Monday 20 April 2015

Joli Joli Joli

Sudah 2015, masih ada lagi yang menyatakan kami pelajar oversea happy melancong sedangkan local students study bagai nak rak.

Memandangkan kami berdua belajar di luar negara, terutamanya saya sendiri yang tidak bersetuju dengan pendapat ini, maka ingin saya betulkan semula pemikiran sesetengah pihak.

Secara tepatnya, semua pelajar luar negara atau tempatan belajar bagai nak rak. Tiada istilah happy melancong.

Ada antara kami yang jaulah meneroka alam, namun itu pun setelah berhempas pulas belajar dan mengumpul duit untuk berjalan-jalan.

Bukan semudah itu untuk kami berjalan-jalan. Tidak.

Kami mendapat pelbagai pengalaman, yang boleh dikongsi dan diaplikasi di Malaysia.

Bila lagi masa untuk meneroka alam andai tidak ketika belajar? Kebanyakkan orang akan sibuk setelah mula berkerja. Mengerti kan?

Dan juga, bukankah kita mahu melahirkan generasi yang luas pengetahuan dan pemandangan?

Kenapa perlu dipertikaikan rezeki masing-masing kan? :)

Surah Al-Falaq:
1). Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh 
2). Dari kejahatan makhluk-Nya 
3). Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita 
4). Dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul 
5). Dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki


Semoga kita tidak tergolong dalam golongan pendengki itu.

Wallahua'lam.


-budakbaeksangat-


No comments:

Post a Comment

KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami