al-Quds?
Impikan lah kemenangan ke atas Al-Quds, Syam dan kawasan sekitarnya


Dan antara intipati lain yang dinyatakan dalam khutbah yang saya tak pasti diselitkan dalam point yang mana:

As-Syahid Ahmad Yassin memulakan perjuangan melawan Israel dengan "mushaf wa masjid" , Al-Quran dan Masjid. Disebalik solidariti yang kita nyatakan pada dunia, namun yang lebih penting setelah memerah keringat berdemonstrasi kita kembali fokus pada pembinaan asas tarbiah dalam diri kita. Inilah yang akan memberi kita nafas panjang dalam perjuangan kita membebaskan Al-Aqsa.

"Kita akan terus bekerja siang dan malam sehingga Al-Aqsa kembali bebas dari cengkaman Zionis dengan harta kita, dengan kekuatan senjata ketenteraan kita, dan dengan kekuatan keimanan kita pada Allah !" 


dan setelah  tamatnya solat Jumaat
perarakan pun bermula dari masjid tu jugak la
seperti dalam gambar kat atas tadi tu
Berarak tu lama jugak la
tak pasti berapa lama
tapi hampir dua jam rasanya
dari masjid rabiatul adawiyah
menuju ke dataran jundi majhul( tempat anwar sadat dibunuh)

ni haaa  dataran jundi majhul tuu kalau ada yang taktau

dan kami berjalan terus menuju ke Cairo Stadium
untuk berhimpun mendengar pidato
sepanjang perarakan tu pon banyak perkara menarik berlaku



Kami berarak bersama sama orang arab :0 :0 :0
takuut tuu
siap sorok habisan ah semua gegadget ni haa
kalau boleh simpan dalam beg
dan beg tu ikat mati biar tak boleh nak bukak dah
sanggup korbankan minat nak capture gambar
sebab bimbang keselamatan henfon
tapi alhamdulillah semua baik2 je
rakan rakan yang menayangkan gadget pun dapat pulang dengan selamat je
tapi takpe lah kan kalau kita berjaga jaga
malang tidak berbau kann..

apa yang menarik yang dapat diperhatikan ialah patern berarak tu
kami tak dimaklumkan pula perempuan perlu berada di tengah tengah
tapi memang sepanjang perjalanan
Yang berada di kiri dan kanan yang paling tepi adalah barisan lelaki
Tindakan ni mungkin atas dua sebab
pertama
menghormati maruah wanita
sebab arab memang terkenal dengan sifat menghormati kami sebagai golongan yang lemah
kedua
menjadi pelindung
seolah olah mereka adalah pagar yang mebenteng lah
kalau apa apa yang terjadi dari luar
mestilah akan rosakkan benteng dulu
dan ketiga
mungkin sebab diarahkan.. mungkin

macam ni haaa contoh bentengnyee
sampai tak nampak dah perempuan kat tengah2 tuu

dan lagi yang menariknya pasal bendera
fuulaaamaakkk
bendera memang banyak
pelik  sebab tak pasti free palestine ke free Malaysia ehh
sebab bendera Malaysia lagi banyak haa...haaa..haaaa

macam ni haaa

tujuan bendera Malaysia ni nak menunjukkan
betapa rakyat Malaysia menyokong pembebasan Palestine
good Malaysian! good
tapi bendera Palestine pun banyak jugak
yelah nama pun Free Palestine
mestilah banyak


dan yang kagum lagi
walaupun benda ni bertujuan untuk keamanan Palestine
tapi kita tak lupa tentang saudara kita di Syria
mereka juga menuntut keamanan

sampai ada banner khas untuk Syria. ada banyak sebenarnya

Dan lagi
pasal sepanduk
yang mostly Malaysian yang bawak lah
Sepanduk yang dibawak tu ada kata kata 
yang mampu membakar semangat dalam diri ni
nak menunjukkan betapa orang melayu ni ambil berat pasal Palestin
betapa kita ni meletakkan kita sebagai ahli Palestin
ini antaranya. segelintir je. ni pon curi dari group...
hehe nak ambik gambar yang ayat power masa selisih kat tengah jalan tu
memang tak sempat lah kan








ni je hah antaranya jee
cukuplah tak kan nak memenuhkan entry pasal sepanduk bendera jee kan

kenapa sepanduk?
apa yang pentingnya sepanduk?
dia melibatkan perasaan dalam jiwa lah sebenarnya
Sepanjang berarak tu
memang lenguh angkat sepanduk
kibar bendera lama lama

tapi di saat ana cuba menjatuhkan tangan dari memegang sepanduk
rasa bersalah menghantui diri
sebabnya
Takkan nak pegang sepanduk pun tak mampu??
come on laa beb
sepanduk je
Para mujahidin Islam berapa lama pegang senjata?
Diorang tak tau lenguh ke??
Dah la diorang lawan live nuu haa
Musuh depan mata
tapi kita ni
pegang sepanduk sekejap dah lenguh
kibar bendera kejap pun dah nak  putus asa
rasa sedih  yang mampu diri ini sumbangkan beri cuma takat ni jee
tukang pegang sepanduk
tukang jalan berarak
tapi sekurang kurang nya ada lah jugak ke'tukang'an tu
alhamdulillah

Lepas habis berarak
sambung berhimpun dekat Istad (stadium)
ada lagu Palestin
tak tau la lagu apa
dan tak faham pun senikata dia
tapi rentak dia memang fuuhh sentap kot
menaikkan semangat nan jitu.. ewaah..
di susuli dengan pidato yang disampaikan oleh tokoh tokoh
yang maafkan saya sebab lupa nama beliau beliau tu
Dan maaf jugak sebab tak dapat nak selitkan isi pidato
sebab tak faham
dah cuba buat research
tapi nampak nya ramai yang tak faham
maafkan kami
untuk sesiapa yang paham,
mohon beritahu saya
agar saya boleh mengedit entry ini kembali

tapi apa yang pasti mesti penuh dengan kata kata semangat lah
sebab nampak rakyat rakyat mesir ni bersorak
angkat tangan buat 'peace'
menandakan Peace for Palestine

dan yang bestnya jejaka arab yang gagah perkasa
sekali lagi menjadi pelindung
mereka meminta kami duduk dan berehat
dan mereka jadikan bendera sebagai bumbung
agar tempat kami berehat menjadi teduh
sepanjang panjang bendera mereka pegang beramai ramai
dibawah bendera
duduknya kami bersantai sambil berteduh
sweetnya mereka 
melting

tapi bila fikir balik
alahai bukan panas mana pun
pondannya kami sebab pergi tumpang berteduh
panas sikit dah mengeluh
panas akhirat tu macam mana wehh antunna sekalian?

dan ada jugak satu segmen upacara pembakaran bendera Israel
oleh seorang arab (taktau nama)
maaf sekali lagi hee...heee...
masa tengok pembakaran ni
memang terasa di hati nii
Israel sungguh kejam
Kita tidak mengiktiraf Israel walaupun sedikit!!!!!

lepastu macam biasala kann
upacara bergambar setelah selesaii

dan pulang....

begitulah ceritanya yang tak berapa lengkap
sebab ada part part yang tak difahami
tapi segala yang difahami
inshaAllah telah dimasukkan buat perkongsian semua


----------------------------------------------------------------------

p/s: kepada yang mempunyai maklumat tambahan atau merasakan ada maklumat yang salah, boleh segera memaklumkan pada ana..
dan terimakasih juga kepada semua yang telah sudi menyumbangkan info yg mereka ada utk diupload ke dalam entry ini
juga terimkasih kat sesiapa sudi membaca :)
 Syukran ala kulli hal


- anakmakayah - 
KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami