Saturday 25 October 2014

Membetulkan bacaan imam?

1. Imam seorang manusia yang tidak terlepas dari lupa atau tersilap. Maka adalah sunnah bagi makmum mengingatkan dan membetulkan imam.

2. Membetulkan imam bukan perlu raikan perasaannya, atau perasaan jemaah yang tidak suka imam handalannya ditegur kesalahannya.

3. Membetulkan bacaan imam satu ibadah, syarat sah ibadah adalah ikhlas, jangan suka bila imam terlupa supaya dapat betulkan, jangan niat nak malukan imam, jangan rasa bangga dapat betulkan imam, jangan berlumba2 siapa dapat betulkan imam dulu, Allahul Musta'an.

4. Berikan peluang untuk imam betulkan sendiri bacaannya, kerana biasanya seorang hafiz sendiri tahu dia tersalah, lalu dia ulang awal ayat atau beberapa ayat sebelumnya. Bila makmum tegur waktu ini, ia semakin mengganggu konsentrasi imam.

5. Imam terkadang berhenti sejenak, hendaklah makmum bersabar, ini kemungkinan imam mentadabbur ayat yg dibaca, atau sedang berfikir betulkah bacaannya, atau sedang berfikir ayat selanjutnya.

6. Tegurlah dengan tenang, bukan seperti sedang marah imam salah baca. Ingat kamu sedang solat bukan dalam kelas ngaji.

7. Jika imam tidak dengar teguran makmum dan teruskan, tidak perlu lagi terpekik2 betulkan, sangka baiklah kemungkinan imam tidak menganggap bacaannya tadi salah, memang ada kalanya makmum yang salah.

8. Hendaklah imam berikan peluang dan cuba dengarkan teguran makmum kemudian betulkan.

9. Hendaklah orang yang hafiz atau yang banyak hafalannya diletakkan berdiri di belakang imam, dengan itu makmum lain yang jauh tidak perlu sibuk2 pekik betulkan imam. Para hafiz ini insya Allah termasuk dalam ulil ahlam wan nuha yg Rasulullah suruh mendekati imam.

10. Jika makmum jauh dari imam, hingga tidak kedengaran tegurannya, adalah dilarang dia menegur.

11. Seorang Hafiz yang sengaja tidak betulkan imam yang merupakan kawannya kerana nanti banyak sangat salah lalu masjid tak jemput mereka lagi jadi imam maka hilanglah income, ini hafiz cari makan dengan quran yang pengkhianat.

12. Imam yang tahu hafalannya tidak lancar, wajib buat persediaan dan lancarkan bacaan untuk malam itu, jika dia cuai dan malas menjaga hafalannya, dia tidak layak menjadi imam, jika dia diupah maka tidak layak dia mendapat upah.

13. Dan lain2 sila tambah.

و الله أعلم

No comments:

Post a Comment

KopyKanan milik pengemudi nakhoda kami